Jatuh

::salam readers::

Maaf sebab dah berapa hari tak update. Hanya approved komen dan mengomen pada beberapa blog sahaja. BW pon hanya sekejap. SORRY dear pengomen tegar dan silent readers blog aku sekalian. *perghhhh! bajet ramai ternanti-nanti kau update! takpe..sekali-sekali bajet 2011..buahaha* Atas sebab kesibukan kerja yang melanda lately. Yeah..alasan cliche kata kau.. =.='
Plus, kalau nak update pon, TIBA-TIBA kekeringan, ketandusan, ketiadaan, kebantutan idea. *maybe ini alasan utama kot? heh!*

Btw, lepas kaurang dah puas bermain lidah dalam entri ni, *puas bermain lidah?!! eh?!MySpaceaku nak cerita/bermain pulak tentang/dengan : 'JATUH'. *oh! maafkan aku dengan ayat yang simpang siur,demmm*

Kaurang pernah jatuh? Tak kiralah dalam kategori apa sekalipun. Jatuh Hati/Jatuh Cinta*bukan sama ke??=.='*/Jatuh Tangga/ Jatuh Bukit/ Jatuh Pengsan/Jatuh Bangunan?

So, dalam entri ni aku nak cerita tentang pengalaman 'JATUH' aku. Tak berminat nak tau? Takpe..aku tak femes untuk kau berminat ambil tahu halnya.. hik hik ^^

1- Jatuh Cinta.

(Kenapa point ni mesti jadi yang pertama? Weh jari-jemari! kau saja kan?! Aku patah-patahkan kau nanti! Kau tunggu lah nasib kau lepas aku hapdet nanti!) haha!
Aku agak susah nak jatuh cinta. Maybe disebabkan kemaluan sifat malu aku masih menebal (tapi kurang sikit dah kot, malu pada certain circumstances yang sesuai dimalukan sahaja, tak mahu malu sangat, andartua aku nanti.haha!). Hanya sekadar admire gitu-gitu dalam diam adalah. ramai kot?!*gelak jahat* Actually, once aku dah jatuh cinta, aku akan setia (insyaallah,tapi so far which means, dulu punya cerita, alhamdulillah aku setia habis,) Then, dia buat  taik (muahaha!*gelak jahat*) Dia curang *ececeeceh* Tapi tak tahu lah pulak aku, kalau perempuan tu yang goda dia lebih sangat sampai dia layu tak bernyawa habis or tahap kegatalan dia dah sampai naik ruam-ruam sampai bernanah satu badan. haha!
Masa dapat tau tu, tipulah kalau aku kata aku tak nangis langsung kan. First love kot beb! MySpace
Tapi takpe..aku ok dah, sebab selama kami bercinta, dia baik terhadap aku *optimis habis!haha!*. And bila aku fikir-fikir balik, maybe ada jugak salah aku (tak seromantik habis macam dia kot?haha).. MySpace
Ok, enough lah cerita pasal ni. Aku tahu kaurang bosan. MySpace

Next! next!

2- Jatuh Tangga

Oh! malu! malu!MySpace Kes ni jadi masa aku tahun pertama kat u. Masa tu aku excited gila nak try baju baru. So? apa kaitan dengan jatuh kan? Takpe-takpe..teruskan membaca.
Ok, bila dah excited mulalah niat buruk nak menunjuk kan? Eh! apa kaitan dengan jatuh, kan? Takpe-takpe..teruskan lagi membaca.
Ok, bila dah nak menunjuk tu, mulalah nak berjalan depan orang, kan? eh?! tak paham? haha! ok2,
Time tu lecturer nak bagi test paper yang dah di marked. Lecturer tu naik atas (dalam lecture hall) bagi paper kat setiap students, maknanya students hanya duduk kat tempat masing-masing aje. Time nama aku pulak, aku menggedik turun dengan santunnya nak ambil paper tu, nak menunjuk baju baru kan?! WTHell?! LOL! budak getah mentah sungguh masa tu! ish! tak suka! haha!
AND, masa nak naik ke atas pulak (tempat duduk aku), TIBA-TIBA entah macam mana, kaki aku tersadung kat tangga! ha! hambik kau! niat tak baik, dan kaurang tentulah tahu apa jadi lepas tersadung tu kan? MySpace LOL!

Next! next!

3- Jatuh Bukit

Kes ni jadi kat blok hostel. Masa tu aku nak turun ke tempat parking kereta. Kalau ikut laluan pintas (pintas lah sangat..), jalan yang agak bukit tu paling pintas, takdelah tinggi sangat bukitnya, macam slope sikit. Hm..agak macam tinggi aku, er..tinggi ke? (tinggi aku pon kaurang tak tahu, haha!) Masa aku nak turun tu, aku pakai selipar jamban murah je, nama pon selipar jamban kan.. tang tapaknya paham-paham sendiri sudah. So, tengah syok-syok nak turun tu, sekali dengar bunyi GEDEBUK!, eh? kenapa? laaahh..aku jatuh rupanya..hahaha! Malu woi! member-member aku dok pakat ketawa meroyan sakan. Dah macam orang gila aku tengok. ihik ihik. (peace weh korang-yang-tukang-ketawa-masa-tu!hihi!)

Next! next!

4- Jatuh Pengsan.

Yang ni aku tak pernah rasa. Teringin nak merasa. Macam mana rasanya ye? Anyone? haha!
Tapi actually, aku pernah sebenarnya jatuh pengsan..Tiap-tiap hari ok!
Yelah, pengsan, a.k.a membongkang a.k.a TIDUR! MySpace


5- Jatuh Bangunan

KAU GILA HAPE?!


tambahan:

6- Jatuh Atas Mamat HANDSOME seyyyhhh!! 

Sila baca di sini.
heh heh~
MySpace



Actually kan, aku TERada idea buat entri ni sebab TIBA-TIBA TERingat pasal video 'model jatuh kat runway' yang aku tengok 3 tahun lepas. LOL. (3 tahun lepas baru terpikir??!! ye lah beb, gigih nak mencari idea untuk upadate entri sampai kenangan video 3 tahun lepas pon jadi lahhh..haha!)



So, anyone? ada cerita 'jatuh' yang nak dikongsi?







Mari Menyenamkan Lidah Anda

::salam readers::


'Menyenamkan?!' kau dulu masa SPM, failed BM ke??!!


Baik *gaya shin chan*, cikgu Bahasa Malaysia sekalian alam..maafkan saya..Nak sebat saya? Meh ler sebat saya..
MySpace <-- gaya cikgu selepas menyebat (gila kejam) hihi..*peace* *big grin*




Baiklah, sebelum memulakan senaman hari ni, macam biasa, kena warm up dulu.


First, muncungkan mulut dan sebut UUUUUU. (Dalam kiraan 8, then stop)
Then, sengihkan mulut dan sebut EEEEE. (Dalam kiraan 8, then stop. Ala..macam kaurang warm up sebelum jog petang2 tu, kiraan kena ada.)
Kemudian, jelirkan lidah dan sebut errrr..sebut..errr..*jap ea, aku pikir nak sebut apa*
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----


ok, givap. tak boleh sebut apa-apa. haha! sengal!


Last, tarik napas....tahan! jangan lepas! Dah pengsan baru lepas. MySpace






Lepas wamap, pi senam lah! Apa lagi?! aisyooo..tu pon nak kena bitau. =.='










Aceruloplasminemia

Acetylcholinesterase

Achondrogenesis-hypochondrogenesis

Acrocephalosyndactyly

Adrenoleukodystrophy

Agammaglobulinemia

Cephalothoracic lipodystrophy

Chlorobenzylidenemalononitrile

cholangiopancreatography

Craniopharyngioma

Dacryocystorhinostomy

Dehydroepiandrosterone





















MySpace




MySpace


Amacam? kurus dah lidah kaurang? lol
;p






p/s: Doc, how aa..u plonounce these telms aaa..? Waaa..lu munya lidah aaa..manyak bagus woo! *sambil angkat thumbs* (alah bisa, tegal biasa..ye dak..? *angkat dua-dua kening*)





updated: sorry, aku lupa nak bitau, semua terms diatas adalah Medical Terms.
(kaurang klik je kat terms yang boleh diklik untuk lebih info pasal terms tu)
*bukan rekaan aku, of course*
;)





Alangkah Beruntungnya..

::salam readers::

Dalam perjalanan aku pulang dari hal kerja petang tadi, aku terpandang seorang lelaki yang menaiki basikal yang hampir uzur. Dibelakang lelaki terbabit (di tempat duduk belakang), terdapat mesin memotong rumput.

Ketika aku menunggu lampu isyarat bertukar hijau, aku sekali lagi melihat situasi yang sama, tetapi berlainan jantina. Kakak terbabit membawa satu bungkusan beg plastik yang aku rasakan seperti tin-tin kosong didalamnya.

Hati aku berdetik, terasa sebak tiba-tiba,
alangkah beruntungnya aku,
ketika aku berada didalam keadaan yang selesa, dalam kereta yang berpenghawa dingin,
mereka berada dalam keadaan yang kurang selesa, penat lelah mengayuh basikal dalam keadaan yang panas demi mencari rezeki.
Alangkah beruntungnya aku..
Syukur Ya Allah..


Bersyukurlah..
andai kau merasakan bahawa kau seorang miskin berbanding si kaya,
kau pandanglah ke bawah,
kau pandanglah dia yang lebih miskin dari kau..


Bersyukurlah..
andai kau merasakan bahawa hidup kau tidak aman berbanding hidup mereka yang kau rasakan aman,
kau pandanglah ke bawah,
kau pandanglah dia yang kucar kacir hidupnya..



Bersyukurlah..
andai kau merasakan bahawa wajah kau tidak secantik atau sekacak dia yang lebih jelita dan kacak dari kau,
kau pandanglah ke bawah,
kau pandanglah dia yang tidak secantik dan sekacak wajah kau..



Bersyukurlah..
andai kau merasakan bahawa diri kau tidak sesempurna mereka yang sempurna,
kau pandanglah ke bawah,
kau pandanglah dia yang lebih tidak sesempurna engkau!



Engkau pandanglah mereka yang mempunyai lebih kekurangan dari kau..
Maka dengan itu kau akan lebih bersyukur.
Lalu..
terdetiklah dihati kau bahawa..
"Alangkah Beruntungnya aku.."

Syukur Ya Allah..




*senyum*


gambar dari google









Si Dia Sungguh Kacak Dengan Baju Melayunya. Oh! Aku Jatuh Cinta!

::salam readers::

Tajuk macam gedik. =.='
haha!

Mana tak gedik kalau dengan si dia.
Ala, gedik manja sekali sekala dengan dia.
Tak salah.
hari tu dia berdiri depan aku, dengan berbaju melayu!
oooww emmmm giiiiiiiiyyyyy! *sila baca dengan intonasi gedik*
Kacak habis!
Sebelum ni aku tak pernah tengok atau terpandang dia berbaju melayu,
tanpa baju ada lah. eh?! alamak! kantoi!




MySpace





tak boleh blah pose nye!haha!




pose ni the best! XD

tengok lips dia. grrrrrr!!!

So, ada sesiapa nak ambil dia jadi model?
Pantang nampak kamera aku, dia ni!
XD


Dekat pukul 3am!
Kerja gila! esok ada kerja lah! eh? pagi nanti ada kerja!
MySpace

Pendek dan Panjang

::salam readers::

Aku pendek.
So what?
Ekau jeles?

Best jadi seorang yang pendek:

1- "mana satu kakak, mana satu adik ni?" sambil jari telunjuk bermain-main ke arah kami. soalan famous amos kawan2 mak.

2- "owh! ni adik fiza ea?" sambil jari telunjuk ke arah aku. Fiza adik aku, soalan dari kawan dia.

3- "yang ni bongsu ye?" sambil jari telunjuk ke arah aku. soalan saudara jauh yang berpuluh tahun tak jumpa.

4- "Eh! yang ni sulung ye? ingat yang lagi sorang tu". Soalan dari kawan mak.

5- "Angah, tolong cuci kipas siling tu. Kalau kakak, dia tak sampai." (Yes!)

Jadi, apakah kesimpulan dari soalan-soalan diatas?
MySpace MySpace

Untuk pengetahuan umum dan am, aku anak sulung. Kakak. Along. Yong.

Tak best jadi seorang pendek:

1- Ambil tiket parking, kena rapatkan kereta dengan mesin tiket. Kalau tak, kena buka pintu atau buka seat belt lalu jungkitkan kaki dan keluarkan kepala dari tingkap kereta. MySpace

2- Sentuh kad touch and go (tol), kena rapatkan kereta betul-betul. Kalau tak, situasi seperti diatas akan berlaku. MySpace


Yes! yang BEST lebih banyak dari yang TAK BEST! (padahal taknak tambah!buahaha!)

Actually aku buat entri ni sebab situasi 2 tak best tu agak merumitkan aku. MySpace











MySpace

Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

::salam readers::

Wah! wah! Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dah nikoh! tahniah ler..
Hmmm..lately aku perasan ramai gak lah yang pilih teman hidup yang perempuannya lebih tua dari yang lelaki.
Contoh lain, biras si Ayu Raudhah ni, Rita Rudaini. Tapi tak tahu lah status Rita dan suaminya ni apa sekarang.
Next, bekas isteri Akhil Hayy (betul ke aku eja?gasak lah).
Next, Rosnah Mat Aris.
Next, abang sepupu aku,
Next, makcik saudara aku,
Next, aku.
Eh! tak tak.
MySpace


Yelah, kalau dah jodoh namanya kan..tetap lah akan dijodohkan, walau dia lebih tua atau dia lebih muda.
Mak dan arwah abah dulu pon beza 11 tahun. Tapi arwah lebih tua lah.

Kawan aku pernah tanya dulu, lebih kurang ayatnya gini:
"Kau kalau dapat lelaki lebih muda dari kau, kau nak tak"


Aku jawab lebih kurang gini:
"Kalau dah jodoh..tapi kalau boleh taknak lah.."
MySpace


Kenapa ye taknak?
Entah.
Aku rasa macam janggal.
Sebab?
Si lelaki lebih muda, tapi kau akan KENA panggil 'ABANG'
tak ke janggal?  agak janggal kot, sebab dalam mind aku dah di set kan yang dia ni muda.
memang ini sebab utama aku. 'JANGGAL'.


Lagi, selalunya lelaki muda ni kurang matang.
Tak semua.
Certain.
Aku ulang, CERTAIN sahaja. (kalau tak ulang, nanti ada bantahan beramai-ramai bakar blog aku,haha)
Ada jugak yang tua tapi tak matang what.


Lagi, diri terasa lebih tua lah kalau dapat lelaki muda ni.
MySpace


Ok,entri pendek. Nak tidur. Esok kena kerah pi pasar. T.T


p/s: agak addict membaca posts dan comments kat Sahabat Blogger. Aduh! tolong!!







Cara-cara Menolak Pelawaan Si Jejaka Untuk Berkasih

::salam readers::

Ada pernah baca blogger lain buat entri ni tak? atau, ada pernah baca web lain bagi tips ni tak?
Selalu aku baca atau terbaca atau membaca atau dibaca *ok.stop!* tentang cara-cara mengayat awek atau cara-cara nak ajak awek dating atau paling baik, tips nak rampas tunangMySpace MySpace

Pernah tak kaurang (yang perempuan lah~) diajak untuk 'berkapel'? (perkataan budak bawah umur) Atau ada mat salih hensem nak kat kaurang? (mamat yang tak bersunat jugak kau suka ea?),  bila dah ramai2 admire and nak kat kau (bajet kau hot ea?), kau pening lalat nak pilih, so kau nak tolak pinangan dia as your lover. *berlilit-lilit ayat!*
So, hari ni aku nak bagi tips tentang cara-cara menolak pelawaan si jejaka untuk berkasih:MySpace


1- Senyum dan kata, "saya dah berpunya lah, sorry.." padahal kau single available triangle lagi.

2- Senyum dan kata, "saya belum bersedia nak bercinta". padahal kau dah lama bersedia and tahap keterujaan nak bercinta dah berada pada tahap tertinggi.

3- Senyum dan kata, "parents tak bagi bercinta buat masa sekarang.." padahal parents lagi dok tanya dah ada boyafren belum.

4- Senyum dan kata, "saya lebih selesa jadi kawan awak je.." padahal jadi kawan pon tak selesa.

5- Senyum dan kata, "awak terlalu baik untuk saya" padahal laki tu jahat macam pakcik sethon! MySpace

6- Kalau dia mesej, buat-buat tak baca.

7- Kalau dia call, buat-buat tak dengar.

8- Kalau jumpa, buat-buat tak terjumpa.

9- Buat muka sedih dan kata, "saya ada penyakit berjangkit, awak nak ke..?".  MySpace bhahaha!

10- Geleng-geleng jari telunjuk, buat muka cun giler dan mula berkata, "awak? awak nak kat saya? huh! u are totally not my cup of tea!" lalu kau berlalu pergi.  Perggghhh! giler berani! Kang tak pasal-pasal kena minyak senyonyong *betul ke ejaan?* kang!MySpace

Ok, tu jelah. Kalau kaurang ada lagi, sila tambah, jangan segan jangan malu, buat macam blog sendiri. heh heh!

Oh! btw, harap tips ni berguna untuk gegels yang tak tahu macam mana nak tolak 'pinangan' lelaki yang suka kat u olls tu.. *mode gedik-gedik*
hehehee~
;p

comel giler!
XD






Antara Situasi-Situasi Yang Meng'EMO'kan seorang pemandu

::salam readers::

Selama kaurang dan aku memandu, aku berani gigit rambut kata kaurang akan memaki atau meng'emo' atau memarah atau meng'stress' atau menggeleng kepala atau mengistighfar panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang masa sedang memandu. *perosak bahasa lah aku ni. Sorry kepada semua cikgu Bahasa Malaysia MySpace)
Kaurang tak pernah buat??!!
Dey! Lu jangan tipu gua lah brader. MySpace

Antara situasi yang meng'emo'kan *rosak lagi,hee* pemandu macam kaurang, macam aku, adalah:

1- Tiba-tiba masuk lane orang lain, tak bagi signal!

2- masuk simpang pon tak bagi signal. Kedekut!

4- Parking belakang kereta-orang-yg-parking-dalam-box (mangsa) padahal parking banyak kosong. Then keluar entahdiabuatapa sampai mangsa nak keluar kena bunyikan hon bertubi-tubi. Dey!consider lah sikit brader. (paham tak situasi ni,hee..)

5- Ambil parking space sampai 2! Pe hal ni? Cikgu-ajar-kereta dulu lupa nak ajar ye?
6- Kau rampas parking aku! Aku dah bagi signal dulu dey! Nasib baik aku perempuan AYU (MySpace), kalau tak, memang aku nak bertumbuk ngan kau. Cit! cacing pon takut! Ni kan pulak nak bergaduh. Poodah! ahahaha!

7- Bawak kereta macam siput baby,tapi guna laluan paling kanan.

8- Memotong dari laluan kiri (emergency lane). Serious lah, kau memang 'HEBAT'!

9- Bas dan lori drive macam diorang tengah berlumba kat sepang. Then nak 'cucuk-cucuk' belakang kereta pulak. Bajet hebat sangat. MySpace

10- Tengah drive di laluan paling kiri, then tiba-tiba ada kereta main 'cucuk-cucuk' pulak kat belakang. Dey! kau rabun ke buta? ni laluan paling kiri lah!

11-Masa hujan lebat, tak bukak lampu. Alahai.. silalah buka..bahaya lah kalau driver lain tak nampak..MySpace

12- Drive laju macam kilatpetirguruh tengah2 hujan lebat. MySpace

Ok, tu je kot situasi yang aku terfikir buat masa sekarang. Kaurang ada nak tambah lagi? Sila-sila..buat macam rumah sendiri.haha!

Btw, macam mana dengan kulit baru aku? eh?! erk? silap-silap, macam mana dengan kulit baru blog aku, haha.
Aku tukar purple pulak. Feveret color jugak. Header, as usual, simple and dimple.  MySpace