Resepi Butter Chicken Yang Sangat Mudah dan Sedap

'Butter Chicken', nama macam fancy je, macam susah je nak masak, macam leceh. Tapi trust me, SANGAT-SANGAT simple, senang, mudah, cepat dan dah tentu sedap!

Bahan-bahan:

A:
1- Ayam boneless (potong kecil-kecil)
2- Tepung jagung

B:
1- Butter
2- Susu cair
3- Daun kari
4- Cili api (hiris)
5- Bawang putih (cincang)



Cara masak:

Bahan A (Goreng ayam):

1- Panaskan minyak
2- Dalam mangkuk, letak 2/ 3 sudu tepung jagung + air sedikit demi sedikit, jangan cair sangat. Kemudian letak ayam, letak garam sikit, dan gaul rata. Kemudian goreng.

Ayam + tepung jagung + air sikit + garam


Bahan B (Kuah):

1- Kuali dah panas, letak butter sampai melted, letak bawang putih, cili api dan daun kari- tumis.
2- Dah naik bau, letak susu cair, letak sedikit demi sedikit. Dengan portion yang I masak ni, I pakai half susu cair dari 1 tin tu.
3- Campak ayam yang dah digoreng tadi. Gaul bagi rata
4- Dah nampak kuah menggelegak sikit, rasa kuah, if kuah rasa ok, tak payah dah letak garam, if kuah kurang rasa, letaklah garam secukup rasa.






















5- *Optional: Kalau nak pekat, tambah tepung jagung sikit pada kuah, kalau nak banyak kuah, tak payah letak tepung jagung, butter chicken I ni tak letak tepung jagung sebab I suka banyak kuah.
6- Semua rasa ok? Siap!

Senang sangat kan? Good luck trying!