Oh bulann..
Enggan layan diriku lagi..
Pabila..
....
....
Dan Sebenarnya
ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu..
kau juga merindui aku..
[mute]
Ehem.
Dan sebenarnya aku agak sibuk kebelakangan ni.
(kata kau: "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya aku tak buka blog disebabkan kesibukan itu.
(kata kau: "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya ada yang tak berapa 'clear' maksud entri aku yang
ini.
(kata kau: "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya mungkin ada yang tak 'clear' sebab tak baca yang
ini.
(kata kau: "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya entri yang paling latest yang tanpa tajuk dan isi itu, bukan disebabkan aku.
(kata kau: "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya itu disebabkan
adik aku. Dia terklik tanpa sedar yang mana aku rasa nak geget geget je hidung dia yang seperti jambu air itu.
(kata kau: "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya disebabkan itu, ada mulut mulut yang bajetmacamangelinajoling mengata bahawa aku saja nak soh-op.
(kata kau: "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya aku dah tengok Wrath of The Titans yang tak berapa nak teruja bagi aku tu.
(kata kau: "aku separa kisah!")
Dan sebenarnya lepas ni aku menunggu untuk Battleship yang mana muka hensem ni jadi hero dan ini diharuskan tonton. (kata aku: "aku gila kisah!")
Dan sebenarnya aku nak titip barisan perkataan berupa sebuah komen di blog kaurang, tapi kurang punya masa kebelakangan ni.
(kata kau: "ini aku kisah!")
Dan sebenarnya aku sempat bertweet tweet walau aku kata aku sibuk.
(Ini kau nak kata apa? ihik)
Salam sayang dan rindu dari,
Hanys Najib si perindu.
 |
| wa nampak kasar dari luar. tapi wa cepat melt didalam. ehem. |
p/s: bajet macam retis. baru tinggal blog berapa hari dah geletek semacam. Oh, semestinya aku minat menggeletek pada satu satu masa. ihik.