Tips Jimat Untuk Belanja Kahwin





Kos itu ini makin naik, nak kahwin pon perlukan kos yang agak tinggi. Jadi, cara mudah, kita berjimat. Berjimat dari segala segi dari kos catering, kos baju, kos mekap, kos jurugambar dan lain-lain. 

Catering atau Rewang
Kos catering adalah penyumbang utama majlis kahwin mencecah puluh ribu ringgit. Pilih catering  yang termasuk pakej. Selalunya pakej catering termasuk khemah, kerusi, meja, meja makan beradap dan lain-lain. Bila dah include pakej catering, harga murah sikit, lagipun, tak perlulah korang nak mencari supplier lain-lain, mudah kerja. Selain itu, tak perlu pilih pakej makanan yang banyak jenis lauk sebab trust me, selalunya saudara mara akan top up makanan mereka masa majlis nanti, bila bertambah, jadi banyak.

Tapi, kalau nak lagi jimat, berewanglah! Sekarang masih ada rewang ya, jangan ingat dah pupus.. Kaurang hanya perlu beli barang-barang mentah untuk dimasak, periuk atau kuali yang besar-besar tu pinjamlah jiran atau saudara, kalau baik, 'hulurlah' duit sikit.. Selalunya merewang ni dengan jiran tetangga dan saudara mara, lagi ramai lagi meriah! Sesetengah pengantin bagi upah seringgit-duaringgit kepada yang menolong, so why not kalau nak memberi? 

Baju Pengantin
Tak perlu menyewa baju pengantin sampai beribu-ribu ringgit sehelai. Kita keep it simple and of course under budget. Banyak butik-butik atau kedai-kedai baju sekarang yang jual dress yang murah-murah., lebih-lebih lagi masa bulan puasa dan hujung tahun, berlambak SALE yang seller buat. Grab the chance! Beli baju yang simple kemudian rajinkan diri hias baju tu dengan manik-manik, manik murah je, tak mahal. Tak tahu menjahit? Youtube berlambak tutorial, still tak tahu jahit manik atau takde masa? Upah je anyone yang boleh jahitkan dengan low cost. Contoh baju I dibawah, masa nikah (light grey) I beli murah je dari Hayanuma (search for their Instagram & Facebook), kemudian jahit manik sendiri, veil pulak, I beli kain lace setengah meter, then tambah sikit manik. Done! Simple tapi nampak eksklusif dan mahal. Orang puji baju I tau! hehe..

Masa sanding pula, rezeki I, masa tu Calaqisya baru keluarkan baju untuk wedding. So I scroll yang paling murah, dalam RM100lebih saja (exact price can't remember, tapi tak lebih RM200)! Bajunya kalau tak dihias manik, memang nampak lace kosong, tapi bila dihias manik, nampak mahaaalll..dan of course, ramai puji! hehehe... Veil i beli kain organza (murah je) kemudian jahit tepi so hasilnya cantik, tepinya beralun beropol. Last, baju bertandang, juga beli dress kosong dari Calaqisya, kemudian tampal lace murah (tapi nampak mahal)  bagi naikkan seri dan tambah manik sedikit. Poof! Siap! Simple, cantik dan dah tentu murah!. Total untuk ketiga-tiga baju I tu, tak sampai RM1000 pon ye, malah ada baki lebih!

I suggest untuk beli baju yang murah dan hiaskan sedikit supaya baju-baju ni kaurang boleh pakai lepas kahwin, taklah membazir duit, daripada kaurang menyewa baju pengantin, lepas majlis dah kena pulangkan baju, duit burn, baju takde. Same goes to pengantin lelaki juga, pakai je baju melayu, lepas majlis, boleh pakai pi office hari Jumaat, jimat! hihi.. Pakaian kami as shown below. Bunga tu, bunga yang sama untuk ketiga-tiga majlis, pakai bunga plastik, tak rosak, lepas pakai untuk majlis, boleh pakai letak kat rumah as hiasan!










Mekap
Yang ini kaurang kena pilih betul-betul, kalau murah sangat takut muka kaurang macam opera cina masa majlis nanti, haruuu! Tapi kalau pilih yang sangat ok, mahal sangat pulak kan? Alhamdulillah masa I dulu murah je dalam RM150 harga promosi (sekali mekap) so untuk 3 kali majlis, RM450 saja, akak MUA ni mekap pon cantik, kembang bontot I bila masing-masing puji, hikhok. Tapi I tengok harga kebanyakan MUA sekarang ambil antara RM200-RM300 kira ok lah. Nak jimat lagi, kaurang mekap simple sendiri masa bertandang dan ambil MUA masa nikah dan bersanding, atau mekap simple sendiri masa nikah dan ambil MUA masa bersanding dan bertandang. Mekap simple tu kaurang boleh mekap sendiri atau mintak kawan-kawan atau saudara yang pandai mekap untuk mekapkan, hihi..


Itu je dulu buat masa sekarang, point-point lain I will share with on the next post ok?
Thank you and have a nice day!





0 comments: