Cara-Cara dan Proses Untuk Borang Nikah dan Borang Wali Hakim

Alhamdulillah, selesai kedua-dua majlis, it's been few weeks dah after last reception on my husband's side. Challenging juga lah sepanjang preparation majlis. Dari awal persiapan hingga akhir. Tapi for me, challenge we faced not so tough lah kalau nak dibandingkan dengan few people yang lagi tough, alhamdulillah. 

So here i'm gonna share with you guys my experience on handling borang nikah dan wali hakim. As people who know me, tahu yang my dad passed away around 21years ago (rindu sangat), no brothers as kami adik-beradik semua perempuan, and i'm the eldest, atuk belah abah juga passed away long ago, ditambah pula cousin lelaki belah lelaki juga takda. Jadinya, terpaksalah diambil wali hakim, which few procedures kena follow, which it took some time jugak ok. Agak-agak kalau kaurang nak guna wali hakim tapi dalam masa yang singkat nak kahwin, you better think and prepare betul-betul, karang menangis takut tak sempat, haha

Untuk yang asal dari Selangor, borang nikah 2017 boleh diisi terus di web JAIS:

klik link di [SINI]
Nampak dalam bulatan tu, klik Permohonan Perkahwinan Bagi Lelaki/ Perempuan. Hakak of course lah klik Perempuan kan. Lepas klik, web akan ke next page: 

 Scroll bawah dan akan jumpa link yang dalam bulatan di bawah ni:

Klik link merah tu (dalam bulatan), dan akan ke next page:

 Scroll page ke bawah dan jumpa 'Daftar di sini', dalam bulatan nombor 1 di bawah.
Lepas dah daftar, isikan nombor MYKAD kaurang, dan kata laluan, tick 'Daftar ID saya secara automatik' dan klik 'Daftar Masuk'. Kemudian kaurang akan ke page di bawah ni:

Pastikan borang dari lelaki yang sudah di approved dari pejabat daerah agama dah dapat (lelaki kena isi borang 1A- kalau alamat tak sama, dan isi borang 2A, lepas lengkap isi borang dan lengkap dengan segala dokumen sokongan yang diperlukan, lelaki hantar borang dan dokumen ke pejabat agama daerah. Proses untuk borang lelaki ni ambil masa dalam beberapa hari bekerja saja. Lepas dah siap, lelaki bagi borang yang sudah di approved ni kepada perempuan untuk proses seterusnya) 

Untuk perempuan, isi borang:
- 1A (isi kalau alamat rumah yang tinggal sekarang dengan alamat dalam kad pengenalan berbeza), kalau sama, tak perlu isi.
- Borang 2C; borang kebenaran berkahwin bagi perempuan, lepas lengkap isi borang 2C, isi juga borang 2D. 

Kemudian, borang perempuan yang sudah lengkap diisi, beserta dengan dokumen sokongan, dan juga borang lelaki yang sudah di approved tadi hantar ke pegawai pendaftar nikah kat masjid area kaurang untuk pengesahan, kemudian baru dihantar ke pejabat agama daerah. Untuk yang ada wali nasab, proses kaurang selesai disini. Tetapi untuk hakak yang tiada wali nasab ni, ambik masa beberapa minggu juga. Macam mana? ok follow next steps;

Lepas dah hantar kedua-dua borang dan dokumen-dokumen sokongan ke pejabat agama daerah, pejabat agama akan proses (tak sampai 1 jam) dan akan terus suruh kita ke mahkamah syariah untuk proses wali hakim pula, bawa sekali borang-borang tadi tu.

Di mahkamah syariah, kaurang kena isi borang, kena ada tandatangan saksi dan beberapa maklumat saksi, so hakak tak dapatlah book tarikh bicara pada hari tu juga. Bila dah selesai borang tadi dengan maklumat saksi dan beberapa dokumen, pi mahkamah semula buka file untuk kes wali ni, tengok tarikh yang free untuk bicara, kadang-kadang tarikh dah penuh, ramai sangat ada kes untuk dibicarakan atau jadual hakim penuh. Alhamdulillah hari tu hakak dapat dalam 5-6 hari after, tu kira cepat jugaklah tau. Cuak sebab takut tak sempat, haha. 

Pada hari bicara hakak cuak sebab takut hakim tanya macam-macam, padahal bukan buat salah pon, haha. Hakak terlewat datang so hakak jadi orang terakhir dibicarakan, sebelum hakak, turn pasanga-pasangan yang nak cerai punya kes, seriau dengar kes diorang. Yup, semua kes pada hari tu diperdengarkan dalam 1 bilik depan orang-orang lain yang nak dibicarakan juga. Hihi. 

Lepas siap bicara, hakak ingat dah boleh lah ambil dokumen surat wali hari tu juga, sekali kena tunggu dalam 2 minggu! See, nak dapatkan pengesahan untuk wali hakim ni ambil masa tau, so kaurang yang nak guna wali hakim ni jangan tangguh-tangguh ye. 

Lepas dah dapat surat pengesahan wali hakim, bawak semua borang dan dokumen ke pejabat agama daerah semula, dan hantar. Settle! Yay! Dah boleh kahwin!

So, good luck pada bakal-bakal pengantin sekalian alam. Harap bersabarlah dengan segala kerenah nak isi borang ni, hihi.

By the way, sebelum hantar borang, semak dulu betul-betul cukup tak dokumen-dokumen, sijil, etc, yang kena provide. 

Good Luck!








0 comments: