Makan Sedap: Dessert Makanan Korea

Kemain adik-adik hakak ajak datang sini, katanya sedap dessert diorang buat, dessert makanan korea yang best di area Subang Jaya ni, ada banyak flavour dan tempatnya agak cozy. Actually ada few other tempat korean dessert yang macam tempat yang kitorang nak pergi ni, macam kat IOI mall, Sunway Piramid, and other few places, tapi kawan wani suggest this place sebab katanya much better than Hanbing (selera masing-masing berbeza), dan aisnya tak 'kasar' macam di tempat lain. 



OWL ESPRESSO CAFE tingkat 1 (gambar atas), alamatnya di Menara Rajawali, Jalan SS15/8, Subang Jaya, 47650 Selangor (as stated di resit bawah ni). Hakak nak ingatkan, kalau datang sini, kaurang kena bersabar banyak-banyak lah sebab selalunya area sini memang ramai orang, lagi-lagi adik-adik INTI COLLEGE and few other colleges yang ada area sini, so student ramai, orang-orang yang tinggal kat area sini pon ramai, plus cafe-cafe, restoran-restoran, kedai-kedai makan yang best-best pon banyak kat sini. Make sense lah kan, pandai-pandai lah kaurang cari parking tepi-tepi jalan ke, mana-manalah, kalau nak parking dalam building Menara Rajawali ni pon okay juga, cuma parking terhad lah, sebab tingkat atas tu apartment (atau kondo, not sure) for sure lah residents nya parking situ ye dak?



So, bila dah masuk cafe, terus order kat kaunter, dessert yang 'hot' ialah flavour brownies, matcha green tea and few other flavours, kitorang pilih 2 tu tambah flavour cookies & cream, bubu dan hot chick. Hakak suka style korea yang ni: tak payah terjerit-jerit panggil nombor or whatsoever, just bagi mendalah bulat kat gambar atas ni (hakak still tak tahu nak panggil apa), bila makanan kita dah siap, benda ni akan vibrate, so pergilah ambil order kaurang. So far, few places juga lah dah guna sistem ni, tapi places tu korean restaurant/ cafe. 


Suasana cafe yang cozy, tenang je, kemas dan tak bising.



Dah sampai! Atas ni flavour brownies, Korean panggil dessert ni as bingsu, so it's a brownies bingsu, kami order regular size saja, which boleh share 2-3 orang tau! Worth the price lah gitu. Rasanya sedap gila! Rasa coklat, rasa brownies (sebab ada brownies sekali), tengah makan manis-manis tu, makan sekali dengan almond (kan?), gabungan yang sangat sedap, the crunchiness of the almonds, the sweetness of the chocolate, the coolness of the ice. Aduh,, dah terbayang-bayang dah tengah-tengah menaip ni, benci!


Haruslah hakak feeling habis! Shawl hijau favorite tu dari Hayanuma, best sangat bila pakai dan nampak mahal padahal murah jeWWW.



Atas yang ni pula flavour cookies & cream. Pada yang suka cream, digalakkan sangat order ni, dia punya creamy, sejuk.. sedap!!



Yang atas ni green tea, hakak tak minat sangat macha green tea, tapi yang ni, sumpah sedap! Jangan lupa tuang green tea syrup tu sekali, tuang sikit-sikit bagi semua ais kena ok? Jangan gelojoh! On top of it tu aiskrim green tea, ada red beans jugak, then yang macam ketul-ketul tu hakak tak sure apa, tapi adik hakak suka sangat, dia lah yang habiskan. 



Haaa, yang besar gedabak atas ni Bubu contton candy, adik-adik hakak minat lah, hakak dah tak boleh 'masuk' masa ni sebab bingsu pon dah manis, hakak tak boleh makan manis sekali harung banyak-banyak. Masa diorang makan tu, surprisingly dalam ada bingsu lagi! Tapi mostly letak buah, ais dan macam koktel jugak. Sedap! (Yang ni hakak bedal je sebab tak boleh tahan with the fruits lah!) 


And last but not least, this hot chick (bukan dessert)! Dia letak nasi, cheese sampai tarik-tarik! ayam masak korean style (which I don't know what to call), yang gelap-gelap tu seaweed. Dapat hot chick yang memang hot ni, gaulkan, dan makan! Sedap habaq haang, lagi-lagi makan tengah-tengah still panas tu kan. 

Tu je lah yang kitorang order, kenyang weh! Overall sangat-sangat puas hati. Harga dia untuk hakak sangat berpatutan. 

So,

Go try,
No try,
You cry!


p/s: Please jangan tanya hakak cafe ni halal ke tak. Sebab yelah, hakak memang nak makan haram foods lah kan? 



0 comments: