FOLLOWERS

TRY THIS!!

saat yang mencemaskan.

salam readers.

alhamdulillah..lepas sudah segala keresahan, kegelisahan, ketakutan, kesedihan, ketangisan, kecuakan, kegabrakan, kegigilan, dan bermacam jenis 'ke-an' lagi lah, yang membelenggu diri aku siang hari semalam.

apa yang dah jadi??

buah hati pengarang jantung aku terlibat kemalangan.
kemalangan dalam rumah.

kisahnya bermula macam ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
once upon a time, there lived a hensem boboy named MUAZ QARYN BIN ARIS. He was such a noty doty hensem boboy. He bla bla bla... (tak kose eh aku nak continue dalam omputih nye stail! heh~ ;p)

ok2, sambung2 k?
kisahnya bermula begini.. (skema dow ayat!) muaz memanjat meja sofa. meja sofa yang stail rendah punya. tu sebab dia boleh sesedap rasa ajinomoto memanjat meja tu. masa dia memanjat tu, entah macam mana tergelincir/ tergelicik yang membuat dia terjatuh, terus terhentak pada mozek lantai yang 'ditampal' pada dinding bahagian bawah. tajam o situ! TERJATUH KEPALA BELAKANG DULU OK! (erk! paham ke maksud aku?? ayat berbelit! hahaha! buat2 paham sudahhhh~ ;p)

bila dia terjatuh, wani pujuk usap2 kepala dia. masa time tu, darah dah MENGALIR DERAS macam air sungai! ok, tu tipu. heh~ (erk! air sungai deras ke?) tapi banyak lah darahnya mengalir. bila wani menjerit cakap DARAH BANYAK je. aku dah kelam kabut pi tengok. memang banyak wehh.. menggeletar kepala otak lutut tengok! gabra tak usah cakap lah, sangat gabra! air mata ni dah mengalir bilamana muaz menjerit-jerit menangis kesakitan. masing2 macam kelam kabut. mak tried to stop the bleeding dengan lekapkan kopi pada luka tu. tapi kopi jenis biasa dah keras sebab dah lama tak minum. nasib baik mak ada kopi habbatus sauda (minuman kesihatan). itu pon darah tak berapa nak stop (mungkin sebab tu kopi kesihatan kot, tapi bantai lah guna as long as it's KOPI). then kepalanya diikat ketat untuk stop bleeding tambah teruk.

lepas tu, aku and ibunya terus pi KPJ Selangor Medical Centre yang kat seksyen 20 tu. masa kami odw ke sana, trafik memang agak jammed! sebab time tu time orang berpusu-pusu balik kerja. aduh.. SANGAT pressure masa tengah drive tu kaurang2.. memang aku dah dok mengalir air mata lagi dalam keta tu sebab aku fikir dengan jam nye, dengan darah muaz ni, plus dalam kepala otak aku dah pikir macam2 benda lain, paham2 sendiri lah benda apa, seriau aku nak pikir! tak terlintas langsung dalam kepala aku untuk guna laluan kecemasan + pasang lampu kecemasan, biasalah, dah gabra.. heee~ :D

bila dah sampai, macam biasa, nurse cuci2 sikit kepala and mukanya. masa cuci, muaz menangis menjerit-jerit. sungguh! aku tak sampai hati tengok dia masa tu, air mata mengalir lagi. heh! lembik kan? =.='  tapi memang  wehhh..kalau kaurang berada kat tempat aku siyes kaurang akan jadi macam aku: menangis. now i know perasaan ibu2 bila anak diorang sakit.

oh! panjang kot aku explain ( tu, tu, sampai kaurang dah menguap tu)
ok, jom tengok gambar2 pulak.


masa ni luka muaz dicuci. tersedu2 dia nangis. T.T
with his ibu
nampak macam tak nangis kan? tapi meraung jugak dia..
muka lepas menangis.

masuk wad sebab kena masuk O.T utk jahit luka dia. sebab luka dalam.  kalau tak masuk O.T, aku rasa memang tak boleh dijahit, sebab dia AKAN meronta2.
hailaaa sayang.. blh peace lagi utk bergambar?! haha~ abang kuat!! :-* bandage tu dari dok depan dah jadik dok belakang dah.
kena puasa for 6 hours dulu. sebab dia nak kena bius nanti untuk jahit lukanya. budak kecik macam ni manaaa la nak diajar puasa.. memang tak boleh! he kept crying asked for susu and air! kesian SANGAT!

dah tukar gaya bandage sebab dia dok tarik ke belakang je yang bandage asal.
ha!! ni luka nya!! seriau kan??!! nampak tersengih je luka tu. panjang ooo.. agak2 dalam 2 inch/lebih. panjang lah tu untuk budak kecik macam dia.

alhamdulillah, hari ni muaz dah balik dari hospital, lepas ditahan kat wad for 1 day. even dah jadi macam ni, dia still lagi nak memanjat meja rendah tu. aduhai sayang...


9 si penari jari menaip kata sendiri:

Azierazwan said...

adussss....seriau tengok luka kt kepala boboy nih. Kesian betul. Harap boboy tabah dan lekas sembuh.

cik QasehThya said...

Ya Allah...
terkujat tengok luka tu..
Alhamdulillah muaz takde pape..
huish..
pasni jgn bagi dia panjat2 dah ae...
bahaya2...

h A n Y S said...

@azierazwan, mmg seriau habis..masa upload gamba pon tgk seblah mate je,haha~

@cik qaseh thya, mmg aware dah lps ni..takut pisang berbuah 2 x.. seriau! huhu..

+d.O.Y.A.h+ said...

ya Allah. terkejutnya tgk kepala dia. kesiannya ;(
get well soon babyboy yg cute~~

suziesanji said...

erks.. scarynya... semoga cepat sembuh dan luka tak merebak.. amin~~~

Si Bunga said...

huish... terok gak luka tuh weyh...
bahaya2.. pas nie kene sorokkan la meja tuh.. hihi :D

h A n Y S said...

@doyah, tQ kak doyah..(muaz cakap)
hehe~ ;D

@suziesanji,mmg scary..takut tgk..huhu.. :)

@bunga,haha~ mn blh sorok meja..;p

ChiKeDees said...

hati seorang memanggg..rasa macam nak hilang nyawa lau apa jadi kat si comey..moga cepat si encem sembuh ya

h A n Y S said...

btl..rs mcm ilang nak ilang nyawa ms tu..huhu~

Related Posts with Thumbnails