Mana Nak Dapatkan Pelamin Murah Dan Berbaloi?

Pada post lepas I dah bantu tentang cara-cara dan proses untuk borang nikah dan borang wali hakim. Hari ni I nak bantu kaurang untuk pelamin pulak. 

So, since I tak ambil set sekali dengan baju pengantin, mekap & catering (kenapa & mana I dapatkan baju pengantin, mekap & catering I yang murah pulak? on the next post ok?), I ambil pelamin je, mulanya I nak pelamin cousin kawan I, tapi disebabkan dia buat mini pelamin je which is 10kaki je, kecik sangat untuk dalam dewan, plus, dia dah full book dah pon. LOL

So I tanya dia, ada tak contact lain? dia bagi contact 1 butik pengantin ni, kat Shah Alam, tapi dia full book jugak, double LOL. I tanya yang butik ni pulak, ada contact lain tak? Yang harga reasonable. Dia bagi 1 contact ni butik kat Puchong, boleh lah, tak lah jauh dengan Shah Alam pon. 

I terus tak tunggu-tunggu, whatsapp butik kat Puchong tu, tunggu punya tunggu reply dia, sekaliiiii... dapat! Yes! Dia available pada tarikh yang I nak tu. Kemain lah happy. Tapi belum 100% happy lagi lah, I kena tahu harga yang dia tawarkan, even butik Shah Alam tu kata harga dia ni reasonable, tapi still kena tau lah kan, plus dengan design pelamin dia I kenan ke tidak.

Lepas tengok Instagram dia, dengan harga yang ditawarkan, memang murah weh! Tak sampai RM500 pon untuk pelamin 20kaki, kalau nak pelamin mini untuk tunang atau nikah, harga tak sampai RM300 pon! Jimat sangat! Tapi cantik ke? I tahu kaurang mesti nak tengok pelaminnya, ye lah, dengan harga murah macam ni, mesti kaurang fikir macam mana rupa pelaminnya, kan?

RM299 je wehhh. Cantik dan murah!

RM499 je wehhhhh. Lawa sangatttt

Cantik kan? Simple dan cantik. Bagi I simple lagi nampak mahal walau harganya tak. Tapi kalau kaurang nak yang mahal sikit, jangan risau, diorang ada design untuk harga RM500 ke atas.


Yang gambar terakhir ni pelamin masa sanding I, nak tau harga dia? RM 299 saja tau! Untuk 10kaki punya lah, since I dalam dewan, I mintak design yang sama untuk 20 kaki, kena tambah RM200, RM 499 saja tau! Simple dan sangat menarik, ramai yang puji dan tanya pasal pelamin ni, lagi terkejut bila I sebut harga RM499 saja. Lol

Oh! Sebelum terlupa, kaurang boleh survey lagi di Instagramnya: aydahoney_bridalicious atau whatsapp terus ke 017 630 4131, whatsapp sahaja ye. Diorang ada juga set sekali dengan mekap dan baju pengantin, cantik-cantik juga dan confirm puas hati!

Good luck ok! Ingat, lepas kahwin lagi banyak nak guna duit. Raikan dengan berpada-pada ok?

Don't forget to follow my food journey on Instagram: @foodie.kl





8 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Salam perkenalan.. Follow sini..
Cantik sangat design pelaminnya..

Noor Maizan said...

Wahhh murah sangat2 tu, tapi cantik. Mana nak dapat skrg ni, susah cari kan. Hihi thank you for your recommendation!

Lulu Matzam said...

lawanya set pelamin...

Puan Wawa said...

wahhh, murahnyaaa..")

Hasliynda Umairah said...

aikkk biar betul...
berbaloi2

aizamia 3 said...

Betul.. kena pandai cari.. bila dah dapat dan hasilnya puas hati memang berbaloi-baloi kan.. ;)

mamapp said...

Lawa sangat pelamin Tu. Berpatutan pulak tu

hainom OKje said...

Masa kawen dulu mak dengan kakak yg uruskan.....so sediakan diri je hihi....
Cantiklah pelamin tu, simple je. Harga pun murah.
Betul tu tak payahlah membazir duit utk pelamin bagai tu....