Kenapa?! Kerana Kau Seorang MUSLIM!

::salam readers::


Satu ketika, halaman novel itu kupandang, TERpandang, sejujurnya. Aku jeling, aku capai lalu kuselak dan aku baca tiap baris kata. Isinya terasa mahu kukongsikan bersama.



Kenapa,
seorang Yahudi, dibenarkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya,
tetapi,
apabila seorang Islam berbuat demikian atas tujuan yang sama, dia dilabel sebagai pengganas!


Kenapa,
seorang biarawati dibenarkan memakai pakaian yang menutup kepala hingga ke kaki demi kehendak agamanya,
tetapi,
apabila seorang muslimah berbuat demikian atas tujuan yang sama, dia dilabel sebagai manusia yang ditindas!


Kenapa,
apabila seorang wanita barat menghabiskan masa hariannya untuk menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak, dia dihormati kerana rela berkorban untuk kesejahteraan keluarga,
tetapi,
apabila seorang wanita Islam berbuat demikian atas tujuan yang sama dan atas kehendak sendiri, mereka berkata,"dia perlu dibebaskan daripada kongkongan tindasan tradisi!".


Kenapa,
mana-mana perempuan dibenarkan menyambung pelajaran hingga ke universiti dan dibenarkan memakai apa sahaja jenis pakaian serta mempunyai hak dan kebebasan,
tetapi,
apabila seorang muslimah memakai hijab, mereka menahannya daripada memasuki universiti.


Kenapa,
apabila seorang kanak-kanak memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara, dia dikelaskan sebagai pelajar yang mempunyai potensi,
tetapi,
sebaliknya apabila dia memberi tumpuan terhadap agama Islam, dia dianggap tidak berguna.


Kenapa, 
apabila seorang Kristian atau Yahudi melakukan pembunuhan, agama mereka tidak dikaitkan,
tetapi,
apabila seorang Muslim didakwa atas suatu jenayah, Islamlah yang akan dibicarakan dimahkamah atau dimulut-mulut orang!


Kenapa,
apabila seseorang mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan orang lain, dia dipuja sebagai seorang yang mulia dan dihormati,
tetapi,
apabila seorang Palestin mengorbankan diriya untuk menyelamatkan anaknya daripada dibunuh, tangan adiknya daripada dipatah-patahkan, ibunya daripada diperkosa, rumahnya daripada dimusnahkan dan masjidnya dicerobohi,- dia dilabel sebagai pengganas!


Kenapa,
apabila ada masalah, kita terima apa-apa jalan penyelesaian,
tetapi,
jika jalan penyelesaian itu sudah termaktub dalam Islam, ditolak mentah-mentah, tanpa ada keinginan untuk melihatnya.


Kenapa,
apabila seseorang memandu kereta yang hebat secara ganas, tiada siapa yang meyalahkan kereta itu,
tetapi,
apabila seorang Muslim membuat silap atau memperlakukan orang dengan tidak baik, orang berkata,"Islam itu agama keganasan!".


Kenapa,
tanpa melihat kepada tradisi Islam, orang percaya apa yang akhbar katakan,
tetapi,
tidak sudah-sudah mempersoalkan apa saja kata al-Quran!


Kenapa?
Kenapa mesti diskriminasi?
Alasannya mudah.
Kerana kau seorang MUSLIM!



Selamat membaca dan selamat beramal..
^^




Credit to novel writer Noor Suraya in Kebun Mimpi (Jemari Seni publication) 






p/s: maaf, entri sekadar kopi-dan-pasta, dah seminggu tak menulis (menaip actually); kekok. =.=

Sincerely me:

25 comments:

Sam Banjamin said...

dunia ini sungguh tidak adil kadang kala... nice entry... thanks juga selalu menjenguk jiran shah alam ni... sbg menghargai sokongan.. blog ni dah di listkan as sekutu-sekutu rapat di thetimelines... tq ye..

pipoq said...

cuma tak berapa nak faham satu je..

ape kena mengena dengan memandu kereta yang hebat secara ganas dengan "Islam tu agama keganasan" ?

Solihin Zubir said...

islamophobia..

=_="

Umie Artoqiemie said...

menarik!! banyak kenapa & tetapi

Prince Halilintar said...

ye prince sgt2 setuju dgn pendapat ni..mmg betul kerana Muslim kite dilabel sebegini..namun sbg seorg muslim kite mesti tunjkkan yg kite kuat dan pecaya hanya Allah yg lebih Berkuasa dari segala2nya...

cikpia said...

tu la fenomena kehidupan hari ini......

IMANSHAH said...

good entri

Elih Japahar said...

Kenapa lebih baik drpd perkataan 'kalau'...anyway, realiti kehidupan skrg..

aleen aiden said...

sebenarnya kita tak adelah sebebas mana..kerana persepsi dunia yg begitu.

nurkaloi said...

yg pnting iman kann

MERAH said...

Salam, entry ni membuka minda.rasanya seperti nakkk je sambung lagi selepas ayat "kerana kau seorang muslim".

Kita ISLAM kena bangun!Tak sanggup lagi keadaan mcm ni berterusan T.T

Zulfikar Hazri said...

itulah Diskriminasi agama....



p/s muka awak mcm muka kawan saya, Tun zhafarina mustafa al bakri.. sedara ke?

Hanis Azla said...

perkongsian yg baik untuk buatjkan kita berfikir.. thanks hanys..

said...

im proud to be a muslimah.. ;)

h A n Y S said...

Sam Banjamin,

o really? terima kasih.. =)

h A n Y S said...

pipoq,

'Kenapa,
apabila seseorang memandu kereta yang hebat secara ganas, tiada siapa yang meyalahkan kereta itu,
tetapi,
apabila seorang Muslim membuat silap atau memperlakukan orang dengan tidak baik, orang berkata,"Islam itu agama keganasan!".


tang kereta: driver pandu keta yg hebat scara ganas, tp org tak salahkan keta tu, org salahkan driver nya kan?
same goes to muslim tu lah, kalau dia yg buat silap, org tak pandang dia sebagai pesalah, tp org lebih pandang agamanya sbagai pesalah..


itu menurut apa yg aku paham lah..tp ang paham ke apa yg aku trangkan..?
hehe..

h A n Y S said...

MERAH,

yup, sangat membuka minda, that's y hanys pinjam.. =)

h A n Y S said...

Zulfikar Hazri,

iye? takde lah..tak kenal pon..tp nak tau lah jugak muka dia..macam excited je ada org muka macam sama,haha..

YOUsoF said...

Sedih bila diskriminasi ni tak berkesudahan..




Itu semua mungkin ujian dari Allah untuk hamba-hambanya yang layak.

rara pinkmafia said...

ntah lah kan,tak tau nk komen apa.Islam dinampakkan ganas dimata mereka,tapi bukan nita yg already Islam.Islam menjamin kita disana nt =)

NOOR FATIN said...

waahh 1st time baca! i like this post! menusuk hatii..

aleen aiden said...

oiii,apdet cepat!keh3

deqnoor said...

islam itu syumul...

Tapak Kaki said...

SEKULARISME!!!

::contengan hati::)) said...

wahhh bestnye entry ni,,
yang baik selalu akan dipandang buruk kan ..