FOLLOWERS

TRY THIS!!

Alangkah Beruntungnya..

::salam readers::

Dalam perjalanan aku pulang dari hal kerja petang tadi, aku terpandang seorang lelaki yang menaiki basikal yang hampir uzur. Dibelakang lelaki terbabit (di tempat duduk belakang), terdapat mesin memotong rumput.

Ketika aku menunggu lampu isyarat bertukar hijau, aku sekali lagi melihat situasi yang sama, tetapi berlainan jantina. Kakak terbabit membawa satu bungkusan beg plastik yang aku rasakan seperti tin-tin kosong didalamnya.

Hati aku berdetik, terasa sebak tiba-tiba,
alangkah beruntungnya aku,
ketika aku berada didalam keadaan yang selesa, dalam kereta yang berpenghawa dingin,
mereka berada dalam keadaan yang kurang selesa, penat lelah mengayuh basikal dalam keadaan yang panas demi mencari rezeki.
Alangkah beruntungnya aku..
Syukur Ya Allah..


Bersyukurlah..
andai kau merasakan bahawa kau seorang miskin berbanding si kaya,
kau pandanglah ke bawah,
kau pandanglah dia yang lebih miskin dari kau..


Bersyukurlah..
andai kau merasakan bahawa hidup kau tidak aman berbanding hidup mereka yang kau rasakan aman,
kau pandanglah ke bawah,
kau pandanglah dia yang kucar kacir hidupnya..



Bersyukurlah..
andai kau merasakan bahawa wajah kau tidak secantik atau sekacak dia yang lebih jelita dan kacak dari kau,
kau pandanglah ke bawah,
kau pandanglah dia yang tidak secantik dan sekacak wajah kau..



Bersyukurlah..
andai kau merasakan bahawa diri kau tidak sesempurna mereka yang sempurna,
kau pandanglah ke bawah,
kau pandanglah dia yang lebih tidak sesempurna engkau!



Engkau pandanglah mereka yang mempunyai lebih kekurangan dari kau..
Maka dengan itu kau akan lebih bersyukur.
Lalu..
terdetiklah dihati kau bahawa..
"Alangkah Beruntungnya aku.."

Syukur Ya Allah..




*senyum*


gambar dari google









12 si penari jari menaip kata sendiri:

tiaris ahmad said...

yup3.kdg2 bile kte tgk blik..mmg bnyk bnda yg kte ptut syukur. rmai lgi org lain yg lgi susah bgnda2 dri kita.

Along Tapa said...

banyak betul entri yang bernada emosi arini..aku pun tak faham apsal...adakah sebab hari isnin atau sebab hari ni 24 Januari...

Gorengbaek - Along nak pecah rekod...buat entri bunga-bunga

Hangit Habis dah - What kind of person are you actually?

h A n Y S said...

tiaris ahmad,

tau xpe!
XD

h A n Y S said...

Along Tapa,

hahaha~aku pon pelik apsal aku tetibe buat entri emosi plak arini,
@.@

H A N S said...

alhamdulillah..

Eazy Izzuddin said...

Alhamdulillah..
ku tersangat bersyukur apa yg ada sekarang....
;)

pipoq said...

insaf ?

kalo insaf bagus la..jangan hari ni je insaf, sok sok ilang lak keinsafan tu..hehehe..

aku lebih suka tengok orang yang bersusah payah demi untuk mencari rezeki dari orang yang tidak berusaha dan hanya mengemis simpati untuk terus hidup..

hehehe..bakhil tak aku ?

liyana said...

suke entri ni.. :)

h A n Y S said...

H A N S,

;)

h A n Y S said...

Eazy Izzuddin,

;)

h A n Y S said...

pipoq,

kau memang bakhil! baru tau?!
muahaha~
;p

h A n Y S said...

liyana,

tQ dear..
;)

Related Posts with Thumbnails