Makan Sedap: Makanan Korea Halal K-Street Cafe

Hai yuolls.

Hari ni hakak nak cerita pasal tempat makan best lagi, as hakak memang foodie orangnya, so bear with me please? By the way, cafe makanan korea ni ialah kedai makanan korea halal yang PALING favorite sekali pada hakak. Tempat yang selalu hakak datang, tapi baru hari ni lah nak update kat blog ni. 

Sebab rasa makanannya memang hampir perfect rasa korea, kalau nak 100% perfect susah lah sebab diorang letak alkohol. Sebab ada few kedai makanan korea yang hakak pi, diorang gabung dengan malaysian taste, contoh macam ramen, kau pi letak mee maggi pulak apahal? Ingat hakak tak tau lah tu. Ramen korea, lebih tebal dan lebih liat tau (hmm, sedapnya). Ada lagi tu, kimchi jjigae dia, dia letak sardin?? The hell, rasa betul taste tu dari tin sardin tau! Terus banned! 

Tambah lagi, owner cafe ni memang orang korea sendiri, co-owner dengan orang islam malaysia sendiri, dan pernah jugak masuk TV, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, lama dah.. Jadi, makanlah tanpa was-was ye. Yakin! 


Menu dan harga. Bagi hakak, harga dia sangat berpatutan. Tempat pon cozy sangat. Boleh duduk atas kerusi, boleh duduk bersila ala-ala korea. Ada wifi, ada power point, so nak duduk situ sehari suntuk pon gasaklah situ. Kalau duduk kat area yang bersila, kalau malas, lepas makan, boleh baring, ada langsir cover lagi, kahkah. 


Menu atas ni Bibimbap (belah kiri yang dalam big bowl tu), selalunya hakak suka order spicy sotong, sotongnya besar-besar, portion pon banyak weh, tak habis kalau makan sorang. Yang lagi satu tu topokki, dalam bahasa english nya dipanggil rice cake, memang bahan yang diguna pon beras. Teksturnya liat-liat, agak-agak kalau gigi kaurang dah tak kuat, silalah kunyah dengan perlahan. Haha. Topokki tu ada banyak cara masak, ada masak dengan ramen, dengan cheese. Rasanya spicy jugak, korean food ma, of course mostly pedas. Yang dalam bekas kecil-kecil tu, side dishes dia, seaweed sup dan kimchi.


Nampak tak betapa besarnya bowl bibimbap ni. Haa kau, tercungap hakak makan. Tapi share lah, pengsan hakak nak habiskan semua. Cara makan bibmbap ni, kaurang kena gaulkan semua bahan yang ada dalam bowl, then makan, sedap amat weh! Rasa pedas dan rasa sikit masam dan manis.


Since hakak selalu datang sini, so ni gambar hari lain, kami order pajeon (korean pancake aka korean pizza) dengan sos dia, kimchi jjigae dan new menu yang bulat-bulat warna putih tu (depan husband), hakak tak ingat nama menu baru tu, tapi yang bulat tu nasi dikepalkan, then ada ayam ada cheese (cheese tarik okeyyy), menu ni spicy juga dan dah tentu sedap gila! Mana taknya, ada nasi, ayam pedas tambah pulak dengan cheese tarik! Peh! A must try menu! Yang piring n mangkuk kecil-kecil tu side dish dia.


Sorry lah, dah nak habis kimchi jjigae ni, baru nak ambik gambar, asalnya memang penuh dengan bahan-bahan dalam ni. Dah kebulur kan, mana nak fikir ambik gambar. 


Ini pulak chicken korean bbq. Favorite hakak, rasa pedas dan crunchy. Must try!

Alamat K-street Cafe ni di SS15 Subang Jaya, kaurang google map je, atau pon landmark nya di kawasan kedai berdepan dengan INTI College dan Taylor's College. Kalau nak datang sini, macam biasa lah, kalau area Subang ni kan, parking agak susah sikit nak dapat. Berkorban lah jalan kaki jauh sikit dari kedai ni, hihi. Selamat mencuba! Harus cuba!


Go try,
No try,
You cry.



Yours Truly,



0 comments: