FOLLOWERS

TRY THIS!!

aku BENGAAANG!

ni entri BENGANG! kau tau apa itu BENGANG?? BENGANG tu B.E.N.G.A.N.G lah BANGANG!
ha!hamek kau sebijik!

coool hanisah... cooolll..
tarik napaaassss... tahannnnnn...dah.jangan lepas!
control ayu sikit ok.

*sigh*
tak tau nak kata lagu mana lagi.
korang tengok sendiri ah gambar2 kat bawah ni.

bonet depan belah kanan. sungguh artistik! T.T

bonet depan belah kiri pulak.

bahagian kiri budak itam

kiri (belakang) budak itam 

bonet belakang

bonet belakang

bahagian kanan (belakang)
ha. korang nampak tak?? nampak tak??
budak itam aku kena dera!! MySpace

baruuu je minggu lepas RM6++ aku terbang sebab budak itam sakit.
ni sakiiit lagi.
pergghhh!! aku tengok pon sakit korang tau tak??!!

anak angkat mak aku yang dera budak itam.
tak tau dia guna apa.
tiba2, mak dia menjerit,"daniallll~!! abang buat apa kat kereta kakak tuh??"
and mak aku pon tengok. teros mak aku repot kat aku.

and bila aku tengok.
whaa..aaa...tttt the halllllll???!! *geletar bibir* + *mulut melopong*
menggigil aku tengok. 90% daripada keliling badan budak itam kena calar beb!
CALAAAR...
C.A.L.A.R! paham??
tengok bahagian calar kat yang ada anak panah and dalam bulatan tuh.
(untuk lebih clear, klik kat gambar untuk tumbesaran)

berapa agaknya duit aku nak terbang melayang kali ni ea?MySpace

open house!

salam readers~


mata tak ngantuk lagi,
so entri kali ni aku nak letak gambar pi melantak open house rumah member2,

gambar intro: aku dulu lah beb!hakhak
gigi besar arnab+hidung besar+mata lebam = perfect!  =.='

bersama si sengal ain (kanan) and rafi(kiri)
 yg tengah2 tuh err..
SMKPBK members.
pilih2..mana2 yg berkenan..
yg hujung kanan tu for sure singgel-minggel lagi.hakhak! sengal! =.='
lagiii..
lagiii.. (kenapa mesti aku dihujung ea??)
hidung aku masa ni nampak cam semacam ah.

oh. baru aku perasan, 5 daripada 6 gambar kat atas ni, aku tunjuk gigi je kan? saja nak show off gigi besar arnab ni sebenarnya, bukan semua orang ada kan?mahal tuh! *ayat pujuk diri sendiri* miahaha! 

ok, tu je, caw!

:D

gambar operation budak itam aku

haa..
entri itu ari aku ada kata kan, nak bi tau sapa budak itam?
budak itam tu sebenarnya adik feveret aku.
tiap kali aku nak keluar je, aku mesti bawak dia.
MESTI!
tapi hari tu..adik aku ni kena operate
aku ikut pi tengok dia operate.
sedih seyh! terasa macam aku jugak yang sakit.


ni gambar en.gugel punya lah.
gambar budak itam aku kat bawah:

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
jarum suntikan, pisau bedah, ha, suma ada!
tu, yg kat tengah2 empatsegi tuh yg diganti. hape nama ntah.

budak itam kena godek.
hikhik!
tu la gambar operation adik aku.
problem aircond. benda 4 segi tu yg kena ganti.
terbang rm6++ duit aku.
dah la tu duit saving untuk konvo nanti.
tak dapek la aku nak joli habis untuk kat pesta konvo nanti.
duit dah shot.
T.T

AKU MALUUU

sedang aku blogjogging, tetiba aku DItarik oleh satu contest ni. contest apa? contest 'AKU MALUUU' namanya.
aku teringat pada 1 situasi yang demmmm memalukan dalam hidup aku, mengalahkan kemaluan yang ini.
sebelum aku cerita lebih2, aku nak cerita dulu syarat2 contest ni. hmm..senang kerja, korang klik je kat banner contest kat bawah ni untuk tau syarat2 nye lah ye.heh heh heh~



anyway, balik pada tujuan asal entri.

sebelum tuh, aku nak tanya, korang pernah tak berangan or terbayang or  terpikir yang korang akan melalui satu situasi yang mana korang terjatuh or terduduk atas seorang lelaki HENSEM dalam bas or LRT or monorail or mana2 tempat pon lah. (pergh! sekali lepas!) pernah tak?? pernah tak?? ala2 dalam cerita dalam buku novel cintaN gitu~ hak hak! bukanlah aku nak kata aku pernah terbayang or terpikir or TERberangan pasal situasi ni..tak pernah okeyh! 
tapi..

tu lah masalahnya,
kes ni pernah kena kat aku. tak pernah TERpikir pon, tetiba kena. mesti korang akan berteriak (especially gegels) "waaahhh~!! best nyeee~!!" "wahhhh~!!syok nyeee~!!" "wahhh~!! bertuahnya badannnn~!!"  =.='

ok, mai aku ceritakan macam mana  kes ini boleh berlaku ( ayat skema dowh!)
ermm..
camane aku nak mulakan ye,

ok,pelan2 kayuh,
cam ni ceritanya.

hari tu aku naik bas nak pi kelas tambahan, (kes ni jadik masa aku sekolah menengah, tak ingat form berapa)
bila masuk je bas, alamak! penuh la seats! alamat aku kena berdiri lah nampaknya.
ok fineee.. berdiri je la dengan hati yang merungut.
hehe! *sengih muka ngadeh!*

nak dijadikan cerita, hari tu aku 'dapat' driver bas yang mabuk.
erk, jangan salah paham. sebenarnya, bukan mabuk sebab togok arak, tapi driver tu drive bas macam orang mabuk. TERHUYUNG HAYANG!
laju nak mati! bila nak turn right/left je,
sukati main turn macam tuuuuuuuuuu je!

nak dijadikan cerita lagi,
aku berdiri tak berpegang pada mana2 tiang dalam bas tu pon,
aku just bersandar pada dinding belakang driver, sambil peluk fail.

memandangkan aku berdiri mengadap muka2 penumpang yang tak berapa nak boleh pandang
(sebab 80% mereka org OVERSEA a.k.a orag PATI) =.='
aku pon menunduk jela sambil peluk fail tu.(nasib baik ada fail, boleh jadi teman dikala sunyi)

and tetiba!
streeetttt! ok tipu,takde la sampai macam tu sekali,hehe
ok2, aku ulang ayat 'and tetiba' ye, (nak ambik feel korang untuk baca part klimaks ni)


AND TETIBA..!!



ntah macam mana, driver tu ambik turn right (seingat aku)  dengan sungguh takde adab! macam tak tekan break langsung!
and
pada masa tu jugak aku TERjatuh atas dada mamat MACHO mana ntah kat depan aku!
demmmmm!! malu siot!!!

tapi yang menambahkan darjah kemaluan aku pada masa tuh was:
mamat MACHO  tu sebenarnya
mamat
-
-
-
-
-
-
BANGLA!!!!
and dia,
dia,
dia,
sengih meow2 kat aku!
MySpace


kenapa?? MySpace
kenapa mesti aku yang jadi mangsa???
kenapa??
kenapa aku boleh tak perasan dia yang berdiri depan aku?? (tu lah kau, tunduk je,malu2 konon. heh!)
kenapa??
kenapa mesti bangla tu yang jadi watak hero nya???
owhhhhh!!!!!!
kenapa??
kenapa???
MySpace

masa tu pulak, ada budak2 lelaki 1 geng ketawakan aku!
kuang AJAAAAAAQQQQ!!!!!
MySpace


rasa macam aku dah berlakon dalam cerita hindustan pulak sebab hero nya mamat bangladesh
MySpace


anyway, nak tag sapa ye?
ok, 3 orang 'bertuah' yang ditag adalahhh:
1)wani
2)si bunga
3)irwan

hanys: kisah ni bukan rekaan tau, *SOBS*


gaya aku drive manual

dari shah alam ke skudai.
dari skudai ke shah alam.
in 1 day.
semata-mata nak ambik jubah kat utm.
kerja gila kan? sebab boleh je kalau naik bas hari isnin nanti.
tapi aku takut saiz S habis je.
takmau pakai jubah gedoboh2. *ayat ngadeh*

anyway, aku sorang SAHAJA yang drive.
ditemani mak aku (ok, mesti korang cakap aku mengada kan? MySpace) pia and adik aku.
diakui, SANGAT memenatkan.
lepas subuh gerak dari shah alam and masuk maghrib sampai shah alam semula.
ditambah dengan masa hampir 2 jam beratur untuk ambik jubah.
drive manual car pulak.
pulun aku menukar-nukar gear.
2 kali mati enjin sebab lepas clucth habis. =.='
hakhak!
pengalaman~  :)
sekali lagi diakui, SANGAT tak menyelerakan kalau aku drive manual.
tersengguk, sengguk.
:))
mau je aku letak stiker 'P' kat kereta pinjam tuh.

semua ni sebab budak itam aku sakit..
dia buat operation.
tu pasal dia tak boleh temankan aku.
siapa budak itam??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

next entri lah aku cerita, penat ni woi!
ngehe
cau~
:P


p/s: memikir panjang aku nak letak tajuk entri apa.

salah satu situasi yang buat aku annoy, sekian.

salam readers.

sebelum tu, aku nak warning dulu. entri ni agak emo sikit dari entri yang lain. so, kalau tak suka, sila pi ke entri lain ye. *senyum*

kisahnya,
aku ada sorang kakak angkat. dia bertubuh agak 'besar'.
aku and family pi minum2 dengan dia kat satu kedai ni.
sedang kitorang tunggu2 minuman and makanan kitorang sampai, aku TERpandang sekor sorang mamat ni. masa aku TERpandang tu lah, dia cakap apa kebenda ntah dengan member dia.

then, member dia tu pon toleh kearah kakak angkat aku.
bila member dia paling mukanya balik pada mamat tu, mamat tu cakap menda ntah sambil JELING2 kat kakak angkat aku, SENYUM2 SINDIR dan KETAWA KECIL.
agak2 korang, dia cakap apa ye pada member dia tuh??
yang aku 90% sure dia MEMPERLEKEHKAN saiz badan kakak angkat aku tuh.
for sure la beb, kalau dah ketawa2 kecil + senyum2 sindir + jeling2 kat kakak aku tuh, mesti mengutuk ah tuh.

oi!
kau tak sedar ke yang kau pon ada kurangnya.
kau nak perlekeh/ngutuk pon agak2 ah. depan aku pulak tuh. aku pantang betol ah!
kalau muka tu HENSEM macam Fahrin Ahmad/Lee Dong Wook / Amir Khan/Hans Isaac takpe ah gak.
hini tak, kau SERABAI jugak. rambut panjang, even ikat pon nampak serabai.
muka macam buruh binaan kat site je aku tengok kau!

urggghhh.
annoying sungguh kau!
MySpace


sekian, terima kasih sayang.

p/s: sorry jadikan kamu2 contoh ye wahai buruh2 binaan sekalian alam *wink*

misteri kehilangan Datuk Sosilawati akhirnya terjawab

akhirnya, terjawab sudah misteri kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 lelaki lain. klik sini, sini, dan sini untuk baca berita penuh.
innalillah..
bila aku dengar berita 1.30 on TV3 tadi. bulu roma aku meremang. mana taknya, mangsa2 dibunuh dalam keadaan yang menyayat hati, dibunuh lalu dibakar dan abu mangsa2 dibuang. pembunuh ni bukan lagi manusia, tapi syaitan yang pinjam badan manusia! even haiwan pon tak sanggup buat macam ni.. alahai.. teringat kes Altantuya dulu.
gambar pinjam En. Gugel

aku rasakan macam dunia ni dah tak aman. dah banyak kes2 bunuh, rogol, curi, rompak and macam2 lagi.
dalam kes ni, sungguh! sungguh aku rasa kasihan pada keluarga mangsa2, mereka tunggu kepulangan mangsa2 ni dalam keadaan yang baik.. tapi hanya berita menyayat hati ni sahaja yang pulang, tanpa anggota badan untuk dimandi dan dikafankan. lagi2 dalam suasana hari raya ni.

harap keluarga mangsa2 tabah..


bila si itik dan si ayam berborak

arghhhh~~!!
tensi2!!!
tensi bila aku order makanan pada orang bukan Malaysia yang tak berapa fasih bercakap bahasa Malaysia.
dekat setengah jam meng'order' makanan untuk memahamkan waiter tu kitorang nak makan apa.

rasa macam itik and ayam berborak.
korang bayangkan lah sendiri gane.
*tepuk dahi*





p/s: nak speaking london kang takut dok pahang gok

MySpace

rezeki... syukur.

::salam to all readers::

hari ni hari rabu. kerja tak habis lagi. kerja tolong mak buat kuih raya. asal tak siap2 lagi?? sebab mak aku buat bisnes kuih raya secara kecil-kecilan. tu lah sebabnya, kalau buat untuk makan sendiri, confirm lah dah siap. so, nanti aku upload gambar kuih2 raya yang dah siap tu ye. esok or nanti, maybe? tengok pada mood mak aku menjerit-jerit nama aku untuk kembali pada meja makan (meja kuih raya di'publish'). kalau berkali-kali dia teriak 'icah..', 'icahh..', 'icahhhh..' ok,itu aku kena pamit. tapi right now, saat sekarang, mak aku tengah leka buat dengan ada 2 3 'pembantu' yang lain. bagus mak!  tolong leka sekejap ye.. orang nak update blog jap, kejaaaa....p je.. plissss.. *kelip2 mata + genggam tangan + muka takde sen!*

anyway, pagi ni aku nak stori jap pasal blog ni.blog 100penulis. apa yang bestnya pasal blog ni? actually aku baru je lagi join blog ni.  atas 'nasihat' adik aku. baru buat first entry tadi. at first, aku malas nak ambik port pasal benda nih. but then bila aku tengok adik aku godek2 blog ni, aku macam tertarik. sebab 100 penulis dijemput untuk menulis dalam 1 blog. don't u think it's interesting? dah macam one BIG happy family pulak. masing2 share entry dalam satu blog. bagi aku, apa yang lain dari yang lain blog ni is jumlah penulisnya - limited. that's kinda interesting to me. 100 je tau. betul2 macam 1 BIG family yang punya pelbagai kerenah/ragam/jenis, etc. anyway, thanks to the admin sebab accept aku as one of ur family member. i am excited ok. haha

ok, next. aku nak ucap syukur SANGAT. Alhamdulillah... peroleh rezeki lebih hari ni semalam.
apa dia?
let us see..

-
-
-
-
-
-


wehoooo!!! dapat hamper!!! from my BIG bos, even dia tak berapa BIG. untuk hari raya ni. even baru koje, dapat gak..caya lah bos! sayang bos lebih ah! hehe.. and bukan ni je ok. else, aku dapat, teng3...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BONOOOOSSSSS~!!!
tolong jangan jegilkan mata anda sebab gambar ni pinjam Mr. Gugel je.

miahaha~!! berganda gaji aku bulan ni, dan berganda jugak sayang aku pada bos, ngeh ngeh ngeh..
terima kasih sayang BOSSS...

kenangan beraya

pejam celik, pejam celik, lagi berapa hari je nak sambut hari raya. excited? hmm..not really.. dah besar pendek panjang ni kan, tak berapa shiok raya. sebab ape? sebab takkan dapek duit rayaa ok! hahaha.
bila dah dekat2 raya nih, teringat pulak aku pada memori daun pisang raya dulu kala. masa zaman kecik2 dulu. seronok gila kot!

masa kecik2 dulu, first misi hari raya is carik duit raya bebanyak! itu mesti ok!hee.. sungguh mata duitan!
aku and sepupu sepapat aku pi round2 satu padang jawa ni cari mangsa rumah untuk diterkam, lebih2 lagi rumah2 besar. MySpace

sebab ape rumah2 besar? sebab kitorang pikir nak duit2 besar. sungguh keji kan?
tu lah pemikiran bebudak masa tuh.. tapi, bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah..(erk, betol ke pepatah aku guna nih?lantak la labu, hik2)

alkisah, kitorang aim satu rumah ni, besar. banglo 2 tingkat. masa tuh, rumah tu lah yang paling kaya and paling besar yang ada kat padang jawa ni.ok, kami pon datanglah nak beraya kat rumah nih. kami bagi lah salam.. nak datang beraya kan..hehe.. excited jangan cakap lah, dalam kepala otak ni dah pikir moneyyy..moneeeyyy..hak2! bagi2 salam, takde sape yang jawab, kesian gila kot kitorang..huk2.. tapi kitorang tak putus asa lagi. kena semangat beb! pikir duit nih. kami bagi lagi salam.. dah tiga empat kali gak kami bagi salam, akhirnya! akak dalam rumah tu bagi jugak kami masuk. yes!
kami pon masuklah dengan muka yang batak.adeyhh..memalukan!hehe.. kami pon dijemput duduk. tapi cop! bukan kat ruang tamu depan yang cantik tuh, tapi kat meja makan kat bahagian dapur. sobs.. kesian.

lepas tuh, kami di'served'. wah! air pepsi beb! rumah2 lain, air siraaaap..air siraaaap..MySpace
tapi yang frustrated nya apa nak tau?? cawan nya kocik!!! ala2 cawan kecik orang yang minum arak tu. (contoh arak jugak kau ambik ye?) kesian lagi. uhuk2. lepas tuh, kami makan la sikit kuih raya tuh, nak ambik hati tuan rumah..ye lah, tujuan utama kami datang nak duit raya, bukan nak kuih raya MySpace
dalam 5/ 10 mins kami dok situ, kami pon mintak izin lah nak balik, ehhh..salam tuan rumah dulu..
bila salam, yes! dapat duit raya! muahaha! duit raya dalam sampul. on da way kami nak keluar dari pintu rumah tuh, kami rasa sampul tuh,haa.. duit syiling! yes! sambil berteka teki duit apa, 50sen/RM1? kami expect memang singgit. rumah orang kaya kaaan.. dulu2 singgit syiling, kan still wujud lagi. lepas je kami keluar dari gate rumah tuh, terus kami koyak sampul. hahaha! rakus! kesian.. ish3.. bila tengok duit dalam sampul tuh. 50sen???!!! 50 sen je??!!rabunkah kami masa tuh?? 50sen?? MySpace
sedih sungguh.dah lah kena service kat dapur jek.. then tak dilayan, kami2 je kat dapur tuh..minum guna cawan kecik.. duit raya 50sen je.. memang kena kutuk tuan rumah tuh dengan kami. hehe.. budak2..

padan lah muka. niat tak betul kan? hahaha! ala..nama pon budak2..cakap sikit siapa masa childhood dia taknak duit raya? sila jangan tipu ok?

banyak2 kenangan beraya rumah orang, kenangan ni yang paling aku tak boleh lupa. sebab kalau diingat ingat balik, kelakar rasa.

so, sekarang, aku dapat lah rasa macam mana perasaan budak2 yang tak dikenali kalau datang beraya ke rumah ni. diorang masing2 nak duit raya. sebab apa? sebab pakcik aku bagi duit raya rm2. banyak jugak lah tuh. tu pasal kadang2, muka budak yang sama jugak datang. haihh.. teringat masa kecik2.

ni aku dah kerja, mak suruh bagi duit raya pulak. alahai.. bagi 50sen boleh dik? akak baru kerja.. nak bajet..miahaha!


belog punya pasal

alhamdulillah...kenyang.. :D
hari ni berbuka dengan lauk ikan cencaru masak asam pedas, sayur kubis goreng, ikan cencaru goreng, and masak kicap jek.

asam pedas aku! XD

even simple, tapi terangkat beb! bila ada ASAM PEDAS!
lagi2 aku wat, hak2, masuk bakul mau angkat sindili!

nampak tak yang macam hijau2 dalam kuah tuh? tuh bendi..aku suka letak bendi dalam asam pedas aku, kalau tak de, aku suka letak terung, 2 2 pon sodap! tapi hari aku rasa tak begitu memukau lah aku punya asam pedas ni,sebab daun kesum tak da.. :( bunga kantgan pon tak da.. :( even daun kari pon dah tak da,.
mana taknye, tetiba merancang nak masak asam pedas, mengejut! so guna je la bahan2 yang ada je..
tapi bila dah melantak. pergh! toksah cakap..memang sodap.. ekeke..

lauk2 lain aku tak sempat nak snap. sebab mak aku dah bising dulu dah. dia marah2 katanya lauk poooon nak diambil gambar. aku sengih je lah, blog punya pasal. heheee

perlu ke amuk-amuk ni??

tak paham aku. siyes tak paham. awat laaaaa excited sangat kaurang ni nak amuk2??? nak gaduh2??? nak perang2???

kita dulu2 pon dari rumpun yang sama. (betulkan kalau silap) bahasa? tambah tolak darab bahagi, lebih kurang sama ah,kot, ehee.
agama?? kaurang islam, kitorang islam.

apa mau gaduh2 nih..?? takmau lahh..
takkan sebab amah2 dari negara kaurang kena dera kat sini, kaurang nak amuk2?? kitorang sendiri kat sini dah punished, bagi hukuman yang setimpal pada orang yang dera amah2 tuh..
takkan sebab hal2 budaya or what-so-ever dari negara kaurang yang kaurang tuduh kitorang curi, kaurang nak mengamuk? oh kamon laaahhh...

bila jadi macam ni, nak perang2, kaurang tak rasa malu ke dengan orang barat? ntah2 dorang bertepuk tangan, bergelak ketawa, tengok kita seagama ni bergaduh2, sampai nak berperang.

okey, enough. aku malas dah nak pot pet kat sini. pikir sendiri lah, kaurang dah besar2. bila nak gaduh2, perang2 macam ni, rasa macam budak2. aku pelik betul, apa yang kitorang buat salah sangat? sampaikan kaurang bakar bendera negara kitorang? cuba kalau kitorang buat macam tu pulak, apa yang akan kaurang rasa?? 'terbakar' kan hati kaurang?? same goes to us lah. (alamak, TERpotpet lagi)

ok2. enough.
jom layan gambar kat bawah.
peace yo! *big grin*

klik utk ia membesar dengan sihat dan kuat!
*pinjam dari oh! media*

Related Posts with Thumbnails