perubahan dan manusia.

perubahan.
changes.
benda2 dalam dunia ni ada ke yang tak berubah?
even benda tak hidup pon akan berubah kan? dari cantik ke buruk. dari baru ke lama.
benda2 hidup pulak, berubah paling2 koman, dari segi saiz, dulu kecik, sekarang,ha! hamek kau, gedabak besar.hehe..

manusia berubah. mana ada manusia yang tak berubah kan? sama ada berubah dari segi saiz, rupa or perangai. paling aku boleh nama perubahan pada manusia ni is pada saiznya. yelah, sekarang kan dah ada jusmate-5, ermm..apa lagi ea? tu je kot aku tau, femes kan benda alah tuh?!

apa yang aku nak cakap taip kat entry ni is about perubahan sikap manusia. macam aku contohnya la, dulu kocik2 (sekolah rendah), sumpah nakal! degil! orang cakap telinga capang ni degil..eheee..pi kedai pakai short, pernah sekali pakcik kedai tegur aku sebab pakai short atas sikit dari lutut. aku selamberrrk.. degil kan..? ekekeke.. then form berapa ntah, tak hingat, aku ngah sedap2 pakai short nak pi pondok tepon siap ngan rambut pendek ala2 tomboy gitu (padahal mak aku salah potong! pakkal mak!adeyh~) aku leyh pulak terserempak ngan ustaz aku! pergh! macam kena renjatan letrik rasa. ustaz tu pulak agak rapat ngan family aku.. padan la muka kena jegilan mata dia yang sangat memukau tuh. kecut beb! hahaha..

sebenarnya, aku nak cerita pasal sorang member lama aku ni, aku dah lama lost contact dengan dia sebenarnya. tak tau pon dia wat apa sekarang or duduk mana sekarang. tup2 tetiba ada mesej kat page FB aku. namanya memang aku tak leh detect sebab nama campur omputih. dia tanya kenal tak kat dia. aku memang tak kenal! sumpah tak kenal! then aku pi usha page fb dia, nasib baik tak private. aku dok belek2 gambar2 dia..  1 gambar, tak kenal, 2 gambar, errr..tak kenal jugak! 3 gambar, erk?! ni macam... macam.. la dia ni ke???!! 

kenapa aku tak kenal? sebab dia dah free hair.. ala, small matter je kan? tapi bukan la small sangat bagi aku, sedang2 je saiz nya, sebab apa? sebab dia dulu budak baik.. sangat baik! siyes! paling nampak lebih baik dari aku yang pakai short masa tu is bila dia jejakkan selangkah kaki keluar rumah je, rambut dia mesti tutup dengan tudung. baik kan? ayu kan? anak bilal pon.. malu aku bila jumpa dia pakai short, aku ingat lagi, dia dok jeling2 kaki aku masa aku jumpa dia. ekeke.. tapi sedihnya aku, bila tengok gambar2 dia sekarang.. tudung dah takda.. pakaian dah tak macam dulu..agak daring.. no wonder aku tak kenal.. 
maybe orang lain pikir, ala.. benda biasa je.. tapi bagi aku tak. sebab dia sangat2 baik. anak yang solehah. aurat & solat sume dia jaga.. tu yang agak tekejut..

sedih.. dia dah lain..
manusia..cepat berubah..
even aku pon tak tau esok lusa aku macam mana pulak..
doa moga tetapkan keimanan diri..

hanys: aku harap berubah dari segi saiz. kecik la sikiiiit...tehee..

8 comments:

tiafazunia said...

hmm.. 2 la ade quote
"people do change!"
*sigh

Haw said...

aku pun berubah.. dulu tak berblog.. sekarang mcm gian blog lak!.. hu3x!

Tapak Kaki said...

sampai masa orang akan berubah.. aku pun dah banyak berubah.. ada jugak kengkawan aku yang terkejut tengok aku sekarang..aku tak tahu apa yang diorang pikir..

h A n Y S said...

@tiafazunia, ,manusia mesti akan berubah pny.. :D
@haw, haha, sama ngn aku! XD
@tapak kaki, mana ada manusia tak berubah..even benda tak idop pon akan berubah.. :D aku pon dah berubah anyway,hehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kenal.

teringat kisah lama.
ustazah sampai tarik tinga sbb tak pakai tudung, dgn gaya ala-ala tomboy pulak tu kata kRina chief geng2 tak bertudung.


la ni kwn2 sumer yg close pastu bertudung litup kat skolah.. sumer kuar-masuk desko; bercerai-berai.. culture shock!

alhamdulillah; Jumpa mmber lama semua terperanjat.

Pencacai Alim said...

dulu aku tak hensem, skang dh hensem..hakhak

Hamzah Ian said...

gua??

gua tak berubah.. dari dulu smpai skrg masih mude.. hehee

h A n Y S said...

@kak a.z.r.i.n.a.03.07, bile tringat pd kisah lama, seronok pulak rs kan..?hehe
:D
@pencacai alim,pergh! mmg hensem giler ah kau~!! :P
@hamzah ian,patot lah aku tgk badan kau tak besar2 (kat header)...
ahak2~!