FOLLOWERS

TRY THIS!!

kenangan beraya

pejam celik, pejam celik, lagi berapa hari je nak sambut hari raya. excited? hmm..not really.. dah besar pendek panjang ni kan, tak berapa shiok raya. sebab ape? sebab takkan dapek duit rayaa ok! hahaha.
bila dah dekat2 raya nih, teringat pulak aku pada memori daun pisang raya dulu kala. masa zaman kecik2 dulu. seronok gila kot!

masa kecik2 dulu, first misi hari raya is carik duit raya bebanyak! itu mesti ok!hee.. sungguh mata duitan!
aku and sepupu sepapat aku pi round2 satu padang jawa ni cari mangsa rumah untuk diterkam, lebih2 lagi rumah2 besar. MySpace

sebab ape rumah2 besar? sebab kitorang pikir nak duit2 besar. sungguh keji kan?
tu lah pemikiran bebudak masa tuh.. tapi, bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah..(erk, betol ke pepatah aku guna nih?lantak la labu, hik2)

alkisah, kitorang aim satu rumah ni, besar. banglo 2 tingkat. masa tuh, rumah tu lah yang paling kaya and paling besar yang ada kat padang jawa ni.ok, kami pon datanglah nak beraya kat rumah nih. kami bagi lah salam.. nak datang beraya kan..hehe.. excited jangan cakap lah, dalam kepala otak ni dah pikir moneyyy..moneeeyyy..hak2! bagi2 salam, takde sape yang jawab, kesian gila kot kitorang..huk2.. tapi kitorang tak putus asa lagi. kena semangat beb! pikir duit nih. kami bagi lagi salam.. dah tiga empat kali gak kami bagi salam, akhirnya! akak dalam rumah tu bagi jugak kami masuk. yes!
kami pon masuklah dengan muka yang batak.adeyhh..memalukan!hehe.. kami pon dijemput duduk. tapi cop! bukan kat ruang tamu depan yang cantik tuh, tapi kat meja makan kat bahagian dapur. sobs.. kesian.

lepas tuh, kami di'served'. wah! air pepsi beb! rumah2 lain, air siraaaap..air siraaaap..MySpace
tapi yang frustrated nya apa nak tau?? cawan nya kocik!!! ala2 cawan kecik orang yang minum arak tu. (contoh arak jugak kau ambik ye?) kesian lagi. uhuk2. lepas tuh, kami makan la sikit kuih raya tuh, nak ambik hati tuan rumah..ye lah, tujuan utama kami datang nak duit raya, bukan nak kuih raya MySpace
dalam 5/ 10 mins kami dok situ, kami pon mintak izin lah nak balik, ehhh..salam tuan rumah dulu..
bila salam, yes! dapat duit raya! muahaha! duit raya dalam sampul. on da way kami nak keluar dari pintu rumah tuh, kami rasa sampul tuh,haa.. duit syiling! yes! sambil berteka teki duit apa, 50sen/RM1? kami expect memang singgit. rumah orang kaya kaaan.. dulu2 singgit syiling, kan still wujud lagi. lepas je kami keluar dari gate rumah tuh, terus kami koyak sampul. hahaha! rakus! kesian.. ish3.. bila tengok duit dalam sampul tuh. 50sen???!!! 50 sen je??!!rabunkah kami masa tuh?? 50sen?? MySpace
sedih sungguh.dah lah kena service kat dapur jek.. then tak dilayan, kami2 je kat dapur tuh..minum guna cawan kecik.. duit raya 50sen je.. memang kena kutuk tuan rumah tuh dengan kami. hehe.. budak2..

padan lah muka. niat tak betul kan? hahaha! ala..nama pon budak2..cakap sikit siapa masa childhood dia taknak duit raya? sila jangan tipu ok?

banyak2 kenangan beraya rumah orang, kenangan ni yang paling aku tak boleh lupa. sebab kalau diingat ingat balik, kelakar rasa.

so, sekarang, aku dapat lah rasa macam mana perasaan budak2 yang tak dikenali kalau datang beraya ke rumah ni. diorang masing2 nak duit raya. sebab apa? sebab pakcik aku bagi duit raya rm2. banyak jugak lah tuh. tu pasal kadang2, muka budak yang sama jugak datang. haihh.. teringat masa kecik2.

ni aku dah kerja, mak suruh bagi duit raya pulak. alahai.. bagi 50sen boleh dik? akak baru kerja.. nak bajet..miahaha!


7 si penari jari menaip kata sendiri:

Pencacai Alim said...

hakhakhak..aku masa kecik2 dulu nk cari duit lebih pg tahalil kt kubur..

zikeryhassan said...

50sen pun jadilah dari tak dapat langsung.


entri terbaru : Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa II

h A n Y S said...

@pencacai alim,bagusnyaa~hehe
@zikeryhassan,nama pon bdk2 kan..50sen tu kira tak berapa cukup la.. :)

Tapak Kaki said...

aku tak kira.. aku nak duit raya dari ang juugak..haha. aku nak duit raya dalam mata wang pound sterling.. ok..

Anonymous said...

oiiit cik kak..kut2 la kamu..50sen je...ade ke ptot>???hehhe..
niway aku xbg pon kt bdk2 yg brtendang..keh2..aku bg kt spupu spapat n adik bradik jew..bonus masyuukk!!kne aa bg..hehhe

nizam omar said...

he.he.kalau nak ikut time dulu2, dua posen je kebanyakan rumah bagi..sekarang ni kalau bagi rm1 pun banyak complain..aduhai..kopak gaji bulan ni.huhuhuh..

h A n Y S said...

@tapak kaki, aku bagi pon SILING je, ok x? ngehe
@fati, hahaha..aku pon bagi pupu papat n sedara2 je...ngehe
@nizam omar, takpe..bagi je takat yg mampu.. :D

Related Posts with Thumbnails