Saya 'hantu' handbags.

Salam.


Well, girls. Girls? Really? G.I.R.L??
Okay, I'm a girl not yet a woman, boleh? weke weke.

Perempuan, biasalah.. suka benda-benda yang cun, comel, cantik, etc. Eh, bukan perempuan aje sebenarnya, lelaki jugak.. kalau tak, masakan wujud lelaki yang cinta perempuan atas dasar rupa cun dia *kemain kau 'masakan' waka waka* 

Antara benda yang cun, comel, cantik, yang perempuan 'cinta' ialah beg tangan. Kan? atau Bukan?

Tapi bagi aku, YA! Aku pantang nampak handbags yang affordable & fabulous, i would just grab it! Tak dapat menahan! well, itulah perempuan as I said earlier. Ihiks. Sampai kadang-kala mak marah sebab ada handbag yang tak pakai lagi, dah berganti yang baru. Well, I can't control myself when it comes to this : handbags. *sigh*

Gila aku tahu?! eheh.


Antara handbags yang tak dapat menahan dari dimiliki ialah *kemain ayat* :








ok ok, cukup cukup, nak ngorat lebih, sila ke sini [klik]


'Saya' bersama maxi dress kesayangan. Nak jugak? Sini ada. 
Salam & bai!

Seronoknya Bernikah

::Salam::

"Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. 

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala-galanya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu."

Saya membalas sms dia, "Tak pe, InsyaAllah, masih ada peluang untuk kita berjumpa semester depan. 

Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari. Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. Basah bahu saya dengan air matanya. Saya bertanya,

"Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak."

Dalam sedu dia menjawab,

"Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah, hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar-pelajar saya, dan rakan-rakan facebook saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.

Kepada pelajar-pelajar yang telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini, tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting-posting romantik kamu di facebook. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup-cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog-dialog romantik kamu di facebook, ucapan sayang dan cinta itu simpan untuk tatapan kamu dan pasangan kamu saja. TOLONGLAH, saya merayu kepada kamu. Dan kepada pelajar-pelajar yang masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yang lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak-anakku, adik-adikku, pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis, tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik-baik.

***
Duduk diam, fikir dan jana setiap bait. Hidup bukan dengan angan-angan. Bukan jua untuk ikut-ikutan. Ianya adalah misi terpenting, maka bila ianya penting harus ada persiapan yang rapi dan amat teliti. Selamat bermuhasabah ;)

Waallahu'alam."







;)

Ziara Paperbag Skirt





Ziara Paperbag Skirt


Description? Wanna purchase? Inbox here (click)




-personal blog dah jadik blogshop ke hape? dasar! ;p

Tri Fa Wardrobe di Rasta TTDI!

::Salam::

Meet us at Rasta TTDI!
date: 29/July/2012 and 11/August/2012!
time: 6pm till 1am!



we will be at booth no.7!




Come over! 
10 earlier customers will be given a FREEEE gift! yay!


See yah!

An entry for those who loves P.I.C.T.U.R.E.S

::Salam::

For a warm up entry after few weeks of silence, I mean, silence of 'empty' entry, eh?! like my previous entries full of 'things' lah kan. heh. ;p

So, just let the pictures do the talk lah eh?!

'lah' in every sentence, so Malaysian! =.=''



He slept in that position for half an hour, just so you know. Incredible hulk huh? ;p

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
I were not able to see him 'eye-to-eye' lah! Because at that period, crowds clustered around him!!! and I can't get through them!!!! Wani won! because she was standing there earlier for around an hour, waiting for him coming, while I have to accompany mak shopping lah, what else. ;p

Fun!

Fun! Fun! with his talk lah. =.='''



Vivy Sofinas Yusof's wedding.
Her figure, like mine 10 years previous. Now, double. T_____T

Spotted akak Redmummy, and zoooooooommmmm the camera. *devil's laugh*

nice captured wani. nice. grrr

bergambar dengan family, we are from vivy's side.
I love the 'majlis sambut menantu' at Nogori Sombilan ever! Dijamu dengan durian yang baru dikopek (is this the right word,oho)! Segar! Kuning! Isi cantik! Satu lori mari. 




Done!  Wanna do my blogwalking, but when would it be?! urghhh!


Ehem!

::Salam::


Ehem

Ehem



*tenung skrin laptop*





*senyap*






*tenung skrin laptop*







*senyap*





*kelip-kelip mata*





*senyap*







ARGHHHH! 
Nak menaip, tapi stuck kat sini! sini! *tunjal kepala sendiri*



Ada banyak design, color, jenis, & what-so-eva kat SINI

Akhir kata, marilah kita beramai-ramai berkasih-sayang di twitter ye. *applause*  ;p


Aku, Huiyo Bazaar & Tri Fa Wardrobe

::Salam::


Tri Fa Wardrobe akan berada di Huiyo Bazaar this weekend!
Kaurang kaurangggg.. mai lah dataaaaangggggg!
;p
Jumpa kat sana!



Gotta go! Short entry, been busy for the past few weeks! wuhu!
Love & Miss u guys, like seriously! Serious! ;p

Materialistik, Beautilistik?

::Salam::



Si jejaka meluah, "You perempuan materialistik!". Jari telunjuk menuding-nuding, bermain-main ke arah gadis yang punya 'rupa' itu.


Balas gadis,"You pula beautilistik, baru kenal dah ajak bercinta, I tahu You suka I sebab I cantik, your friend told me and I even heard that indeed. So, fair enough isn't it?", angkuh bunyinya.



Point; 
Awak kata perempuan materialistik, lalu awak membenci dan beremosi.
Tapi awak lupa awak mencinta dia kerana rupa.


*hulur cermin* <-- untuk awak cermin diri. 

p/s: beautilistik? bahasa ubahan sendiri mungkin? ;P
p/s/s: Feel in loooove with maxi dress sekarang ni! Gila punya cinta. auw~ [sini]


Material
Beauty








www.hanysnajib.com KEPADA hanysapek.blogspot.com

::salam::


Disebabkan langsung kekosongan ilmu tentang IT, ok, bukan langsung, hanya separuh. Maka inilah jadinya!
Aku fikirkan bila dah ditukar semula ke blogspot, ia akan direct link dari address lama (www.hanysnajib.com) ke hanysapek.blogspot.com, tapi nyata telahan itu hanya satu telahan, atau mungkin sebab tindakan tanpa bertanya dahulu pada yang pakar? Ya, fine. Salah aku. Salah aku.


Argh!

Kee..ada yang boleh direct terus? If yes, wuhu! alhamdulillah!
if not, wuwu! :(((((


p/s: kata adik,"kalau kau ada FB page, boleh kau terus maklum kat situ, tapi malang kau takde".
Aku hanya ada twitter je, follow lah kalau sudi (link ada di side bar). Page? aku fikir masih tak layak, eceh. ;p


--aku tukar sebab jarang sangat update lately, sayang. Jadi [dot]com akan diguna di blog Tri Fa Wardrobe pula--

Dan Sebenarnya..

Oh bulann..
Enggan layan diriku lagi..
Pabila..
....
....
Dan Sebenarnya 
ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu..
kau juga merindui aku..

[mute]


Ehem.

Dan sebenarnya aku agak sibuk kebelakangan ni. (kata kau: "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya aku tak buka blog disebabkan kesibukan itu. (kata kau:  "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya ada yang tak berapa 'clear' maksud entri aku yang ini(kata kau"ada aku kisah?")
Dan sebenarnya mungkin ada yang tak 'clear' sebab tak baca yang ini. (kata kau:  "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya entri yang paling latest yang tanpa tajuk dan isi itu, bukan disebabkan aku. (kata kau:  "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya itu disebabkan adik aku. Dia terklik tanpa sedar yang mana aku rasa nak geget geget je hidung dia yang seperti jambu air itu. (kata kau:  "ada aku kisah?") 
Dan sebenarnya disebabkan itu, ada mulut mulut yang bajetmacamangelinajoling mengata bahawa aku saja nak soh-op. (kata kau:  "ada aku kisah?")
Dan sebenarnya aku dah tengok Wrath of The Titans yang tak berapa nak teruja bagi aku tu. (kata kau"aku separa kisah!")
Dan sebenarnya lepas ni aku menunggu untuk Battleship yang mana muka hensem ni jadi hero dan ini diharuskan tonton. (kata aku "aku gila kisah!")
Dan sebenarnya aku nak titip barisan perkataan berupa sebuah komen di blog kaurang, tapi kurang punya masa kebelakangan ni. (kata kau"ini aku kisah!")
Dan sebenarnya aku sempat bertweet tweet walau aku kata aku sibuk. (Ini kau nak kata apa? ihik)




Salam sayang dan rindu dari,
Hanys Najib si perindu.

wa nampak kasar dari luar. tapi wa cepat melt didalam. ehem.




p/s: bajet macam retis. baru tinggal blog berapa hari dah geletek semacam. Oh, semestinya aku minat menggeletek pada satu satu masa. ihik.

Dulu & Kini.

::Salam::


Dulu, aku bebas bermain badminton di luar rumah bersama sepupu dan jiran-jiran.
Dulu, aku bebas bermain rounders a.k.a softball bersama sepupu dan jiran-jiran.
Dulu, aku bebas balik mengaji pada malam hari sambil menyanyi dan berselawat dengan menunggang basikal melalui kawasan gelap bersama sepupu sepapat.
Dulu, aku bebas ke kedai yang jaraknya 200 meter-500meter bersama sepupu dan kadang-kala hanya berseorangan dengan menunggang basikal, kadang-kala hanya berjalan kaki.
Dulu, aku bebas ke bank yang jaraknya 1- 2 kilometer menaiki basikal bersama sepupu sepapat.
Dulu, aku bebas pulang dari sekolah menaiki bas awam dan berjalan kaki lagi 500meter untuk ke rumah, seorang diri.

Itu dulu.
Dulu.

Kini?


Aku kasihankan budak-budak yang tak lagi sebebas aku dulu.
Osem tau, kebebasan semua tu dulu!! OSEEEEM gila! Nak2 point 1-3 tu!


Baca sini. Keep alert!



p/s: Ni tolak cerita budak-budak yang rancang sendiri penculikan diorang. Memang genius. Aku sendiri pon tak reti. HEH!

p/s: 'Bebas'; tak termasuk 'bebas' yang lain dari isi entri ni. Harap maklum. heh.

#7 Wordless Wednesday

::salam::



-:: Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :: [klik sini]-








p/s: Ikan Cencaru Bakar + Makaroni Daging Goreng Kampung, antara resepi hujung minggu ari tu. nomnomnom ;p

Kalaulah Boleh Dijangka..

::salam::


Tadi aku berlari-larian ke tandas. Gaya dah macam atas trek lumba lari. Bahan buangan dalam perut dah berebut-rebut nak keluar cepat.
Sampainya ke tandas. Oh mama! Oh mummy! Oh papa! Oh puppy (??)! Dalam tandas, someone tengah buat urusan. Dengan ghupa yang macam separuh mati (mana kau tahu rupa separuh mati rupa macam kau tadi?), dengar satu suara menegur, "tadi bukan nak masuk dulu".

Apakah??!!
Apa maksud kau?!

Apa kau ingat membuat perlaburan di jamban ni perlu dibooking angka giliran dulu ke?
Mana kau tahu waktu itulah waktu perlaburan kau?
Aiseeeyhhh.. kalau aku tahu waktu aku perlu melabur, takde lah aku terkinja-kinja berlari-larian ke jamban cik kaaak.. confirm aku ambik time pelaburan hujung minggu., kumpul banyak-banyak dan laburkan terus, interest mungkin tinggi? =.='









Teringat masa kat sekolah menengah dulu. Lepas rehat adalah 2 3 member-member mintak izin cikgu nak ke tandas. Adalah seorang cikgu tu tegur, "tadi masa rehat kenapa tak pi tandas?".
 MySpace MySpace


p/s: bila dibaca balik, apa ke hal pulak aku cerita pasal 'pelaburan' dan jamban, ni plak? gasak ah kan.  =.='

Movie Lagi: John Carter

::salam::


Semalam Ahad, tiba-tiba adik aku ajak keluar. Bila dah tiba-tiba, aku pon terkejut, bila dah terkejut, aku pon terjerit, bila dah terjerit, aku pon terikut  =.='


Cadangnya nak belanja diorang mentedarah @ melantak atau dalam bahasa sopannya, makaaaaan (sebut dari nada tinggi ke rendah) aje. Diorang kalau bab-bab nak mengkopak dan merabakkan purse aku yang semamangnya dah rabak tu memang no.1. MySpace
Melantak kat Murni Discovery, nanti aku review.


Tapi entah macam mana, TERasa nak mencuci mata depan wayang. Dah lama rasa tak mencuci mata depan wayang togeder geder dengan bebudak ni. Mulanya, nak tengok movie Devil Inside (betol ke tajuk ni?, lebih kurang lah ye) Tapi takde kat Bukit Raja, Bukit Tinggi kemain jauh. Hambik je lah John Carter. Tengok banner macam best. Macam je.




Dan ya! Meme, eh, memang best!

Sinopsis aku copy-paste je lah ea?

Plot: From filmmaker Andrew Stanton comes John Carter-a sweeping action-adventure set on the mysterious and exotic planet of Barsoom (Mars). John Carter is based on a classic novel by Edgar Rice Burroughs, whose highly imaginative adventures served as inspiration for many filmmakers, both past and present. Taylor Kitsch stars as John Carter, a civil war veteran whose search for a mysterious gold cave inadvertently leads to his mysterious transportation to Mars, where the change in atmosphere gives him super human strength and agility (naturally). Unknowingly John has escaped one civil war only to find himself in the middle of another, with various tribes and alien races at war for the right to rule Barsoom (the native word for Mars).
and blablabla..


Tengok sendiri lah. ;p


Aksi dalam movie ni takdelah 100% aksi yang buat muka kau berkerut dari awal sampai akhir, ada gak babak-babak kelakar. Nak-nak babak hero dengan si 'tharks' ni ha:






babak perang kat udara.

dan movie ni buat aku tersengih-sengih sendiri bila tengok dia ni ha, dah macam kerang busuk dah rasanya bila tersengih-sengih sorang-sorang:

taylor kitsch

lagi lagi!


eh? ada lagi?!




jap jap, 1 lagi, 1 lagi



ok ok, ni last,


ok last, aku janji, last.

aku prefer rambut yang panjang. eh?! hensem pulak lelaki rambut panjang ni ye? certain je laa.. ;p

Macam mana aku boleh tak perasan masa dia dalam x-men? haih.. lambat! ;p
(hei! kata last!)


Eh?! ni nak cerita pasal John Carter ke Talylor Kitsch?!!


Ok, jumpa next entry! 
;p

Diskriminasi Lagi?

::salam::


Mark pada ayat terakhir tu. 

Persoalan aku:

1- Kedai tu akan rugi ke kalau ambil pekerja bertudung?
2- Pekerja bertudung ni ghupa buruk-buruk belaka ke?
3- Pekerja bertudung ni akhlaknya buruk ke?
4- Pekerja bertudung ni takde displin yang tinggi dalam bekerja ke?

lagi?

ada siapa-siapa lagi nak tanya tak?
Nanti aku pass kan surat layang segala persoalan kaurang ke kedai ni ok?

Yang bertambah peliknya, kedai ni kedai jual aksesori komputer dan segala macam hal berkaitan komputer AJE. Takde pulak aku nampak jual khidmat solekan atau modelling atau segala hal berkaitan dengan hal cantik cantik ni pon? eh? ada kaitan ke dengan tak pakai tudung? heh.



Till then, bai! xD
Terima Kasih kerana membaca! ;D

Surau Tempat Untuk Apa?

::salam::

Surau tempat untuk apa? Haa..pandai pon jawab. ;)

Tapi..


# Dah selesai solat, duduk berborak dengan kencang dalam surau. Suara sampai luar surau boleh dengar gamaknya. Nak dihalau atau nak diorang faham sendiri?



# Sedang berdiri mengadapNya. Tiba-tiba "but I set fireeee to the rain, watched it pour as I touched your faceeee.." dah kemana pulak aku nak tuju ni. Al-Fatihah ke ikut Set Fire To The Rain?
Sebelum solat, please silent kan handphone. Terseksa tau. Lagi2 kalau keluar lagu feveret. MySpace



# Surau kecil, ahli surau ramai, tapi yang 'cuti' atau yang sedang menunggu kawan, masih landing berbaring-baring, bertidur-tidur, berduduk-duduk sambil bergelak ketawa. Diorang ni nampak keadaan ke saja2 tak nampak? MySpace



# Jejak sahaja kaki ke dalam surau, bergema lagu dari shopping mall masuk ke dalam surau. Terang sangat bunyi, lirik dan melodi lagu. Ini aku dalam surau atau dalam disko? =.='



Bukan nak merungut. Tapi, semua perkara ni aktif berlaku dalam S.U.R.A.U.
Lagi sekali, surau tempat untuk apaa..?
;)


p/s: so far, situasi2 ni aje yang aku hadap dari dulu sampai sekrang. Ekau ada hadap tak? Kalau ada, tak gheti2 nak turunkan abjad2 kat kotak komen? Ihi. ;p



Jari dia yang menaip:
^^v

#6 Wordless Wednesday





::salam::




-:: Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :: [klik sini]-







*******


p/s: teka kat mana aku captured ni. 
p/s: kalau aku nak buang yang besar, tapi TERkeluar sekali yg kecil, 80 sen lah ye?
p/s/s: basuh kaki SAHAJA pon kena bayar kat sini. =.=' (aku lupa pulak captured yang itu). baik pergi surau, basuh kaki kat sana. Betul2 ambil kesempatan.

Ni lah jadinya apabila proses pembuangan air besar dan air kecil didiskriminasikan. haha


Ok, jadi Word-semi-less Wednesday sudah.


Tentunya dia yang menaip;
                                                                                                              




 

Pantai Remis





Born in Selangor, but never been here. =.=

It takes ONLY 30 mins (approximate); Shah Alam-Pantai Remis. =.='


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sampai bila? Sampai akhirnya nyawa dipisahkan dari jasad?

::salam::


Mereka bertepuk tampar.
Mereka menumbuk-numbuk.
Mereka bergelak ketawa.

Aku pandang,
aku pandang gayanya,
aku pandang penampilannya,

hanya mampu menggeleng.
=)


"Naluri kelakian aku dah lama ada dalam diri ni"
"Aku tak boleh berubah,susah, naluri perempuan aku dah sebati dalam diri"



(gambar pinjam google)



Watak pengkid dalam movie 'Aku Bukan Tomboy'
(gambar pinjam google)


Awak,
walau apa alasan sekalipun, kita letak agama dihadapan.
Agama melarang, maka ianya dilarang,
dilarang bersebab, bukan hanya larangan kosong.


Baiklah, kalaupun awak mengelak bila dikaitkan dengan 'agama',
Mari kita fikir tentang awak,
tentang masa depan awak,
tidakkah awak mahu punya sebuah keluarga yang sempurna?
Punya suami atau isteri,
Punya anak dari darah daging sendiri?
Anak yang bakal mendoakan awak bila jasad terkubur ke tanah kelak?


Awak,
lawanlah naluri yang bertentangan dalam diri awak itu,
paksa ia keluar!
Sesungguhnya untuk keluar dari gelora itu memerlukan paksaan,
Jika awak meletakkan agama dihadapan,
awak tetap juga akan paksa ia keluar.
Bukan hanya menunggu "biarlah pintu hati ni ikhlas untuk berubah"
Jika itu pilihan awak; "biarlah", sampai bila?
Sampai akhirnya nyawa dipisahkan dari jasad?


Awak,
Matlamat tidak menghalalkan cara.




*No offense please~ ;)



p/s: Isu ni dah pernah aku luahkan kat sini.Tapi entri tu dah buang atas sebab2 tak tentu =p





Tentunya Dia Yang Menaip:
^^v