Bila Budak Sekarang 'Advance' Dalam Berbahasa

:: salam semua::


Aku brkira-kira nak upload atau tidak.
Nak upload atau tidak,
Nak atau tidak,
Nak ke tidak,
Nak ke tidaaaaak




Upload.
Bukan untuk mengaibkan, tentunya

klik untuk tumbesaran. (kalau rajin save gambar supaya boleh zoom, sebab aku edit ni 'kemas' sangat. =.= )




Nampak kenapa aku berkira-kira nak upload?

Aku sendiri malu nak ucapkan satu persatu ayat yang BUDAK-BUDAK ni keluarkan.
1996, 1997, sorang lagi not sure. Sila kira umur diorang.


Nak salahkan mak bapak? Kadang-kadang mak bapak dah cukup jalankan tanggungjawab mereka, tapi depa still ketegaq, aku bantai sat gi baru tau!





Alahai Ombak Rindu..



::salam readers::


Ok, aku lambat nak cerita pasal movie ni. Gasak lah kan. =p

Copy Google.


Sebelum tayangan kat pawagam pon, iklan movie ni dah berebut-rebut masuk tv, radio, etc.
And of course, bila manyak iklan, plus movie ni diadaptasi daripada famous novel and novelist, lagi lah penonton teruja nak menonton,ye dak?

Last sunday adik aku ajak tengok movie ni.
Aku punya feedback: "TAKNAK". (entah kenapa aku tak berapa excited tonton movie ni, sebab pelakon-pelakonnya perhaps?)
Tapi tiba-tiba dia kata, "Aku belanja" dan tetiba tu jugak lah feedback aku melencong ke "eh, tiba-tibaaaa je aku rasa nak tengok pulak"
=p

Sampai TGV,ambil booked tickets, beli popcorn, masuk hall, duduk tunggu movie start.

Eh, ghamainya penonton lelaki?

Movie start, hmm..bolehlah..
Bila muncul watak mak si Hariz (Azizah Mahzan), tang watak dia ni aku and wani dok terkekeh-kekeh je.
Tak tahu kenapa, aku rasa kelakar. Macam agak over gaya orang kaya ni. Plus the way she walks.

Tambah kelakar bila keluar watak Mila (Lisa Surihani) scene kat airport, muncul2 je dia dah buat aku dan wani ketawa. Tambah lagi dengan personaliti mak Mila, scene masa kat airport jugak. (Don't ask me why, please?haha)

Ada lagi, aku dan wani asyik terkekeh je bila tengok muka Mila marah. Comel kot! Tak garang langsung, plus, bila marah asyik nak menjerit je, meroyan apa? =p

Watak Izzah (Maya Karin), so-so je bagi aku, still 'nampak' slang dia.
Watak Hariz (Aaron Aziz), macam biasa je, yelah, Aaron kan dah biasa bawa watak macam ni.

Ok, bagi aku part paling sedih bila Izzah kejar laki dia sampai kandungan dia hampir gugur tu.
Tapi air mata aku tak keluar langsung. =p
Tak sempat nak paksa air mata aku keluar pon, dah tukar scene lain. =.=


Habis cerita, aku wonder:

Apa yang sedih gila2 sangat sampai ada yang update status kat FB;
"sedihnyaaaaa tengok ombak rindu sampai menangis tersedu-sedu" 
"yay! Nak tengok ombak rindu kali ke 3!" 


Bagi aku, cerita yang adaptasi dari novel tak berapa sesuai kot untuk 'diluahkan' dalam bentuk movie. Sebab, as we know, cerita dalam novel kan tobhal-tobhal, jadi bila diluahkan dalam bentuk movie, cerita tu terpaksa di'compile'kan jadi movie yang duration hanya 2 jam, which it should be berjam-jam. Jadi, feel kita tak berapa sampai lah kan untuk part yang tangkapleleh punya tu..baru nak feeling, daaaah tukar scene lain..

Lagi satu, aku rasa, scene atas katil tu, kalau takda pon, tak affect jalan cerita pon lah. Sebab nanti kan kita tahu Izzah mengandung, of course lah dah melalui 'proses sebelumnya' kan? Takkan lah tiba-tiba ada anak? =.='
And, where is the scene of Hariz's mother, i mean, at the end of the story, kan Datuk Sufiah meninggal? See, watak yang should be ada, tak da pulak.. Ok, fine, i'm not the director nor the script writer.. =)


Jadi, kesimpulannya, biasa aja ini movie..
peace yow! =D


Yelah, masing-masing punya citarasa yang berbeza kan,
tapi siapa yang sependapat dengan aku, HIGH FIVE sikeeeeeeeeet! :p


P/s:Pecoh rekod, first time aku betul2 rasa mengantuk tengok movie kat wayang.
P/s/s:Sampai ke hari ni, tiket banyak sold out kot.
P/s/s/s: Aku suka lagu OST movie ni!!!!
P/s/s/s/s: Air mata aku prefer keluar time tengok contestant/s menangis bila kena keluar dari Masterchef Malaysia. Eh, cerita pasal Masterchef, nanti aku buat entri resepi instant Tiramisu ye! Dah lama tak buat entri resepi. =D


Till then, daaaaaaaaaaaaaaaa~ *waving right hand* + *big grin*  (kau bajet kau hot lah nak waving hand bagai? =P)





Dari saya:

Aku berani tengok dari jauh je


::salam readers::



FuLLamaaaaaaak aih! Lebih kurang 3 minggu aku sonyap dari menulis menaip kat sini. Nak aku say sorry ke? Aku nak, tapi masalahnya ada ke yang ternantinantitertunggutunggu entri baru aku? Ada ke..? Ada ke? Ada kee??? Pleasseeeee kata ada.. eh?! tak tak. MySpace Blog aku tak best pon, eheks~ =.='


Alhamdulillah hari ni napsu aku nak menaip dah ada. Berkobar-kobar lagi, eheks! =.='  Since bila gedik dok eheks eheks ntah!=.='


Baiklah adik-adik.. *tepuk tepuk tangan* hakak nak bercerita pasal badut hari ni. Adik-adik nak dengar hakak cerita taaaak...mai dok depan depan sini meh!*lambai lambai*


Ok enough. =.='


Petang tadi aku pi kenduri kahwin, ada clown (??)
Ok lah, maybe untuk entertain kids kat situ. MAYBE? eh of course lah untuk entertain kids. Apa kejadahnya nak entertain mak mak oghang, bapak bapak oghang, nenek nenek oghang, atok atok oghang, oghang-oghang kat situ ye dak?! =.=


Aku pandang clown tu,
aku tengok bebudak kat situ,
aku senyum,
aku geleng kepala,
'berani betul kaurang budak-budak ooooiiiii' monolog aku. =P


Sebab?


Sebab aku sendiri agak takut tengok muka clown lah!
Er, bukan takut dok gigil-gigil, dok geletar-geletar, dok pucat pucat muka, dok pengsanbangun pengsanbangun tu.
Macam aku kata tadi, 'agak', A.G.A.K, AGAK takut. Maknanya, takut tak takut sangat lah..
Errr..paham dak?MySpace
Ish! memang kantoi lah BM aku dulu dapat gred apa kan. T___T



Bukan apa tau, sebab aku tengok muka clown tu gerun lah.
Muka macam JOKER!! eh! mestilah joker tu macam clown, bukan clown macam joker. eh?! apa aku melalut ni?!! hanys..hanys..*geleng kepala*
Eh, tak tak, aku bukan nak merendahkan awak awak yang kerja as clown ni. Tak tak. Janganlah cakap macam tu.. Ni yang titew nak nanesh ni..namo ah..namo ah.. (ok, aku dah lempang pipi sendiri, no worries)



Ok, meh aku tunjuk,









Ok, maybe lah kaurang akan kata "alah, kau ambil clown yang muka jahat, try ambil yang muka baik pulak lah"
Meh aku tunjuk clown muka baik pulak,








Still.
Scary weh!

Berani betul bebudak tu beramas-ramas beramah mesra, bergelak ketawa, bertepuk tampar dengan clown tu.


Aku berani tengok dari jauh je. HEH HEH HEH ;p



Eh! esok ada pc fair kat KLCC. Jom2?!! ;D


p/s: peh! syabas beteh! kau dah bebas dari belenggu aku-nak-update-tapi-tak-boleh-nak-update-sebab-malas! =P




Dari saya:


Favourite Video-1

::salam readers::


Nothing much to say, just nak upload video favourite ni..

Nak tengok, tengok.
Taknak tengok, tak payahlah click 'play'.
Senangkan?
;p


video

Abaikan suara latar tu.
Kedengaran gedik semacam, right? HAHA!
Suara aku akan bertukar tune bila dengan jejaka 2 orang ni.
Realitinya, ish, taknak cakap besar lah kan, suara aku merdu je sebenarnya.. =p






p/s: Oh! aku ketandusan idea.. yes! =.='


Sincerely me:

Kenapa?! Kerana Kau Seorang MUSLIM!

::salam readers::


Satu ketika, halaman novel itu kupandang, TERpandang, sejujurnya. Aku jeling, aku capai lalu kuselak dan aku baca tiap baris kata. Isinya terasa mahu kukongsikan bersama.



Kenapa,
seorang Yahudi, dibenarkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya,
tetapi,
apabila seorang Islam berbuat demikian atas tujuan yang sama, dia dilabel sebagai pengganas!


Kenapa,
seorang biarawati dibenarkan memakai pakaian yang menutup kepala hingga ke kaki demi kehendak agamanya,
tetapi,
apabila seorang muslimah berbuat demikian atas tujuan yang sama, dia dilabel sebagai manusia yang ditindas!


Kenapa,
apabila seorang wanita barat menghabiskan masa hariannya untuk menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak, dia dihormati kerana rela berkorban untuk kesejahteraan keluarga,
tetapi,
apabila seorang wanita Islam berbuat demikian atas tujuan yang sama dan atas kehendak sendiri, mereka berkata,"dia perlu dibebaskan daripada kongkongan tindasan tradisi!".


Kenapa,
mana-mana perempuan dibenarkan menyambung pelajaran hingga ke universiti dan dibenarkan memakai apa sahaja jenis pakaian serta mempunyai hak dan kebebasan,
tetapi,
apabila seorang muslimah memakai hijab, mereka menahannya daripada memasuki universiti.


Kenapa,
apabila seorang kanak-kanak memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara, dia dikelaskan sebagai pelajar yang mempunyai potensi,
tetapi,
sebaliknya apabila dia memberi tumpuan terhadap agama Islam, dia dianggap tidak berguna.


Kenapa, 
apabila seorang Kristian atau Yahudi melakukan pembunuhan, agama mereka tidak dikaitkan,
tetapi,
apabila seorang Muslim didakwa atas suatu jenayah, Islamlah yang akan dibicarakan dimahkamah atau dimulut-mulut orang!


Kenapa,
apabila seseorang mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan orang lain, dia dipuja sebagai seorang yang mulia dan dihormati,
tetapi,
apabila seorang Palestin mengorbankan diriya untuk menyelamatkan anaknya daripada dibunuh, tangan adiknya daripada dipatah-patahkan, ibunya daripada diperkosa, rumahnya daripada dimusnahkan dan masjidnya dicerobohi,- dia dilabel sebagai pengganas!


Kenapa,
apabila ada masalah, kita terima apa-apa jalan penyelesaian,
tetapi,
jika jalan penyelesaian itu sudah termaktub dalam Islam, ditolak mentah-mentah, tanpa ada keinginan untuk melihatnya.


Kenapa,
apabila seseorang memandu kereta yang hebat secara ganas, tiada siapa yang meyalahkan kereta itu,
tetapi,
apabila seorang Muslim membuat silap atau memperlakukan orang dengan tidak baik, orang berkata,"Islam itu agama keganasan!".


Kenapa,
tanpa melihat kepada tradisi Islam, orang percaya apa yang akhbar katakan,
tetapi,
tidak sudah-sudah mempersoalkan apa saja kata al-Quran!


Kenapa?
Kenapa mesti diskriminasi?
Alasannya mudah.
Kerana kau seorang MUSLIM!



Selamat membaca dan selamat beramal..
^^




Credit to novel writer Noor Suraya in Kebun Mimpi (Jemari Seni publication) 






p/s: maaf, entri sekadar kopi-dan-pasta, dah seminggu tak menulis (menaip actually); kekok. =.=

Sincerely me:

Turban? Serban? or Urban?

::salam readers::


Aku sebenarnya 'bertarik-tarik tali' nak buat entri ni atau tak. Karang buat, ada yang kata, 'eleh, ko pon pakai hentah hape-hape, nak kata orang', 'hey! u know nothing about fashion, so better shut your mouth!', 'berlagak bagus', 'poyo kau kan?heh!'. Ok fine lah, dialog2 diatas propa je, aku design sendiri. =.='


Tapi! Tak mustahil kalau karang molotkauyanggebu tu nak kata gitu kan?


What ever it is, this is my personal view (view lah sangaaaat..) sahaja.
Chill bibah!










Turban trend. Not my interest (ada orang lain kisah ke kalau kau tak suka pon?!kahkahkah!)
I'm Sorry.. *gaya Amir Raja Lawak*





Nak bergaya? Ya, why not? aku pon suka lilit-lilit shawl!
Tapi..turban style? Hm.. there's something wrong with that style. Don't u think?
Argh! Orang 'buta' fesyen ni manalah nak tahu kan? Ok..



Akhir kata, izinkan aku lari dulu sebelum kena baling dengan kasuttumittinggi kaurang. *lari-macam-lipas-kudung-sambil-angkat-kain*



p/s: Ok, fine, lepas ni kaurang mesti taknak datang sini lagi kan?! Sebab aku condemn turban style. ngeee *big grin*

p/s/s: Lately agak sibuk dengan TRI FA WARDROBE, promotions and so on through FB and blogs. Penat jugak buat dua kerja dalam satu masa ni kan? Takpe.. I AM HAVING FUN WITH TRI FA, ya know?! TIRED YET SATISFIED! Sila-silalah singgah ye.. *wink*




TQ for reading and commenting!
You are my strength, dear readers and commenters! 
xoxo

Sincerely me:



Kawan Baik lwn Kekasih Hati

::Salam readers::


Tajuk dah seperti; kes Ramachandran lwn Superguard Sdn. Bhd. 
Tiba-tiba teringat subjek law dulu. Subjek yang acap kali buat jantung berdegup kencang bila tiba waktu exam dan menunggu keputusan exam. Tapi akan bertambah kencang dan ribut lagi bila waktu pembelajaran. Pensyarah aim sesiapa yang beliau suka untuk jawab soalan yang secara 'kejutan'nya diajukan, dan setiap waktu itulah muka aku akan buat2 berfikir atau tiba-tiba menunduk. Walhal dalam ruangan kepalaotak dah berdoa "Please not me! pleaseeee! no! no! no!"
Ironi right? Second circumstance lebih 'menakutkan'?

Ok,sudah.
Berbalik pada tajuk entri.


Pilihan antara kawan baik dan kekasih hati.

Mana satu perlu diutamakan?


Perlu bergantung pada situasi juga.




Kawanbaik : Cik Ti, jom kita jalan-jalan esok..dah lama tak hangout..

Cik Ti: Jom! 


lima minit kemudian


Kekasih hati: Sayang..i miss u! Esok date lagi jom..

Cik Ti: Ok baby.. kita jumpa lagi esok ea..miss u too..


sepuluh minit kemudian


Cik Ti: Kawanbaik, plan esok cancel boleh..? aku ada hal.. sorry sangat..

Kawanbaik: Oh?! ok..




Kawan baik dan kekasih hati.
Mereka dua sama pentingnya.

Tapi,

Bila putus dengan kekasih hati,
siapa yang kau cari?

dan

Bila bergaduh dengan kawan baik,
siapa pula yang kau cari?

from google


Jadi, pentingkan dahulu mana yang lebih penting bergantung kepada situasi.




*contoh situasi hanya rekaan semata-mata berdasarkan keperluan entri. Tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah pergi. Harap maklum.



p/s: Ini antara kawan baik dan kekasih hati sahaja. Janganlah pulak nak menambah 'ibubapa, adik-beradik, etc' ok? =)


p/s/s: hey girls! nak baju2 baru dan pre-loved, accessories serta shawls yang fabulous? Try here! XD










Sincerely me:

KENAPA SAYA SUKA ANNAS EASKEY?




::salam readers::


Contest hebak punya by orang yang hebak jugak! Who else, title entry pon dah terpampang namanya, Annas Easkey. Photographer hebak nowadays. Hamboi kemain kau hanys oi. 




Syarat contest, simple je:


1. Entri korang mestilah bertajuk: KENAPA SAYA SUKA ANNAS EASKEY?
2. Bila dah siap jangan lupa letak link Blog atau Fanpage Annas kat entri tu
3. jangan lupa post link entri yang awak dah buat tu kat comment box bawah ni sebab memudahkan saya untuk check entri awak nanti!



Jadi, kenapa aku suka Annas Easkey?

Sebab,

He's awesome dude! 
But how? Why?

Kalau kau geledah gambar-gambar hasil dari sesi fotografinya, kau nampak betapa kreatifnya Annas dalam menghasilkan gambar yang terbaik. Annas pandai dan kreatif captured gambar dari pelbagai sudut dengan menggunakan teknik pencahayaan yang sesuai. Hamboi kau hanys, macam pandai benar lah kau nak judge, kan. But, hell yea, that's the truth dude! Tak percaya, come let me show ya:













[pictures source: Annas's fanpage, click if you want more]


See?! Aren't they gorgeous enough? Dari segi solekan, lokasi penggambaran, sudut gambar diambil, teknik pencahayaan dan juga gaya postur tubuh model ketika berada di hadapan kamera. 

Well, gaya postur tubuh model tu yang buatkan aku more interested untuk stalk album Annas sentiasa, hehe. Bukan sekadar berdiri biasa, and snap, NO. Gaya model-model pose, bagi aku, sangat kreatif, dan disebabkan ke'kreatif'an (maaf atas penggunaan perkataan yang entahapaapa) inilah Annas Easkey makin fofular (popular) sekarang, no doubt. Apa kena mengena ke'kreatif'an itu dengan pose models? sebab dia conduct model tu perlu bergaya macam mana, but how did I know? Sebab aku baca blog one of his model. =p

And one more thing, he does not discriminate women, bila Annas buat Project XL

Enough said, then. (Kalau buat entri panjang sangat readers might be sleepy or tak baca, kan? Let it be short yet meaningful!)


::Annas's blog::
::Annas's fanpage::


p/s: It's not all about the prize, it's all about Annas Easkey! =P

p/s/s: kemain excited aku memuji. Bukan apa, I just adore him, eh! his talent actually..hehe..




Sincerely me:


Pakkal Aku Sayang Kau, TAHU?!!!

::salam readers::



Balik dari kedai, Muaz terus menerpa ke aku, macam setahun tak jumpa. =.='
"tatah.." = "kakak.."
Dipeluknya kaki aku, syayang leteWWWW~ MySpace




Aku balas pelukan dia.
Pipinya aku jadikan penyinggahan bibirku (pergh! ayat novel kau!)




Tapi,
kenapa bibirku rasa macam.. ada 'benda' basah?




Aku buka mata,




CIT! ADA 'SISA HIDUNG' DIA KAT PIPI dan DIADUN PULA DENGAN MUCUS DIA YANG.. YANG... YANG....YAAAAAAAAAAAAAANG..... ARGHHHHHHHHH!!! MUAZZZZZZZZZ!!!!



Pakkal Aku Sayang Kau, TAHU?!!!
Jadinya aku hanya marah2 manja saja.. MySpace






padan lah dengan muka aku, main cium je tak spotcheck! kahkahkah


p/s: hey girls! nak baju2 baru dan pre-loved, accessories serta shawls yang fabulous? Try here! XD



Sincerely me:

#5 Wordless Wednesday

::salam readers::



-:: Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :: [klik sini]-


















Roti tisu dari kedai mamak kat seksyen 7. Gedabak besar!
Ok, macam jakun, tapi first time nampak kooot.. heh.
Tekejut aku masa mamak tu hantar sampai masuk keta, jadi femes sekejap bila mata2 kat kedai tu pandang kami, eh?! ke pandang roti? kahkahkah.






Till then, bai!
=D







Menantu Vs Mertua

::salam readers::


Baru lepas tengok 'Delima Wanita' di OASIS. Cerita ni dah lama tapi baru tengok. Kisah tentang hubungan yang tegang antara menantu perempuan dengan mak mertua, senang kata depa takde 'kimia' lah.haha




Cerita ni buat aku terfikir, cemanakegayanya keadaan aku esok2? esok2 bukan maknanya aku kawen esoklah! meaning in future. 




Adakah mertua aku nanti dapat menerima aku seadanya?
Adakah mertua aku nanti seorang yang bossy? fussy? choosy?
atau
Adakah mertua aku nanti seorang yang cooool, means, tak cerewet kalau masak tak sedap, tak marah aku kalau nak minta tolong suami buat kerja rumah, tak mengata aku depan jiran kalau aku ada buat sikit kesilapan, dan sebagainya. Aku harap yang ini.hehe


Berbalik pada cerita tadi, mak mertua tak berapa berkenan dengan menantunya. Apa yang si menantu buat, ada saja yang tak kena. Depan anak baik, belakang anak, terang-terang membenci si menantu. Tapi dalam masa yang sama sempat mengata si menantu depan anak. Sampaikan hubungan suami isteri bertambah renggang. Sempat pula mertua menjemput menantu-pilihan-yang-dahulu datang rumah untuk si menantu cemburu.






Teruk?

Tak mustahil in reality ada.


Bertambah 'huru-hara' lagi kalau menantu dan mertua yang mempunyai hubungan sebegini duduk di bawah satu bumbung. Naya.
Si suami mungkin pening kepala, mana nak jaga hati emak, mana nak jaga hati isteri.
Jadi, disini, ketegasan suami amaaatlah diperlukan. Kalau suami sendiri tak tegas dalam membuat keputusan, alamatnya 'HAPE PON TAK BOLEH' baca gaya kumpulan Jambu.



Mertua pula janganlah jadi macam dalam cerita tadi. Kesian kat menantu dan anak. Kalau menanTU macam hanTU takpe lah jugak. heh heh
Senang kata, kalau dah jodoh anak dan menantu, terimalah jodoh depa seadanya, janganlah sebab tak suka menantu, terus menerus membenci.
Kesiaaaannn....
Eh! Menantu jugak kenalah pandai ambil dan curi hati mertua tau!


Jadi, pada readers yang dah berkahwin, macam mana pula dengan mertua anda? Tak OK? OK? Terbaik?


Ok lah, sampai sini saja pandangan spontan dari aku.
Till then, bai!


p/s: Ada jugak depan mata aku mertua baikGILA, menantu pula macam hantu! Tak bersyukur!







Sincerely me:

Oh! HAI!

::salam readers::


"Weh! lama gila kau cuti beraya?!"
"Weh! lama gila kau tak update?!" baru 2 weeks je kot..
"Weh! followers kau dah 4 angka?!"
"Weh! update lah! tolong update weh!"



Ok, 'kau' should be 'aku'.
Semua tu monolog aku.
MySpace


Mood takde untuk menulis. Takde feeeeeeWWWLL..  =.='


g.e.d.i.k



Eh! honest TERIMA KASIH dari bikinibottom of my HEARTTTT kepada followers, visitors and readers anddddd commentorsss~

cau!
nak pi beraya lagi.


Oh! DUIT LAYA WA TALAK LAPAT LA INI TAONNNN...1 sen pon talakkkk...
T______T


Ok, bai!


Entri Untuk Semua!

::salam readers::


Sabtu.
7.17am.
27/8/2011


In few days, kita akan menyambut Hari Raya.

Jadi, 



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

KEPADA SEMUA, MAAFKAN SAYA DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG kukuKAKI JIKA SELAMA MENGENALI DIRI INI, 
ADA TERKASAR BAHASA, TERSILAP KATA, TERMARAH, TERBENCI, TERKUTUK, TERPUKUL, TERSEPAK, TERTERAJANG DAN SEGALA JENIS 'TER' lagi. heh heh. HALALKANLAH APA YANG TERLEBIH TERKURANG..



MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA! *senyum*



BALIK BERAYA KAT MANA? HATI-HATI DI JALAN RAYO YEEE.. ;)






Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datang daripada diri ini. =)







Ikhlas dari hanysnajib 
disebabkan budak ni comel gilak, maka bibir aku TERpaksa diitikkan. kahkahkah.
Ok, ada'TER' disitu, maka MAAF ZAHIR BATIN ye..
kehkeh ^^v
and oh,she's not my baby lah, ade ghupe same ke?hahaha~


Kaurang Nak Tahu Tak?!

::salam readers::




Danbo: baru kenal dah jatuh cinta. =P











btw,

jumpa lagi nanti!









ok jangan marah.
totally busy right now!
bai!






xoxo


p/s: aku tetap akan jenguk blog kau, kau, kau, kau yang datang ziarah sini. No worries..
(eh?! like who cares lah kan..haha)

Kenapa JANGAN LINK SPAM di kotak komen?

:: salam readers::



Aku baru tahu tentang kesan link spam kat kotak komen ni.

Kesian?

'haaaa...kesiannya....baru tau ke.....booooooooo...'
MySpace



Blog tutorial Maribinablog pon dah kena kesannya. Tak syok kot, sebab blog ni lah aku belajar semuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuua tentang html/bendabendablogging masa bertatih pasal blog construction dulu.


Baca sini untuk tahu lebih lanjut, boleh? =)



Btw, Maribinablog dah agak lama kot kena removed. Tapi baru sekarang aku tahu kenapa.


Jadi, lepas ni kepada yang letak link tu, MINTA MAAF sangat2 lah ye, aku tak boleh nak approved. Aku SAYANG blog aku, who didn't kan? heh. Kepada yang aku dah approved sebelum2 ni, biar je lah. ;p


Update:
Spam link tu macam ni:


klik gambar kalau agak2 rabun. =P


Ada paham..? Ni klik ke tidak kat link yang I bagi kat atas tu.........? Link CikguDahlia tu....? Kat situ kan dah ada contoh sayang... alaaahai.. sajeee je nak bagi I rajin tetiba untuk print screen ni tau....

Aik? maraaah?
Eh tak tak, geram je...

haha!
daa~*waving hand* I nak edit gambar item untuk Tri Fa lagiii..
;p

Sincerely me:

Hak Aku, Milik Aku. Hak Kau, Milik Aku.

::salam readers::



Cik Temah: Jijah, kau jahitkan aku langsir tu cantik-cantik tau, aku tak pernah pakai langsir yang cantik, kau buat design yang double kain macam tu tau.. Aku tengok kau jahit langsir kau cantik-cantik belaka.. Kat rumah aku tu ada 4 tingkap dan 2 pintu, pintu tu sliding door.. alah senang cite, nanti kau datang rumah aku tengok-tengok ye..



***Langsir siap dijahit***



Cik Temah: Cantik kau jahit Jijah! Berapa kau ambik macam ni?

Cik Jijah: hmm.. dalam RM300 boleh kak?

Cik Temah: ha??!! Mahalnya.. takde diskaun ke..?

Cik Jijah: Ni pon dah kira murah kak.. *senyum*

Cik Temah: hmm.. yelah, nanti aku cuba 'korek' kat mana-mana.. (ayat awak nak drama aje, heh)




Nak murah? Tapi nak cantik, bergaya, over, kuantiti yang banyak?! Try buat sendiri tengok?!

Try cari orang lain untuk buat macam yang awak nak tu dalam RM 300. Try carik tengok?! 
RM 300 ok, not RM 3000! Jahit simple lurus yang takde double-double, takde corak-corak, takde alun-alun pon dah hampir RM1000 ye awak. Oh lupa, awak sepatutnya lebih tahu kan? Oh lupa lagi.. Cik Jijah kenalan awak.. jadi perlulah mintak murahsemurahmurahnya ye? 'Kita kawan kan..'








Penat mak kita jahit siang malam berkobar-kobar dengan niat untuk menolong kenalannya ni. Sampai sakit-sakit pinggang dia.. (aku nak tolong jahit, memang tak gheti lah)




p/s: kan dah kantoi siapa Cik Jijah. haih!
p/s/s: Amacam tajuk? lebih kurang tak? Ah! gasak! Nak letak 'Kedekut' seketul je macam tak cantik pulak title aku. Heh.




Sincerely me:

#4 Wordless Wednesday

::salam readers::



-:: Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :: [klik sini]-









=)




Entah Kenapa..

::salam readers::



Entah kenapa...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


klik gambar untuk tumbesaran.


Ingat nak ambil 1, tapi sekali candid 4.

Abaikan dialog yang ntah apa-apa tu, tapi hey, ada makna bukan?
Dialog dia punya, nak sangat kan?hambikkkkk... (haha!)


Ada siapa2 yang nak bagi dialog yang boleh menggeletekkan hati aku? Just drop the dialog kat comment box. Top 3 penggeletek hebat akan aku review blognya. Mau ka?


Oh! btw, dia skandal aku nombor 2, Adi Rayyan, his younger bro. See?! banyak kot scandal aku. lol




p/s: Tajuk entri aku tibai, tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya.


Till then, bai!
TQ for reading and commenting!



Sincerely me:

Firdaus Life : Seminggu 100 Follower Kembali

::salam readers::


Segmen lagi tatkala malas nak buat entri ayat berjela. =P







Mau join? singgah sini.
Cepat! mau tamat sudah!

cau!

Kesan Kepada Mereka Yang Kuat Berparti

::salam readers::



Dua 'jelitawan' sedang berbual tentang solat terawih. Tiba-tiba entah macam mana timbul cerita tentang siAlibubu yang baru pulang dari solat terawih yang menunggang motosikal melintasi 'jelitawan2' tersebut. (hambik kau baca sekali napas, semput mak, nok!)



Seperti biasa, dialog mereka lebih kurang, tapi isipenting tetap sama.



tulipsibungatulip: blablublableblobleblabla..si Alibubu solat terawih kat surau depan..blublablibloble...tak kat masjid dah..blebelbloblablubli..


rayasibungaraya: Aik? kenapa pulak siAlibubu nak solat kat surau depan tu? Sebelum ni kan kat masjid belakang?


tulipsibungatulip: kawasan ni kan dah di'pegang' oleh parti Pink? Jadi, masjid kawasan ni mostly di'conquer' oleh orang parti Pink lah.


rayasibungaraya: Pulak?! nak solat berjemaah pon nak pilih bulu jugak ke?! Funny!


tulipsibungatulip: Biasa lah..dia kan penyokong kuat parti Ungu.. kadang2 orang yang kuat berparti ni stail dorang memang macam tu kot..


rayasibungaraya: ..................................


from google


Ya, tak semua orang yang 'berparti' macam ni. Tapi, percaya atau tidak, memang wujud manusia sebegini.


** Alibubu, might be u read this, but, well, I am not talking about you. Tapi kan, siapa yang banyak makan petai, kencing dia yang kuat bau petai nya, kan? lol (nampak sangat i'm talking about u. sengal berbelit tak aku? HAHA)


** I am not talking about the two 'gorgeous' ladies who talked about the Alibubu, walaupun gaya mereka kelihatan seperti you-know-when-girls-met-each-other. Boleh tangkap maksud aku tak?



Akhir kata, nak berpolitik, politiklah, tapi kalau dah membabitkan agama. It is such a waste.


p/s: aku akan tetap balas jejakasih kaurang kesini. Cepat atau lambat je soalnya. No worries ye sayang? *wink*



TQ for reading and commenting!
xoxo


Sincerely me:

Produk 'APPLE' Yang Termahal

::salam readers::



mawarsibungamawar: eh, brand 'APPLE'! (sambil tuding jari ke arah produk tersebut) Wah! mesti mahal kan?!


akuyangjelitaohsilamuntah: hah?! (muka blur) KAHKAHKAHKAH

MySpace





















sticker logo 'APPLE' kat belakang kereta.






Mentang2 ada logo 'APPLE' belakang tu, boleh kau kata kereta jenama Hyundai tu APPLE punya?!    =.='










My lecturer once said (dialog lebih kurang, isipenting tetap sama),"apa yang bagus sangat brand APPLE ni? nampak dah buah tu dah dimakan separuh" Do u got what he really wanted to say? haha. No comment. Aku tak kayo. MySpace








Akhir kata, camat puace tat mua tawan2 tatak..puace tau..namo atan2.. (klik sini untuk keterangan lanjut)





p/s/s: TErindu waktu berpuasa budak2 Ground and First Floor Blok H09, MySpace Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim (hambik, kemain detail)






Kamus MuazqarynOxford:
Selamat Berpuasa kat (kepada) semua kawan2 kakak (aku)..puasa tau.takmau (jangan) makan2 (ponteng2) ...
Haih, budak kecik tu affect aku betol..
HAHA




Sincerely me: