FREE ADVERTISE HERE! lai..lai..lai..

::salam readers::




Guess what, aku dah coooooool dah hari ni. Side mirror dah berganti, 
 errr.. so apa yang cool?
Heh Heh Heh MySpace


Yang coooool nya...




mak belanja ganti side mirror! MySpace


SAVE BUDGET wa beb! SAVE BUDGET wa!! SAVEEEEEE! MySpace <--sambil buat aksi cenggini.
RM355 tu beb! Boleh beli handbag Bonia. 
Ngadeh kau! Simpan ah duit tu tok kahwin esok!




Eh? Kahwin?
HA HA HA~


Cerita pasal kahwin, teringat semalam. 


Situasi: Beli mi jowo dan mi kari dari jiran belakang rumah (takde lah belakang betul pon, belakang, belakang, belakang, belakang lagi punya belakaaaaaaaaaaang sana. hambik kau) kat pasar malam Padang Jowo.






Pak cik jual: Kau sekolah lagi ke?  (statement paling best disitu sebab, "ha? muka aku macam budak sekolah lagi ke? HA HA HA" ) Beliau memang dah lama tak nampak aku, itu sebab tanya soalan macam tak pernah nampak.

Cik adik hanyssuweeetmanisberkrim: Eh, tak lah.. dah kerja.. *sambil tersenyum manis* HA HA HA.

Pakcik: Oh.. dah kerja lah ni.. bila nya nak kahwin?

Cik adik hanyssuweeetmanisberkrim: haha.. *gelak sopan*  takde calon lagi.. *sambil capai bungkusan mi*

Pakcik: Buat lah advertise..

Cik adik hanyssuweeetmanisberkrim: ha? haha.. *ketawa kecil control manis sambil berlalu pergi*





Agak2 ah pakcik.. sentap saya pakcik.. sampai nak kena buat iklan.. MySpace


(HA HA HA HA)




Yelah..
Yelah..
Saya buat iklan..








SAYA HANISAH, BERUMUR 23 TAHUN (belum 24 ye. jangan ngadeh nak 24 lagi. =p) DENGAN INI NAK CARI CALON SUAMI. KRITERIA YANG DIPERLUKAN:


1- TAK NAK LAKI OGHANG (orang), DUDA? ermmmm... kalau GHETE (harta) banyak, kira kautim ah, kira boleh masuk dalam list ah. 


2- MUKA ADA IRAS2 ASYRAF MUSLIM. Paling kurang pon, iras2 TOM WELLING sudah.. tak mau handsome sangat, susah I nanti..


3- Kena ada 3 akaun BANK, dan ketiga-tiga akaun tu paling kokak pon ada around RM363, 505.08 aje... Ok lah, saya bagi longgar sikit,  dua akaun sudah..


4- TINGGINYA nak dalam 180cm. Kalau nak lagi tinggi pon, sampai 210cm sudah.. bukan apa.. nak tumpang glemer masuk The Malaysia Book of Records.


5- ADA SENSE OF HUMOR. Boleh buat aku awet muda, yelah, asyik ketawa 24/7. gila!


Ok lah, cukup lah 5 je, tak mau choosy sangat..


SO, JUAL.. JUAL.. FIRST COME, FIRST SERVE BASIS~ lai lai lai..

see? sopan kan saya?
=.='




adeh lah pakcik.. even gaya pakcik cakap macam ala2 gurau garau gituWWWWW.. tapi nak carik laki tak semudah nak carik ikan kembong kat paso.. HA HA HA~




p/s: kriteria tu sekadar suka2 letak je ye.. (kecuali no. 5 sebab dah ketandusan idea, hehe) ala.. why so serious.. kamon.. ;))






oh lupa nak promote blog NI. Sila2.. lai lai lai.. 
ngehehehehe~ ;p


sincerely me:



aku BENGAAANG! (Part II)

::salam readers::

Entri ni bukan sekuel untuk entri 'aku BENGAAANG' sebelum ni actually, cuma....urgh! malas nak taip panjang. Just let the pictures speak! (actually, takde lah banyak gambo pon, 2 je, yang lain taip gak. heh)

Date: 28.4.11

With that pale. I smile. 
actually, that was
Before the accident occurred.


After the smiled, laughed, enjoyment of having ermm... around 8 thick novels at Pesta Buku Antarabangsa. 


After the gorged at Sam Sam Korean at The Gardens Mall. 


And this was what i got.


And this was what i got!!


And this was what i got!!!


And this was what i got!!!!


And this was what i got!!!!!


And this was what i got!!!!!!!!!!!!!!!!!!!








Can u detect what's wrong with that car??!!
Can u?!
Can uuuu???!!!!

Side mirror dah takde dowwwwwwwwwwwwwwww! shit! of fine, tak sopan, tak elok sebut that kind of word. But who cares?! (even if u care) shit! shit! shit!!!


What happened?! 
Aku park that car elok terletak. Cantik punya parking aku bagi. Takde berebut parking dengan sesiapa pon! 
Alih2, balik dari top-up perut, ini jadinya?!


Aku, my mom and Nad, pi ke security counter. Ngadu (what else?!)
Bertanya whether ada kereta lain yang langgar or else. Meaning, nak tengok CCTV kat situ lah.


Then, he called his bos which is his  executive security turun. Chat sana, chat sini. Bertanya sana, bertanya sini, isi borang report or what so ever. Then, kami pi tempat 'kejadian' . 


Malangnya, the 'bos' cakap that, it takes time untuk check siapa punya angkara sebab CCTV jauh dari kereta aku. Bukanlah nak kata kereta aku park kat tempat tersorok. No. Tapi CCTV nya letak sana 1, sini 1, sana 1, sini 1, bla bla blaaa~ pfffttttttt


Bila the 'bos' check kereta, dia kata orang memang nak curi side mirror tu due to bawah side mirror ada kesan calar sikit macam 'pencuri' tu patahkan dari sudut atas, justeru mencalarkan bahagian bawah side mirror tu (gosh! apa punya berbelit ayat lah kau bagi) Kaurang paham tak? pleaseeee say yesssss... sebab aku takde mood nak lukis2 bagai. huh!


Plus, wayar kat side mirror tu pon kena potong dow! pergh! speechless! 
Apa sebenarnya yang jadi ha?


'Bos' tu bagi andaian yang side mirror kena curi. Sebab?
1- Based on 'kecederaan' kat kereta, tak de calar secara memanjang sepanjang kereta sama ada kat pintu atau kat 'skirting' kereta. 

2- Calar hanya kat sudut bawah side mirror je. 

Aku macam 'huh?! ada ke orang nak curi side mirror??!! 1 side je pulak tu? plus, banyak kot kereta2 mewah gila yang ada kat parking tu. Kenapa nak kat kereta yang aku bawak tu jugak?'


Untuk pengetahuan, 'bangkai' side mirror pon takde kat tempat 'kejadian'. So? *pening*


Balik rumah, pakcik aku punya andaian pulak:

1- Ni kes langgar lari ni. Dia dah langgar side mirror then dia break kan terus mirror tu. (huh?!)

Aku macam 'huh?! reason macam tu pon ada ke?' untuk andaian pakcik aku ni. U know what, kakak angkat aku pon kata gitu. Dia kata, abang dia pernah kena. Tapi takde lah sampai side mirror ghaib terus!


Aku kuciwa!
Aku sedih!
Aku murung! =.='
Aku BENGAAAAAAAAAAAANG!


Banyak2 kereta yang 'pergh!-bapak-cun!' kat The Gardens tu,  kereta aku jugak jadi mangsa kan?
Hmmm..maybe dia tahu aku driver nya kot... Yela..salah satu cara nak ngorat awek, kena melalui keretanya dulu. CIT! nak lempang?


Dah, bye! takde mood nak macam2 hari ni. 


By the way, apa pulak andaian kaurang? Cuba bagi andaian. And, pada sesiapa yang pernah kena macam ni, bagi komen apa2 pon untuk mengubat duka dan lara jiwa ku ini. MySpace





p/s: baru nak review Sam Sam Korean kat food court kat The Gardens tu. Tapi dah jadi macam ni, malas nak review for now. Not in a mood. 





Sincerely me:

Bakal Tunang Ashraf Muslim Yang Sebenar

::salam readers::

Sekarang ni kecoh betul kan, pasal Ashraf Muslim nak bertunang?


"Ya, saya nak bertunang. Sila menangis ye wahai wanita sekalian..Saya tahu anda2 sekalian berebutkan saya yang kacak lagi bergaya ni!" jejaka ini bermonolog.  =P
*from beautifulnara*


Aku pehlik benau lah apa pasaaaal lah depa2 ni kecoh sangaaaat kalau Ashraf Muslim ni nak bertunang pon?! Lantak dia lah! (pergh! 'hangin' nampak?)




Kemudian, kekecohan mula bertambah dengan tersiarnya gambar bakal tunang si Ashraf ni kat blog-blog hiburan terkenal dan akhbar-akhbar tempatan (asal ayat aku macam 'lurus' semacam ha?) - (blog hiburan ni pon tak sure 100% sama ada betul ke perempuan tu)


Bila dah tengok gambar yang dikatakan bakal tunang si Ashraf ni, aku geleng kepala. Geleng sehabis daya! Geleng segeleng-gelengnya! Geleng! Geleng! Geleng!!! Gelenggg! (aku lempang pulak kang)


"hai..saya bakal tunang Ashraf.. Sila jeles ya sekalian wanita..saya dapat diaa.. yeay! yeay!" wanita ini bermonolog. =P
*from google*


Kenapa aku geleng?
Sebab dia bukan bakal tunang Ashraf yang sebenar!
Bukan! Bukan! Bukan! No! No! No! Bukan! Bukan! Bukan dia! (yeee..aku tau bukan dia..udah ler tu sebut 'bukan' banyak kali. Excited nau lah!)
Macam mana aku tau bukan dia?!
Sebab,
sebelum tu, aku nak warning awal2 bahawa jangan terkejut dengan gambar bakal tunang dia yang sebenar. Kenapa terkejut? Sebab kaurang maybe kenal dia. Dia ni seorang blogger jugak. Waaahhhhh..sambil jadi doktor sambil blogging ye. Bagus!

So, siapa bakal tunang dia yang sebenar??
Macam biasa, scroll bawah! MySpace
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Aish! apa bagi gambar half2 ni?! suspen lah konon~ =.='

Ok, relek2..aku tahu kaurang semua excited kan.. sabar2..gambar seterusnya ada kat bawah ni je....












Ha! nampak tak dia?!
"laaaa...yang mana satu?! Ish ang ni!"

Oh! ok2..tu gambar dia dengan member dia. Gambar dia seorang yang ni ha.







Cik Hanysyangfrustashrafnakkahwin: Awak... sorry lah awak, saya dah kecoh dah kat semua orang yang saya ni bakal tunang awak yang sebenar..

Encik Ashraf Muslim: Takpe awak..saya paham..awak nak glemer..takpe2..bitau je semua orang ok..?



HA HA HA HA
HI HI HI HI HI

Aku rasa kan, entri ni kan, sebenarnya entri frust lah.
Kaurang rasa?
=P


p/s: entri ni sekadar suka suka saja. Sila dengan hormatnya jangan marah @ menyampah @ pertikaikan entri ni ye..heeeee *big grin*


p/s/p/s: aku pon doktor gak. Doktor cinta. kuangkuangkuanggg~ =p

p/s/p/s/p/s: Tahniah lah Ashraf and bakal tunang dia tu. (Ucapan bernada jeles =P )







Sincerely me:

Entri Untuk Peminat Artis Korea.

::Salam readers::

Actually kan, aku tak tahu lah kenapa sel-sel kat dalam otak aku ni aktif bebenau nak melincahkan diri demi satu entri pada time makhluk2 asing kat atas-permukaan-bumi-yang-rata-tapi-berbentuk-sfera ni kebanyakannya tengah layan mimpi2 indah dan permai =.=' (kemain kau sekali napas!)


Oh ok, I knew why! Lebih kurang pukol 8 pm tadi aku pekena teh ais. Bagus! =.='  Hmmm..no wonder aku tak letih2 and ngantuk sedangkan drive pegi balik Shah Alam-Simpang Pulai plus tak tidur2 dari lepas subuh tadi (eh! 'tadi' ke 'semalam'?!) Pergh! Terasa seperti jadi Super Girl doww~haha!


Sebelum aku lanjutkan entri ni dengan cerita2 pasal artis korea yang kaurang tengah langau angau sampai dalam toilet pon dok berangan depa tu kan. Aku nak cerita pasal artis lain bangsa dulu. Boleh kan?!


Masa aku around darjah 4/5 dulu. Boleh dikatakan cerita2 hindustan memang terhangat dipasaran. Siapa yang tak tahu kau memang lebih muda dari aku lah kan. (apa kaitan?)
Siap dulu ada terbitan surat khabar edisi mamat2 minah2 hidung mancung tu lagi weh.
Tapi kan, macam mana aku tahu semua ni?
Mak aku lah punya pasal! (gaya macam carik gaduh je kau)
Mak aku ni dulunya, kira peminat-tak-berani-mati stok2 mamat2 minah2 hidung-mancung-mata-bundar-kening-tebal tu lah. Nak dikatakan, berlambak tape movie diorang mak aku beli. Dulu kan 'stail' tape gedabak besar tu. Jadinya, bila mak membeli, aku lah peneman. Bukan saja teman beli, aku join sekali jadi teman menonton. Bila dah selalu tonton, lama2 jatuh hati gak lah dengan movie hindustan ni. Kira macam peribahasa 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' lah kan. Errr..ada kena mengena ke? *maafkan saya pencinta bahasa* ;)




Ok, tu lah sedikit informasi on how I fell in love with Hindi movies.

So, isi seterusnya:

Kaurang nak tahu tak, aku atually pelik NAU bila sekarang ramai bebeNAU yang suka NAU dengan artis2 Korea ni. Sebab apa pelik tau? Antara sebab2 nya:


1- Kaurang gila kat depa sebab apa? sebab diorang cute ke? hensem ke? ish! depa ni lagi cute and hensem! Depa punya muka ori..tak macam Korea punya artis yang kebanyakannya tak ori.. *jelir lidah gaya ejek* <--KEJAM dow!

Shahid Kapoor
gilak kau tak cute?! ;p

Arjun Rampal
pergi check mata kalau kau kata dia tak hensem. ;p


2: Kaurang gila kat depa sebab depa cute dan cantik?? Diorang ni lagi comel dan cun wo!

Amisha Patel. Comel!

Sonam Kapoor.
Anak Encik Anil Kapoor. Cun gilak! Maniissssnyaaaa senyuman diaaaaaa MySpaceheheeee.. ;p

 3: Body depa ada 6 packs?? depa ni lagiiiiii lah banyak packsSSSS!

Aku letak gamba sopan sikit lah ye. Malu aih nak letak gambo tak pakai bajuuu.. MySpace
dia ni takde lah packs nye! haih! tapi badan cun jugak dari aku.
ni kira sopan gak lah kan? =P

4: Depa pandai menari? Diorang ni lagi pandai. Mana taknya, dalam 3 jam bagi 1 cerita, boleh kira banyak gak lah step tarian dorang kena hafal untuk 1 lagu. Dibuatnya dalam movie 3 jam tu ada 10 lagu, plus dibuatnya pulak kalau dia ambik kontrak 4 movie sekali! (gilak!) Kira ah berapa step dia kena hafal. perghhhh~ =P

Uday Chopra
suka gila aku tengok dia menari dalam Mohabbatien!

bini orang ni pon pandai menari!

5: depa pandai menyanyi?! pelakon2 hindustan ni pon pandai gak menyanyi ok! plus diorang boleh menyanyi sambil berlakon lagi! plus diorang boleh menyanyi sambil menangis lagi! plus diorang boleh menyanyi sambil guling2 atas padang rumput nan hijau lagi!  hik hik!  MySpace



Tapi sayaaaannnggggg..*buat muka sedih sikit* sekarang ni aku dah slow dah dengan hindi movies. Tengok lah jugak sikit, tapi tak macam dulu. Aku tengok pon kalau Shahid Kapoor berlakon *hik hik* atau kalau movie tu best macam sebelum ni. Sebab apa, nak tau?


1- Dulu pelakon perempuannya sopan dalam lakonan, mana tak sopannya, kalau dah angin tiup menampakkan pusatnya, dah malu meow2. Konon macam 'ah! maruahku tergadai sudah!' =.='

Sekarang? aku tengok kejap, tutup mata kejap, tengok, tutup mata, tengok, tutup, tengok, tutup, tengok, tutup. Sebab apa tau? sebab pakaian macam mengalahkan omputih! Nak2 tang menari. Macam pakai bra and spender je masa menari! Macam orang utan dah aku tengok. Scene2 ni bolehlah melelehkan air liur kau yang suka meleleh tang bila tengok benda2 macam ni. =.='


2- Dulu lagu2 dalam movie ni best gilak. Contoh lagu2 dalam cite Mohabbatien, Chori2 Chupke, Dil To Pagal Hai, and banyak lagi lah.

Sekarang? Lagu hentah hapa-hapa! Dicampur dengan rap bagai. Jadi macam rojak! Nasib baik rojak buah sedap. =P


3- Dulu kalau depa ni menari, alahaii...best nya..sopan nya...seronoknya..rasa nak naik kaki tangan ni sekali ikot depa joget. heh heh~

Sekarang?? Diorang menari macam nak buat aksi lucah je! Takkan aku nak ikot jugak kot?! Patutnya sekarang movie hindi yang ada joget2 ni patutnya letak 18sx lah kan? heh. =.='

Tu je lah buat masa sekarang.


Disebabkan 3 sebab tu lah aku dah mulaaaa suka pada Korean movies/dramas/songs. Belum jadi 'hantu' lagi, baru nak start jadi anak didik 'hantu'. haha!
Ni sepupu aku and budak Nad lah ngajo ni! grrrr! (konon2 marah lah tu kan, cit! =P)


Kalau nak dibandingkan dengan cerita Hindi sekarang, sopan lagi cerita Korea. Takde pakai bra and spender then terkinja-kinja menari macam orang utan (kesian orang utan jadi mangsa). Paling2 pakai seluar pendek gila. Ok lah tu dari spender kan?! (apa aku asyik sebut spender ni?! seluar dalam lah! seluar dalam!ish! =p) Tapi,kalau ada pon yang pakai macam tu dalam cerita Korea, tak sebanyak macam Hindi punya cerita kan.. ^^v


Ok, tu je lah so far aku nak taip. Kang kalau semangat lebih sangat kang jadi macam entri sebelum ni.
Jadi, kaurang nak bagi pendapat juga tak? Bagi lah..bagilah..bagilah..bagilah..bagilah....bagilahhh... *paaanngg*
=P


p/s: Rindu pulak dengan dish korea yang Nad belanja hari tu! Tapi lupa nak ambil gambar. Nanti aku pi lagi aku review kedai and dishes nya ok?!

p/s/p/s: tajuk entri ada kaitan tak dengan isinya? heh heh heh~ *gelak sinis* =P


TQ for reading and commenting!
xoxo
:-*

Entri siap di'publish' pada 3:55 AM. Bagus! *clap2* Pagi nanti bangun muka macam Panda! Takpe, Panda comel!  =P

 sincerely me:

Tudung dan Wanita

::Salam readers::

Pekabo? Sihat?
Sebelum tu, klik sini dulu. lalala~ =P
Well, seperti apa yang aku gebang sebelum INI. Membuatkan aku teringat masa mula-mula aku bertudung dulu.  MySpace
Kenapa tiba-tiba teringat? Sebab ada 1, 2 situasi yang agak mencuit hati aku bila dikenang balik. Tapi, boleh pulak tiba2 kan? haha! welllllll...


Masa aku kocik dulu, meaning masa tadika lah..aku belum lagi diajar untuk bertudung. Masa zaman 1990's dulu budak2 tak berapa ramai yang bertudung kan? Kalau sekarang..haaaa..kocik2 lagi dah diajo bertudung. Indeed, tadika lebih kearah keislaman pon banyak kan sekarang? contoh yang ada kat tempat aku ni; PASTI AZZAHRAH. Weh, comel gilak aku tengok bebudak kecik ni bertudung! Rasa nak ganyang2, geget2(gigit) je! Siyes! Eh! *gigit jari* over~! =P
Aku ingat lagi, masa aku kat tadika KEMAS dulu, mak aku suka benau ikat rambut aku yang panjang mengurai macam pontianak tu kemas2 and ikat cantik2. Sampaikan cikgu tadika tu dok puuuuuuuuuuuuuuuuuji aku punya rambut tiiiiiiiiiiiap hari. LALALA~MySpace


Then, masuk darjah 1, arwah abah ajak kami pindah semula ke Simpang Pulai, Ipoh (kampung arwah). Bila dok sana, aku disekolahkan kat SRK Marian Convent, Ipoh, seingat aku kat area Tambun Inn, ea? MySpaceheh heh~ lupaaa.. *sengih tunjuk gigi* Kalau dah sekolah kat sekolah yang ala-ala omputih tu, opkos mostly seragam sekolah yang bebudak guna (masa tu) pon ala-ala omputih gak. Pakai apa? opkos pakai skirt instead of baju kurung.
Seksi dan seksa tak I dulu? Seksi kaaannn..I likeee..*sila lempang smoothly* Indeed, hari Jumaat je pakai baju kurung. HE HE HE.


Skirt seragam sekolah macam model no.2 dari kanan tu. Baju seragam je sama ye! Jangan nak lebih2! aku tembak kang! =P


Then, masa aku darjah 2 (seingat aku dalam pertengahan tahun), aku pindah semula ke Selangor, duduk kat Padang Jawa ni sebab arwah dah tiada. Kalau dah pindah, sekolah pon bertukar lah kan. Aku disekolahkan pulak kat SK Padang Jawa. Masa first day kat sekolah, aku dah pakai skirt macam aku pakai kat convent dulu. HEHE! adakah ni salah mak aku? taaak..aku yang mengada nak skirt. EKEKE~ =P


So, masa hari yang keberapa entah (tak hingat), aku tengah duduk2 kat tempat aku. Then entah macam mana, aku terpandang sorang mamat sekelas ni. Dia duduk selang berapa baris entah dari aku, plus dia duduk bertentang ngan aku. Then, entah bila aku terpandang dia. Masa aku terpandang dia tu, aku nampak dia ketawa ngan member depan dia tu then dia tunduk gaya mengintai kat skirt aku ni ok! *entah berapa banyak entah ni oi!* Macam mana aku boleh sure dia ngintai aku? SEEEEBAAAB, masa dia NAK ngintai dan LEPAS ngintai tu, dia pandang aku! kuang ajaq tak kuang ajaq?! Rasa nak geget2 (gigit) dia masa tu! Eh! tak boleh, tak sedap! *geleng2* huh! Aku still hingat lagi weh wajah kacak persona dia tuh! (FYI, semua bebudak perempuan melayu kat sekolah tu pakai baju kurung and tudung, so, maybe sebab tu dia jakun sikit kot. HAHA!)

Kalau kat Malaysia suruh budak sekolah pakai seragam sekolah (skirt) macam ni kau rasa macam mana? HAHA!
Thank god tak! GILAK!



Lepas kejadian yang dah meruntun lalu merobek jiwa, maruah dan dara kesucianku *eceh* tu, balik ghumah (rumah) terus aku merengek mengada nak pakai baju kurung jugak! Nasib baik lah ada baju kurung yang aku pakai hari Jumaat tu kan. Kalau tak, jenuh oi mak aku nak mencari baju kurung semata-mata nak melayan kerenah ala-ala manja mengada menggoda aku ni.
Alaaa..anak first..kenalah manja sikit... tak banyak poooon.. sikiiiit je... MySpace


Since then, aku pakai lah baju kurung setiap hari. Bila dah lama sekolah kat sana, aku mula teringin pulak nak pakai tudung kat sekolah maybe sebab terikut kawan. Lagipon, masa sekolah rendah kebangsaan tu, waktu petangnya aku sekolah agama pulak. Tu sebab kot aku teringin nak bertudung pi sekolah. HEH HEH. ermmm.. cemana ke gayanya ea budak baru nak belajo pakai tudung? boleh kaurang imagine tak? frankly speaking, memang CUN! MANTOP! JELITA! AYU! perggghhhh! boleh pengsan tengok kot! haha!

Sebelum tu, untuk next 'paraghraph', I nak bitau kat U, kalau U shayang I, U jangan gelak ok!
Promish?! *muka ala-ala manja*

Promish first.. *muka gedik nak mintak kena geget*




Ok, I trust U..
Jangan gelak ok..



gaya tudung aku dulu. Newbie lah katakan..HAHA!
See! I tau U gelaaaaak~! *meraung dan menangis dengan manjanya*

HAHA!


Mulut aku dalam gambo tu kena 'plaster' kejap sebab tunjuk aksi terlarang. HAHA!

Ce bandingkan dengan yang ni,

Perghhh! dah majuuuuuu seyhhhhhh! HA HA HA

Ok, back to the future, eh?! ok, sambung2..
Then, bila masuk sekolah menengah, aku rapat lah dengan minah sorang ni. Minah ni punya influence, pergh! memang terbaik! Dia ajak aku takyah pakai tudung, dia ajar aku pakai short pants. Terbaik kan?! =.='
Dah iman aku masa tu pon ala-nak-tak-nak je, so mulalah, keluar tak pakai tudung..hamboii..galak naa.. Aku suruh mak aku potong rambut aku pendek, (mak aku pon turut je lah, sebab dia pon rimaih tengok rambut aku panjang. haha!)  konon nak berlagak ala-ala budak tomboy ah tu kan. *muntah hijo+coklat*<-- yewwww~!! Then, gaya jalan pon ala-ala terhinjoooot-hinjot! *pengsan* nak dijadikan cite pulak, mak aku memang TERpotong rambut aku ala-ala lelaki. Lagi lah bangga aku masa tuh! *sila geleng kepala sambil picit2 urut2 dahi anda*.

And one day, aku ngan minah tu nak pi lah ke pondok telefon yang berdekatan ngan rumah kitorang tu (rumah kitorang saling dekat-mendekati =.=') Masa dah nak sampai ke pondok telefon tu, tiba2 aku terpandang seorang jejaka yang errrr.. boleh kira kacak sikit ah, merenung aku ngan pandangan yang memukau! Wah! ada jejaka yang errr..boleh-kira-kacak-sikit-ah nak ngorat aku. Tapiii..errrr..asal macam kenal sangat ghupa dia ni?!!

Memang patut kenal! USTAZ sekolah rendah aku aku ghupanya!
Hambik kau! Dengan rambut ala-tomboy nya, dengan jalan terhinjooooot-hinjot ala-konon-tomboy nya,  dengan short pant ala budak hiphop nye *HAHAHA! rasa macam tak percaya yang that was me!*, aku berkeadaan macam tu berdepan dengan ustaz aku yang paling dia-kenal-aku-dalam-kelas. Tetiba aku terpikir, kan best kalau jadi unknown dalam kelas..hik hik.


Bila dia jegil kan mata dia tu, aduuuuh, menusuk dikalbu! TAKOT oi! HA HA HA! Apa boleh buat, aku sengih je lah.. HIK HIK.

*rasa macam panjang pulak entri aku kali ni?* MySpace


Lepas kejadian tu, aku berubah? Hell no~ degil ni, telinga capang sebelah. haha!
Then, entah bila, kakak ustaz tu nak kahwin. Kakaknya pon ustazah kitorang gak, so kira kami ni saling kenal-mengenali, sayang-menyayangi, cinta-mencintai lah. =.='
Bila ustazah ni nak kahwin, dia mintak tolong aku, member aku and beberapa orang antara kami ni join jadi penanggah dia masa sanding. *muka bangga sebab terpilih even jadi penanggah je* hihi. Masa kat kampungnya tu aku jadi baik sikiiit ah. hihi
Entah macam mana, balik dari kampungnya tu, aku totally berubah, tak macam sebelum tu. Alhamdulillah still sampai sekarang.. =)


ok, dah lah, tu je ye. Ponat lah kaurang membaca entri ni, kesian kaurang.. *eceeeeh..padahal suka kalau kaurang baca sampai licin!* hik hik
Lagipon, ponat lah den naip nyo. haha!

Oh! sebelum tu, kepada kaurang yang rasa kaurang agak-pandailah-konon (haha!) =P,
Ce teka siapa kat bawah ni:


masa ni dia dah ramping sikit, sebelum nya, pergh! montok habis! siap pakai skirt atas lutut! tapi malanggg..gambo dah ilanggg! T__T




p/s: sedih bila ramai yang underestimate girls yang pakai shawl just because cara pemakaian most of them tak menutup dada. Wahai sayanggg.. saya HANTU shawl juga, tapi saya AKAN sedaya upaya menutup apa yang perlu ditutup. Janganlah macam "disebabkan nila setitik, habis tak sodap ayaq hot coklat sejag" *hambik kau..guna hot coklat gituuuu* HA HA HA! eh silap, kena serius! *muka serius* I sedih niii..I sedihhhh..meh la pujok I.. *ayat desperate gilak! HA HA HA!* eh! silap lagi! kena serius! *muka serius sambil kerut dahi * 

p/s-p/s: tetiba selongkar gambo2 lama ni apa cer kau? =P 

p/s-p/s-p/s: tajuk entri agak skema berbanding isinya. heh heh~ =P


TQ for reading and commenting!
xoxo
:-*



Sincerely me:

Tri Fa?? Siapa Tri Fa??

As-salam SAYANGs (yeahhh! tu diaa..perosak bahasa dah mula beraksiii) aku sekalian!!!


Agaknya berapa lama dah ea aku tak update? tak lama kot..ada lah dalam beberapa minggu yang lepas.
Alah, aku update ke tidak, apa kaurang kisah..tak de siapa pon yang kisah..tak de siapa pon yang rinduuu...MySpacehaha!

Sorry ye pada commentors saya (ayu dan sopan gituuuuu) sekalian, saya tak sempat balas jejak kasih kaurang ke sini. Hanya segelintir saja yang sempat dibalas.. Insyaallah jejak kasih kaurang akan WAJIB dibalas jugak! Lambat/cepat je soalnya. =)

Ok! Jom jump into conclusion.
eh?! errr..

Ok,ermmm..as kaurang baca title entri:
"Siapa Tri Fa?"

Loya (lawyer)?
Majistret?
Apa?? ahli muzik??!!
hahaha~ tetiba nak selit kan pulak skrip kasim selamat ni.


Ok, ok, back to normal. Actually siapa Tri Fa ni? Kaurang kenal? Aku tak kenal. Tapi baru kenal. hihi. Tri Fa ni sebenarnya...errr..tapi sebelum tu nak bitau yang lelaki tak digalakkan tahu, tapi kalau nak tahu jugak, aku langsung tak kisah pon.. lalala~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
klik sini lah ye. heh heh heh.








See, aku dah kata, lelaki tak digalakkan untuk tahu. Siapa suruh degil sangat. MySpace

Tri Fa  a.k.a  'trio-fabulous'.


As aku mentioned sebelum ni (bagi sesiapa yang setia ngan aku lah, eceh! ayattt~!), aku nak buat online business. Actually, perancangan awal sebenarnya nak menjual barang2 bundle. Then entah-macam-mana dah TERmula dengan shawl duluuu.. Shawl pon shawl lah, aku 'hantu' jugak mende-alah ni. Lepas ni InsyaAllah akan diteruskan dengan barang2 bundle. =)

Btw, aku buat bisnes ni pon dengan member as a part-time job. Boleh lah dapat side income ye dok? *angkat satu kening*
And disebabkan hal ni lah aku agak sibuk lately. Sorry SAYANGs! heh heh..

Errr..apa lagi nak cakap ea? errrmm..
oh! DO SUPPORT ME SAYANGs!MySpace

Last but not least, jom usha shawls yang aku buat lenjan saban hari (ni aku punya ok)
psstt..kalau cantik, grab lah 1, ngeh ngeh ngeh~
Oh! lupa nak bitau, harga bagi items kat blogshop aku semua affordable. Tak cayo? cayoo je laah.. MySpace
Ok, continue:

Roses Moroco. Sangat laku. Berapa kali restock dah. =)

Ala-ala shawl patchwork. One of my feveret sebab unik dan kreatif! =)
Aku tak tahu macam mana boleh TERambil gambo cenggini. gelik pulak aku nengok nye. haha!

yang ni pulak, PALING tak boleh blah! kah kah kah! *ok, tutup molot!*


Ok, tu je kot so far.
=)
Again, TQ for reading and commenting!
xoxo!
:-*



Sincerely me: