CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

::salam readers::

Hari ni aku nak join contest yang dijemput oleh one of my blogger pal ; CIKGU IMANSHAH. Tajuk as stated above. 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MUDAH JE :

1) Buat satu entri bertajuk CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU! (done!)

2) Kalau sudi follow lah HOK SENGOTI. Tiada paksaan. (dah lama follow pon~ ;D)

3) Jangan lupa letakkan banner contest ini. (letak kat entri ea? if yes, done!)




4) Tidak perlu untuk tag sesiapa. (done! =p)

5) Tuliskan ucapan SELAMAT HARI GURU yang paling kreatif, tulus dan bermakna buat guru-guru. Tidak kiralah guru-guru yang pernah mengajar anda, ataupun tidak. Juga boleh dalam bentuk puisi pendek . 

6) Pemenang dikira berdasarkan ucapan terbaik! Plagiat dari mana-mana mutiara kata tidak dibenarkan.

7) Setelah membuat entri ini, sila link kan entri anda di bahagian komen.

HADIAH? 

Pertama : RM 100
Kedua : RM 70
Ketiga : RM 50


**********

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda, Klang

Tingkatan 3 (2002); Aku hanya tunduk tanda hormat mengucapkan "Assalamualaikum Cikgu" tanpaku ketahui namanya.

Tingkatan 4 (2003); Lama sudah tidakku terserempak dengannya. Namanya masih tidakku ketahui.

Tingkatan 5 (2004); Aku dan rakanku terserempak dengannya, lalu rakanku menegurnya dengan ramah. Daripada situ dapatku ketahui namanya Puan Yon Fathiah Jamaludin

Tingkatan 6 (2005); Gembira! Ya! Gembira pabila aku mengetahui bahawa beliau akan mengajarku matapelajaran Bahasa Melayu. Beliau yang kukenali melalui rakanku, merupakan seorang guru yang berkaliber, penyayang dan terbaik!

Ya!  She's the best! Beliau yang terbaik!

Kaedah pembelajarannya yang tidak membosankan dan cemerlang..
Personalitinya yang sopan..
Suaranya yang lemah lembut..
Ketawanya yang manja..
Senyumannya yang manis..


Senyumannya yang manis.. Setuju? =)

Cikgu..
Terima Kasih diatas jasamu yang berharga itu..

Cikgu..
Terima Kasih diatas pengorbananmu yang tak terhingga itu..

Cikgu..
Terima Kasih diatas nasihatmu yang lembut dalam tegas itu..

Cikgu..
Terima Kasih diatas kegigihanmu yang kental itu..

Cikgu..
Terima Kasih..
Terima Kasih.
Sesungguhnya semua itu tidak mampu untuk ku balas..
hanya mampu doaku mengiringi kehidupanmu..  


Walau sudah empat tahun tidak kita bertemu muka, namun ingatanku masih padamu, Puan Yon Fathiah.. =)


**********

(Entri ni terpaksa ditaip semula.. Draft asal dah terpadam separuh of the full entry.. sedih wooo~ponat den pikir sekreatif dan setulus ikhlas yang mugkin.. ambil masa untuk reconstruct balik ucapan ni..and ALHAMDULILLAH siap! XD)




Sincerely me: