Muka jerawat kena condemn

::salam readers::

Aku dengar HOT FM semalam, ye, hari ni baru nak cerita, sebab semalam balik lewat malam, penat, balik terus bertukar jadi sleeping beauty. ;p

Aku dengar yang session BENGAAANG, ala, yang setiap malam ada tu.
Ok, apa yang aku nak cerita is, pasal seorang pemanggil ni.

Si pemanggil iaitu seorang lelaki mengadu yang dia bengang sebab dia jumpa perempuan yang dia kenal through facebook, seorang yang kurang cantik.

Katanya lagi, dalam fb, perempuan tu cantik oo, talak jelawat oo, cun oo, ayu oo..tapi bila jumpa, ada jelawat2 kat muka perempuan tu. Dia kata lagi bahawa kat fb, perempuan tu talak jelawat oo..

Gaya dia cakap gilak underestimate muka perempuan tu. sumpah! annoying gilak kot.
Then dj tanya, ayat dia lebih kurang macam ni, "awak cakap orang tu macam tu, awak tu hensem sangat ke?" sambil gelak2.
And he answered, lebih kurang gini, "saya hensem lagi dari dj (sebut nama dj)" sambil gelak2 jugak, may be gurau garau kot..

Lepas aku dengar tu, I was like "huh?! hek eleeeeeeeeeeeeeeeeeeeh"
macam kau hebat sangat!
Shahid Kapoor yang comel nak mati tu pon tak pernah underestimate muka orang yang ada jerawat tau.
Mana aku tau? hek eleeeeeeeeeeehhh... aku tau lah! aku kan awek dia, eh! silap, ex-awek. (nak jugak mamat keturunan bangla kau kan? takpe2..ni keturunan terbaiiik dari ladang nya!) MySpace

semua orang dok admire pelakon omputih lah, korea lah, jepun lah,
tapi aku ambik bollywud,
boleh?!
eh! kiut gilak ok!
hik hik!


Ok, berbalik pada topik bual bicara kita hari ni ye puan2, tuan2.

Yang kau gatai sangat nak menggatal ngan perempuan dari fb tu apasal.. nampak sangat kau memang gatai. Pantang nampak perempuan dahi licin kilat2 sikit. Ha! sekali hambik engkau. Udah terkena! LOL!


And kepada perempuannya pulak, janganlah letak gambar yang boleh memperdayakan orang..
Kalau anda juling? Letak je gambar anda yang juling tu..
Kalau anda berbadan besar? Letak je gambar whole body, kalau tak nak banyak2, letak 1 2 pon jadi lah..
and
Kalau anda bergigi beso macam aku? Letak je gambo tersengih macam kat ataaaas nu. MySpace







20 comments:

liyana said...

yes msti jujur.. :)
hmm sebut pasal letak gmbr kt fb ni..ade gak sorang kawan, realiti nya die biase2 aje, muka jerawat2 la byk bekas2 nye. sekali dlm fb muke cantik giler oke, sgt2 cantik, mcm doll gitu, friends pun ramai giler, nk berkenalan segala. huhu..
emm pjg lak komen.. hehe peace! x baik tipu org kan :)
mamat tu perasan giler2, msti org nye jenis yg cover macho gitu, perasantan. :D

mia said...

kahkahkaa...biasalah tu yang..cube kalau die jumpe cun, takde nak call hot fm bagai kan..org kalu da dpt ape die nk, riuh sekamponggg

pipoq said...

miahahaha..sempoi..aku sokong tu..
ape nak malu tunjuk diri sebenar lak..kan dah kene kata..

H A N S said...

i loike! :D

ZWAN SABRI said...

Biasala, klaw da kenai kat FB, kena la trima risiko..
gambaq2 kat FB bukan leh caya sangat sbb boleh edit..
huhu

ijatnuar87 said...

hehehe...biasa la...kebnyakan lelaki ni mencari yang dahi licin jek...(tp ambe bukan yek)kalu jumpa yang kureng2 tu,mmg kutuk kaw2 la...tp, bersyukurlah dgn kurniaan ilahi...ada hikmat disebalik nya...

IMANSHAH said...

anda di tag

http://www.abgshah.com/2011/01/giveaway-edy-awak-busuk.html

h A n Y S said...

@liyana, ahahaha~ agak2 kalau hanys pon buat mcm tu, edit pic, putihkan kulit, kecik kan gigi, kuruskan muka, mesti ramai giler org add kan???!! ahahahaaha~

hmm..mmg mamat tu perasan giler~ dia rajin tolong mak dia perah santan kot..
ehehehe

h A n Y S said...

@ mia,

yg nyampahnya tu, diam2 suda..perlu ke kutuk sampai msk hot fm..? mmg kaw kaw dia kutuk...haha
tau tak pe! bkn riuh sekampong je, sedaerah pon blh riuh! ahahaha
;D

h A n Y S said...

@ pipoq,

hehe~toceh2.. ;p
tu lah pasal..ahahaha~
klako ok!
lol
;D

h A n Y S said...

@ H A N S,

heheee..tQ dear..
;D

h A n Y S said...

@ ZWAN SABRI,

tau takpe, dia pi pecaya buat apa..
kan dah terkenooo!!
LOL~
;D

h A n Y S said...

@ ijatnuar87,

uish..memang bahaya gak ye kalau kawan ngan lelaki yg kutuk kaw2 ni kan..haha, nasib baek lah ijat bukan bukan macam tu ye..hehe~

;D

h A n Y S said...

@ IMANSHAH,

hehe..mekasih cikgu..nanti hanys buat ye..
;D

Along Tapa said...

nak lagi selamat....takyah buat fb...join blogger...takyah tunjuk muka pun ramai orang minat...muka tak cun pun orang minat...kan??

Gorengbaek - Kenapa ramai jantan sudah tangkap syok sama janda skang??

Hangit habis dah - Alahai cik kak...bertimbang rasa la sikit ek...

NaniE said...

nak buat cemana hanys, kadang-kadang dalam gambar nampak lain walaupun tak edit..hehe..

rossoneri said...

awak,kita pernah terkena terpedaya dgn gambar kat myspace(zaman dulu myspace kan),ada lah minah nih, mmg cun comellah dalam myspace,mmg admire ah muka dia..sekali jumpa, rupanya mmg 'comel'...LAINNNNN SANGAT, 100% lain, sebabnya, dia mmg photogenic..itu first time kita jumpa org yg photogenic,dia xedit apa2 pun kat gambar tuh...mmg camera loves her toooo much ..lol...sbb tulah dia amek gambar muka je..hehehe

h A n Y S said...

@Along Tapa, hmm..depends pada gaya penulisannya dulu kot..hehe

h A n Y S said...

@Nanie, ada jugak macam tu kak.. tp kes ni mayb dia edit buang jerawat kot..haha

h A n Y S said...

@rossoneri, rupa org potogenik pon kita tak tau cane..haha!
;D