Maaf sebab dah berapa hari tak update. Hanya approved komen dan mengomen pada beberapa blog sahaja. BW pon hanya sekejap. SORRY dear pengomen tegar dan silent readers blog aku sekalian. *perghhhh! bajet ramai ternanti-nanti kau update! takpe..sekali-sekali bajet
Plus, kalau nak update pon, TIBA-TIBA kekeringan, ketandusan, ketiadaan,
Btw, lepas kaurang dah puas bermain lidah dalam entri ni, *puas bermain lidah?!! eh?!
* aku nak cerita/bermain pulak tentang/dengan : 'JATUH'. *oh! maafkan aku dengan ayat yang simpang siur,demmm*Kaurang pernah jatuh? Tak kiralah dalam kategori apa sekalipun. Jatuh Hati/Jatuh Cinta*bukan sama ke??=.='*/Jatuh Tangga/ Jatuh Bukit/ Jatuh Pengsan/Jatuh Bangunan?
So, dalam entri ni aku nak cerita tentang pengalaman 'JATUH' aku. Tak berminat nak tau? Takpe..aku tak femes untuk kau berminat ambil tahu halnya.. hik hik ^^
1- Jatuh Cinta.
(Kenapa point ni mesti jadi yang pertama? Weh jari-jemari! kau saja kan?! Aku patah-patahkan kau nanti! Kau tunggu lah nasib kau lepas aku hapdet nanti!) haha!
Aku agak susah nak jatuh cinta. Maybe disebabkan
Masa dapat tau tu, tipulah kalau aku kata aku tak nangis langsung kan. First love kot beb!

Tapi takpe..aku ok dah, sebab selama kami bercinta, dia baik terhadap aku *optimis habis!haha!*. And bila aku fikir-fikir balik, maybe ada jugak salah aku (tak seromantik habis macam dia kot?haha)..

Ok, enough lah cerita pasal ni. Aku tahu kaurang bosan.

Next! next!
2- Jatuh Tangga
Oh! malu! malu!
Kes ni jadi masa aku tahun pertama kat u. Masa tu aku excited gila nak try baju baru. So? apa kaitan dengan jatuh kan? Takpe-takpe..teruskan membaca.Ok, bila dah excited mulalah niat buruk nak menunjuk kan? Eh! apa kaitan dengan jatuh, kan? Takpe-takpe..teruskan lagi membaca.
Ok, bila dah nak menunjuk tu, mulalah nak berjalan depan orang, kan? eh?! tak paham? haha! ok2,
Time tu lecturer nak bagi test paper yang dah di marked. Lecturer tu naik atas (dalam lecture hall) bagi paper kat setiap students, maknanya students hanya duduk kat tempat masing-masing aje. Time nama aku pulak, aku menggedik turun
AND, masa nak naik ke atas pulak (tempat duduk aku), TIBA-TIBA entah macam mana, kaki aku tersadung kat tangga! ha! hambik kau! niat tak baik, dan kaurang tentulah tahu apa jadi lepas tersadung tu kan?
LOL!Next! next!
3- Jatuh Bukit
Kes ni jadi kat blok hostel. Masa tu aku nak turun ke tempat parking kereta. Kalau ikut laluan pintas (pintas lah sangat..), jalan yang agak bukit tu paling pintas, takdelah tinggi sangat bukitnya, macam slope sikit. Hm..agak macam tinggi aku, er..tinggi ke? (tinggi aku pon kaurang tak tahu, haha!) Masa aku nak turun tu, aku pakai selipar jamban murah je, nama pon selipar jamban kan.. tang tapaknya paham-paham sendiri sudah. So, tengah syok-syok nak turun tu, sekali dengar bunyi GEDEBUK!, eh? kenapa? laaahh..aku jatuh rupanya..hahaha! Malu woi! member-member aku dok pakat ketawa meroyan sakan. Dah macam orang gila aku tengok. ihik ihik. (peace weh korang-yang-tukang-ketawa-masa-tu!hihi!)
Next! next!
4- Jatuh Pengsan.
Yang ni aku tak pernah rasa. Teringin nak merasa. Macam mana rasanya ye? Anyone? haha!
Tapi actually, aku pernah sebenarnya jatuh pengsan..Tiap-tiap hari ok!
Yelah, pengsan, a.k.a membongkang a.k.a TIDUR!

5- Jatuh Bangunan
KAU GILA HAPE?!
tambahan:
6- Jatuh Atas Mamat HANDSOME seyyyhhh!!
Sila baca di sini.
heh heh~

Actually kan, aku TERada idea buat entri ni sebab TIBA-TIBA TERingat pasal video 'model jatuh kat runway' yang aku tengok 3 tahun lepas. LOL. (3 tahun lepas baru terpikir??!! ye lah beb, gigih nak mencari idea untuk upadate entri sampai kenangan video 3 tahun lepas pon jadi lahhh..haha!)
So, anyone? ada cerita 'jatuh' yang nak dikongsi?



























