FOLLOWERS

TRY THIS!!

Saya 'hantu' handbags.

Salam.


Well, girls. Girls? Really? G.I.R.L??
Okay, I'm a girl not yet a woman, boleh? weke weke.

Perempuan, biasalah.. suka benda-benda yang cun, comel, cantik, etc. Eh, bukan perempuan aje sebenarnya, lelaki jugak.. kalau tak, masakan wujud lelaki yang cinta perempuan atas dasar rupa cun dia *kemain kau 'masakan' waka waka* 

Antara benda yang cun, comel, cantik, yang perempuan 'cinta' ialah beg tangan. Kan? atau Bukan?

Tapi bagi aku, YA! Aku pantang nampak handbags yang affordable & fabulous, i would just grab it! Tak dapat menahan! well, itulah perempuan as I said earlier. Ihiks. Sampai kadang-kala mak marah sebab ada handbag yang tak pakai lagi, dah berganti yang baru. Well, I can't control myself when it comes to this : handbags. *sigh*

Gila aku tahu?! eheh.


Antara handbags yang tak dapat menahan dari dimiliki ialah *kemain ayat* :








ok ok, cukup cukup, nak ngorat lebih, sila ke sini [klik]


'Saya' bersama maxi dress kesayangan. Nak jugak? Sini ada. 
Salam & bai!

Seronoknya Bernikah

::Salam::

"Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. 

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala-galanya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu."

Saya membalas sms dia, "Tak pe, InsyaAllah, masih ada peluang untuk kita berjumpa semester depan. 

Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari. Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. Basah bahu saya dengan air matanya. Saya bertanya,

"Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak."

Dalam sedu dia menjawab,

"Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah, hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar-pelajar saya, dan rakan-rakan facebook saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.

Kepada pelajar-pelajar yang telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini, tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting-posting romantik kamu di facebook. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup-cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog-dialog romantik kamu di facebook, ucapan sayang dan cinta itu simpan untuk tatapan kamu dan pasangan kamu saja. TOLONGLAH, saya merayu kepada kamu. Dan kepada pelajar-pelajar yang masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yang lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak-anakku, adik-adikku, pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis, tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik-baik.

***
Duduk diam, fikir dan jana setiap bait. Hidup bukan dengan angan-angan. Bukan jua untuk ikut-ikutan. Ianya adalah misi terpenting, maka bila ianya penting harus ada persiapan yang rapi dan amat teliti. Selamat bermuhasabah ;)

Waallahu'alam."







;)
Related Posts with Thumbnails