takde tajuk. sekian.

sabar..
sabarrr..
sabaaaarrr...
sabaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrr..
saaaaaaabaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrr..

ye2, aku sabar *napas turun naik*

nilah jadinya bila kena isi borang secara online menggunakan khidmat connection berok belaan En.Celcom yang lembaaabun.

aku keep, keep and keep isi borang tu berkali-kali,
tutop mata pon boleh jawab.

klik utk ia membesar dengan sihat dan kuat!
see!
see!
nampak?!! nampak?!! asyik DC jek.
nasib baik aku sorang yg penyabar.. ahak2~!


pabila dia kena 'sound'

ni stori semalam, baru nak cerita hari ni, =.='
aku and my mak pi alam sentral nak beli barang sikit, 
beli baju adik angkot angkat aku sebenarnya,
kami dapat satu kedai ni, cantik ah baju nye, comel! suit lah dengan adik angkat aku ni,
kami belek2 lah baju tuh, decide2..
aku panggil lah budak jaga kedai tuh,

aku: dik, baju saiz untuk 7-9 years old tak de dah ke?..

budak tu carik2 lah baju tuh, dia layan la kami,
bla bla bla.. sesi Q & A pon jadi kat situ,

tengah2 ada sesi QnA tuh, tetiba, ad orang mencelah!

makcik X: dik, dari tadi kami tanya nih, baju ni berapa harga??

oh! dengan lagaknya makcik X tuh tanya budak tuh,
siyes angkuh gayanya,
budak tu pon terpinga2, tak pasal2 dia kena sound. padahal dia memang tak dengar makcik tu tanya.
kesian, mukanya macam malu..

adeyhh..makcik.. makcik tak nampak ke dia ngah layan kami..? macam mana dia nak layan 2 soklan customer sekali harung?
 sabaq la makcik..
paling2 pon, tanya la leklok!
takmo la sound2 gitu..

pakkal la makcik ni MAKCIK equal to sorang yang tua dari aku,
kalau tak, maunya aku jeling!

pinjam en.gOOgle



hanys: kalau nak kita hormat awak, awak pon hormat la kita juga.. :)

perubahan dan manusia.

perubahan.
changes.
benda2 dalam dunia ni ada ke yang tak berubah?
even benda tak hidup pon akan berubah kan? dari cantik ke buruk. dari baru ke lama.
benda2 hidup pulak, berubah paling2 koman, dari segi saiz, dulu kecik, sekarang,ha! hamek kau, gedabak besar.hehe..

manusia berubah. mana ada manusia yang tak berubah kan? sama ada berubah dari segi saiz, rupa or perangai. paling aku boleh nama perubahan pada manusia ni is pada saiznya. yelah, sekarang kan dah ada jusmate-5, ermm..apa lagi ea? tu je kot aku tau, femes kan benda alah tuh?!

apa yang aku nak cakap taip kat entry ni is about perubahan sikap manusia. macam aku contohnya la, dulu kocik2 (sekolah rendah), sumpah nakal! degil! orang cakap telinga capang ni degil..eheee..pi kedai pakai short, pernah sekali pakcik kedai tegur aku sebab pakai short atas sikit dari lutut. aku selamberrrk.. degil kan..? ekekeke.. then form berapa ntah, tak hingat, aku ngah sedap2 pakai short nak pi pondok tepon siap ngan rambut pendek ala2 tomboy gitu (padahal mak aku salah potong! pakkal mak!adeyh~) aku leyh pulak terserempak ngan ustaz aku! pergh! macam kena renjatan letrik rasa. ustaz tu pulak agak rapat ngan family aku.. padan la muka kena jegilan mata dia yang sangat memukau tuh. kecut beb! hahaha..

sebenarnya, aku nak cerita pasal sorang member lama aku ni, aku dah lama lost contact dengan dia sebenarnya. tak tau pon dia wat apa sekarang or duduk mana sekarang. tup2 tetiba ada mesej kat page FB aku. namanya memang aku tak leh detect sebab nama campur omputih. dia tanya kenal tak kat dia. aku memang tak kenal! sumpah tak kenal! then aku pi usha page fb dia, nasib baik tak private. aku dok belek2 gambar2 dia..  1 gambar, tak kenal, 2 gambar, errr..tak kenal jugak! 3 gambar, erk?! ni macam... macam.. la dia ni ke???!! 

kenapa aku tak kenal? sebab dia dah free hair.. ala, small matter je kan? tapi bukan la small sangat bagi aku, sedang2 je saiz nya, sebab apa? sebab dia dulu budak baik.. sangat baik! siyes! paling nampak lebih baik dari aku yang pakai short masa tu is bila dia jejakkan selangkah kaki keluar rumah je, rambut dia mesti tutup dengan tudung. baik kan? ayu kan? anak bilal pon.. malu aku bila jumpa dia pakai short, aku ingat lagi, dia dok jeling2 kaki aku masa aku jumpa dia. ekeke.. tapi sedihnya aku, bila tengok gambar2 dia sekarang.. tudung dah takda.. pakaian dah tak macam dulu..agak daring.. no wonder aku tak kenal.. 
maybe orang lain pikir, ala.. benda biasa je.. tapi bagi aku tak. sebab dia sangat2 baik. anak yang solehah. aurat & solat sume dia jaga.. tu yang agak tekejut..

sedih.. dia dah lain..
manusia..cepat berubah..
even aku pon tak tau esok lusa aku macam mana pulak..
doa moga tetapkan keimanan diri..

hanys: aku harap berubah dari segi saiz. kecik la sikiiiit...tehee..

aku dah gila. terima kasih

gila!
gila!
gila!
gila kentang!!
eh, gila e-window shopping!
adeyhhh.. tak tidur2 ni dari malam tengah malam tadi.
mata aku dah juling!
juling beli-belah secara tingkap kat tenet nih.
banyak betooooool  blogshop jual shawls nih. makin bertambah pulak shawls blogshop ni. dari 1 blog ke 1 blog aku terjah. sakitnya rasa hati bila tengok tu nak, tengok ni nak, tengok sana nak, tengok sini nak.

testing2.. (sunggoh lebaQ senyoman kau!) 

tolonglah hentikan jualan nih.
sebab korang buat aku gila!
gila nak membeli! teheee..

MySpace

celita hantu!

ehem2, salam readers.. hari ni hari senin, oh! aku tak bape suka hari senin. aku sure most of u guys pon tak bape suka hari senin. ye ah, elok2, sedap2 kita dah cuti sabtu and ahad, then hari senin start balik kerja/class kan? tapi,kena face jugak..nama pon life.. yg penting, kita enjoy! (ala2 puteri gitu, ahaks..~!  ngadeh! =.=' )

ok, back to tajuk entry ni, alkisah, aku dok borak2 ngan pakcik aku. syok tau sebenarnya borak2 ngan orang tua2 ni.. banyak benda yang kita tak tau jadi tau. dari kami dok borak2 pasal kerja tetiba terkeluar pulak cerita pasal hantu.

copy from mr.google.
(dah lama tak tgk cite dak comel casper ni)

pakcik aku cerita pasal pengalaman2 dia faced hantu2 yg pernah dia jumpa. at first, katanya, terkejut gak, tapi dah selalu sangat, dah jadi lali.. maklumlah, kerja as contractor, so kadang2 kena kerja kat dalam hutan, kadang2 balik rumah pagi2 buta. so selalulah bertegur sapa dengan hantu2..siap ada hantu yg angkat tangan lagi bila terserempak ngan pakcik!ye ah, dah biasa jumpa kan? miahaha! ok2, bab angkat2 tangan ni tipu ahh.. *wink*

antara info yang aku dapat dari my angkel ni, dia kata, kalau hantu raya, kita tak boleh sebut nama dia, means, kita tak boleh asyik sebut words ni--'hantu raya' dalam apa situasi sekalipon la, walau kita tengah2 borak2 pasal hari raya pon. kenapa ye? sebab pakcik kata bila kita sebut, seolah-olah macam kita panggil2 dia..haaa...nanti dia datanggg..ayooookkk.. MySpace

pakcik ada bagi tips kalau korang nak jumpa hantu, wohoo! siap bagi tips lagi! so, sape2 nak jumpa hantu, dia kata first, korang kena naked, aku ulang N.A.K.E.D ok?! then pakailah kain batik/pelekat.. then korang tawaflah rumah korang dalam hmm..berapa kali erk? alamak! lupa..tehee.. korang tawaf lah berkali2 sampai hantu tu muncul depan mata korang. aktiviti sihat ni perlu dilakukan start midnight ye puan2 tuan2..

ok, tu jelah aku nak cerita kat korang sebenarnya. aku percaya lah yang pakcik pernah beramah mesra ngan hantu2, tapi tang tak leyh sebut nama 'hantu raya' and tips nak jumpa hantu, tu aku musykil..korang pon mesti musykil gak kan?tak caye ah. so kalau korang agak2 nak try tengok betol ke tak, korang try lah wat, aku cadangkan yang naked tuh! miahaha! MySpace

anyway, tak leyh pecaya sangat mende2 ni..same goes macam pantang larang orang tua2 la kan?

hanys:kembali dengan 'aku' *suka!*


oh! bila si nelayan berkahwin dengan anak bilionair!

tak boleh tidur dari tadi, takpe2, duduk je la depan laptop ni ha sambil tunggu sahur nanti. so, tengah2 dok layan tenet, dengan blogwalking, baca kosmo, mstar, hmetro, utusan, tetiba..

tertarik dengan tajuk berita ni

tu lah, kalau dah jodoh kan.. unexpected! unpredictable!
beruntungnyaaaa...

pinjam dari en.google

kalaulahhh..
kalaulahhh...

sy macam orang dalam paper tuh..(tapi versi perempuan lah) ekekeke.. *kidding*
heh! stop dreaming lah! hahaha..


hanys: teringat satu rangkap lagu dalam cerita bawang merah bawang putih, bila heroin nyanyi "aku nak kahwin dengan anak rajaaa.." masa tengah naik buaian tuh. :P

100++!! terima kasih daun pandan.. *wink*

alhamdulillah.. 
follower sy dah mencecah ke angka 100! 
terima kasih daun keladi.. pada followers yg sudi follow blog yg tak seberapa ni..and tak lupe juga pada yang singgah2 baca entries blog ni.. (pergh! ayat macam menang award pelakon terbaik! miahaha!)

bila dah capai ratus followers ni, 
sy rasa SANGAT teruja utk terus menaip, menaip dan teruuuus menaip dalam blog ni! XD
masa memula buat blog (dah hampir setahun) blog ni tak berapa aktif, entry pon tak sampai 10, follower pon baru sorang till Jun yang lepas. then bila tengok adik yang aktif berblog, sy terikut-ikut sampailah jadi addicted + passionate utk ber'blogging'. hasilnya, sekarang dah banyak entry, follower dah 100++..alhamdulillah, usaha berbaloi, hehe..

mekasih pada blogger wanshahira sebab dah menggenapkan bilangan follower menjadi 100! singgah2 la ke blog dia ye.. cuuute je orang nye,hehe.. :D






TERIMA KASIH DAUN PANDAN... *wink*






hanys: suke follow blog yg buat teruja utk terus membaca!



apa masalahnya?

2 kali berkahwin dan bercerai dalam jangka masa yg terlalu singkat,
apa masalahnya?
ntah..
hanya Allah, dia dan pasangannya aje yang tau..



more info, klik sini

p/s: selalu berdoa utk dapat jodoh yg terbaik  :)

tak mahu tapi mahu! apa kes??!!

stop3!!! urghh!! cadang tak nak on laptop pepagi ni due to kepenatan yg melampau, tapi?! urghhhh!! TER'on' lahh...!! demm..demm..
kalau dah laptop ni TER'on', belog pulak TER'connected'!!! demm.. lagi!
arghhh~~!! sy mau tidoooo!! cukop2 lah dengan belog2 utk malam ni ye..??

tapi..tak boleh..eheeee... jari ni gatal nak klik2 belog bloggers lain,
takpe2, setengah jam je ea?
setengah jam je...
*rolling eyes*


 

sy tau apa yang sy buat ni salah..tapi sy TERLALU sayangkan dia..

oh, bosannya mengadap kerja ni.. sambil2 buat kerja, sambil2 online, bila dah sambil2 online, sambil2 lah berbelog! kan2??!! macam tak biasa pulak.. ahaks~!

anyway, sy rasa cukup happy since week after he cheated on me a.k.a 'hubungan kami putus'! sebab ape happy??sebab sy dah jatuh cinta lagi! *wink* ha?? cepatnya jatuh cinta lagi?? haha..biasa la.. ekeke.. MySpace
siyesli! sy TERLALU sayangkan dia! TERLALU ok! pagi2 bangun tidur MESTI teringat dia dulu.
bila dah jumpa dia, MESTI peluk cium kami bersentuhan, sy admit, perbuatan sy ni berdosa.. tapi.. sy tak boleh nak elak, what should i do..? T.T

dialah pembakar semangat sy..
dialah pendengar setia pd semua masalah sy..
bila sy happy, dia lagi happy, and bila dia senyum kegembiraan sambil pandang sy, sy rasa..
cair... wuuu wuuu.. cair beb! nasib baek sy putus dengan my ex sebelum ni, sebab.. dia lagi hensem beb!! siyesli!! sumpah! kulitnya putih, without any pimples ok! setiap kali sy terpandang wajah dia ni lah sy MESTI usap wajah dia..cium dia..peluk dia..sumpah sy buat semua tuh! sy tau apa yg sy buat berdosa.. tapi.. sy tak boleh tahan diri sy dr buat semua tuh..
Ya Allah.. bantulah hambaMu ini Ya Allah..

readers, sy tau u guys mesti terkejut dengan pengakuan jujur sy ni, ye..sy admit, sy bukanlah wanita yang baik, sampai sanggup peluk cium dia, tambah2 dengan entri2 sy sebelum ni yg bajet baik je.. sy mintak maaf sebab mengaburi mata u guys dengan entri2 yg bajet baik tuh..

dia bagi sy, TERLALU baik..
sy harap jodoh sy dengan MUAZ QARYN BIN ARIS ni kekal hingga akhir hayat..

SAYANG..sy TERLALU sayangkan SAYANG..

S
A
Y
A
N
G
.
S
A
Y
A
N
G
!

hoo chak??
hensem kan? hensem kan?? pandang sekali sudah, jangan telek lama2 ok! nanti i jeles tau..
muahaha!

dari tepi. C.O.M.E.L ok!

muka happy dia, i loikeee!! tu yg jatuh hati giler nih!



amacam??
suke tak? suke tak?
muahaha!

anyway,best lagi bercinta dengan mamat ni dari bercinta dengan my ex! tak sakit hati..

p/s: sy memang panggil dia sayang ye../babyboy/boboy..
hahaha!

cerita Salleh Gregor Samsa lagi

salam readers.. dah bape hari rasa nye tak update,aiyak! sy senanye ade nak wat entry pasal things happened surrounding me, tp Mr.Lazy dok temankan sy tiap masa sy nak update, mcm mn sy nak wat?? *sigh*..so sy kene turutkan jgk arahan Mr.Lazy ni.. ahaks~
so,hari ni Mr.Lazy takda, *big grin*

anyway, few days before, sy ada joging ke blog2 bloggers malaya.. kebanyakan entry bloggers ni cite pasal Salleh Gregor Samsa. i wondered, sape ni die??apa pulak yg dia dah buat? yela..sebelum ni kan kecoh pasal budak yg hina arwah pelawak terkenal..latest, akak yg hina johor plak just sbb takde biskot famous amos (kalau tak salah la..tlg betulkan kalau sy silap)


then, bila dah baca entry one of blogger yg wat entry pasal Salleh ni, sy tau dah.
sy wonder, budak salleh (budak ke??)  ni saje carik publisiti murahan gak ke..?
of course not, takkan budak ni saje2 nak carik publisiti murahan membabitkan agama??
so, apa yg sy rs, dia ni memang saja buat post kat Fb nye cam tu dengan niat,
yang terkejutnya, members dia pon ramai yang setuju dengan apa yg di'post'nya tuh,
sedihnya..

Ya Allah..tak takut ke tetiba Allah bagi balasan direct kat dunia ni??
dia perlu dibimbing..

sedih rasa..
bila agama diperkotak-katikkan oleh orang yg beragama islam sendiri..
T.T

gambar credit to terbangtinggitinggi

tempoyak??!!

salam readerssss..*big grin* so amacam puase hari ni? maklomlahh..first day puase tok thn ni kan? *senyum*
perghhh..hari ni penat sgt kot..sebab sy kene jd driver utk adik2 n adik2 sepupu and makcik,
sy ganti pakcik nye duty utk beberapa hari ni, sebab dia outstationnnn! ohhhh..MySpace
tambah2 hari ni first day puase, so masing2 balik awal, adik2 sepupu and makcik serentak balik pukol 5.30pm. kelam kabut sy drive ke klang terus ke shah alam pulak, JEM coklat jgn cakap lah, memang banyak! tu yg tak sanggop tuh..tapi tak pe..utk beberapa hari je..wahai pakcik ku syg, PLEASEEEE balik awalllllMySpace
haha

so, korang berbuka apa hari ni?haha..soklan lambat tanya..theeeheee..
sy berbuka dengan tempoyak! siyes!
sy hantu durian! bile dah hantu durian, of kos tempoyak pon jd hantu!
sy tau..ramai yg tak brape suke ngan tempoyak ni kan?? ngan baunye..ngan rupenye, ngan cara buatnya,kan3?? *big grin*
sy kalau dapat tempoyak, makan dengan ikan goreng je pon cukop! perghhhhh~~ terangkat beb!!MySpace
tapi, tempoyak tu kene gaul dengan cili tumbuk lah, alahaiiii..meleleh air liur skang nih..muahaha!
siapa yg jd hantu jgk macam sy?? angkat kening kanan! *bajet ramai bace belog kau je kan?*




p/s: kite je lah jd hantu bln2 puase ni..
huargghhhh, op, sory, tak sempat tutop mulut, ngantok lah, tdo dulu..Zzzzzz

Ramadhanku yang terakhir..

ahlan wasahlan ya Ramadhan..
syukur Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi.. syukur sesangat! teruja rasa! sy mengharapkan pada bulan Ramadhan ni dapat sy laluinya dengan sempurna which dari segi ibadah, bkn dr segi kiraan sebulannya ya, sebab sy perempuan, bak kata nabil, lu pikir la sendiri, ekekeke..

sy nak share satu pujangga, sajak, or what so ever it called lah, pada korang sume yg sy copy dr iluvislam,
bacalah dengan penuh perasaan ye..


Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..


ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

pernah tak korang terpikir tentang hal ni?
tentang andai Ramadhan ini Ramadhan kita terakhir..
takut kan..?
jadi, selagi kite ada hayat sepanjang bulan Ramadhan ni, jom lah kita hayati bulan Ramadhan ni dengan penuh takwa dan tawadhu'.. 
peringatan utk sy jgk..
*senyum* 

p/s: tajuk entry yg sj cr publisiti, hahaha.. harap bukan yg terakhir, amin.. :)

kau buang dia macam kau buang sampah!

kau ingat dia sampah ke?? oh! aku lupa. mestilah kau ingat dia sampah, kalau tak, takkan sesedap rasa ajinomoto kau membuang dia!
aku tau, kau mungkin malu dgn kehadiran dia yg kau tak harap langsung. tapi kau lupa, disebabkan kau dan pasangan kaulah dia wujud, ok! itu kau kene sedar.
kau dah penat2 melahirkan dia, menahan segala sakit, kemudian sesedap ajinomoto jgk kau membuang dia.
oh! how could you?? samalah kau dan pasangan kau, how could you both??

apalah salahnya kalau kau berikan dia pada orang yang mahukan kehadirannya?
apalah salahnya kalau kau, (paling2 kurang), meninggalkan dia didepan rumah orang yang kau percaya?
susah sangat ke??

kenapa perlu dibuang ditong2 sampah??
kenapa perlu ditanam macam kau menanam pokok bunga??
kenapa perlu dicampak macam kau mencampak sampah??

kenapa buat sy macam ni..?


aku dah muak, dah bosan.
balik2, berita macam ni jugak yg akan jd cover newspapers,
kenapa..
kenapa korang sanggup buat macam ni..
oh!aku lupa, kau tak nak menanggung malu atas kelahirannya yg kau tak jangka, kan??


sy tak minta dijadikan begini




p/s: penggunaan 'aku' sbb geram lahhh..!! ngehee.. :D

PICOM PC FAIR 2010!

pergh! penat kot ari ni!
malam semalam tido lewat, pagi semalam pulak bangun awal, nape  bangon awal?? sebab tuh lah, sebab tuhhhhh...
-
-
sebab nak pi pc fair lah derr..ape lagi, dah terang2 tajuk pon pasal pc fair kan, agagaga..
anyway, sy bukannye rajin sgt pon nak pi awal2 ni, tapi jalan nak ke kl tu memang akan makan JEM coklat punya lah nanti! besides, sy kene pi PPUM dulu, fetched mak, dia visited adik angkat dia.
and well, betol la apa sangkaan sy, dr subang ke pj, jem coklat memang sedap! sgt jammed! nasib bek sy ni penyabar.. *sengih*
after fetched mak, kami gerak ke kl, and jammed lg, nama pon kl kan? so get use to it lah, *senyum* tu lah slh 1 sebab sy malaaaas nak drive pi kl, tapi hari ni kene bawak kete jgk, sebab ape? baca entry ni sampai habis dlu *senyum jahat!*
dah sampai klcc, kami meround lah 1 suria klcc tuh.. carik mana fair nye??
oh god! bkn kat suria lah! kat klCC, which is convention centre lah kaaaak.. *tepok dahi*

so, dah smpai klCC tuh, sy belilah apa yang sy nak beli yg pernah sy bitau dalam entry sebelum ni,
first, camera nikon L110, dapat harga RM785 drp RM898 with free gifts! MySpace
hoyeaaaahh2!!!

second,laptop toshiba dapat dgn harga RM1799 with free gifts,
and printer canon 3 in 1 dapat dgn harga RM245 with no gift! kodokut la cina ni!hehe.. (harga sekali dgn ink tambahan)
so, dah taw la kan nape sy kene drive kete pi sana? *angkat2 kening*
woho! sebelum korang cakap, "pergh! kaya nye?!", "pergh! banyak nye duit beli byk2 ni?!", and bermacam-macam 'pergh' lg yg akan keluar..
actually, camera tu je sy punye, lappy and printer, pakcik suruh belikan utk dia, so dia punya duit lah.. *sengih*  sy takde duit nak beli sebanyak tu ok?

and as usual, bila balik, sy makan jem coklat lg! *sigh*

p/s: nak upload gmbar barang2 tuh, tapi tak larat lahhh.. nak tido... Zzzzzzz!!! :p

muka hensem tapi.. aduh!

hak tuihhhh!!
erk!
apa korang rasa kalau korang berdepan dgn orang macam ni,
orang yang kerjanya asyiiiikkkk nak meludah aje!

alkisah,
hari tu sy pi kat kfc seksyen 7, sy order kat drive tru,
tp alamak! kene tunggu 5 mins pulak (5 mins la kununn,heh!)
ok fine..tunggu la kat tempat park kete,
tgh2 tunggu tuh,
tetiba ternampak sorang jejaka, hensem seyhhhh!! sumpah hensem! MySpace
hahaha..
biasa la kan..
perempuan kan suke tgk mende2 yg cantik.. ekekeke..

sy cakap kat adik, "weyh, tgk mamat tuh, hensem kan?" haha! takde motif cakap kat dia cam tu senanye!
lepas je sy cakap cam tu kat adik, tetiba

hak tuihh!


ni bkn mamat tuh ye, ni mamat kat google :D
erk?!!
mamat tu meludah terang2 kat car park tuh!
adeyhhhh.. muke hensem
tapi..
kurang manner la ludah2 kat terang2 cam ni..
yg lebih 'seksa', bukan sekali je ok!
2 3 kali, entah keberapa kali, means berkali kali lah! *tepok dahi*
sekali kat 1 spot ni, pas tu kat spot sana, then kat spot sinun,
sunggoh la dia niii!!
eee!!
banyak sgt ke air liur die tu sampai nak kene buang byk2 kali??

anyway,same goes with this situation--> bercakap while u r in the JAMBAN!
tgh2 layan piling ngan hajat korang kat tempat tuh,
tetiba ada orang panggil, and dok borak pulak tuh,
oho..siyesly.. sy kurang suke keadaan cam tu,
bagi sy, kurang manner jgk kalau tgh piling ngan hajat 'tuh' and korang berborak ngan org di luar jamban,
unless la kalau btl2 kene nyaut lah..
:)


kepala dah siap!!

wehuuuuuu..
kepala dah siap!
ok x?
ke x ok??
tapi kan..
nape kepala tu x centre ea??
almaklomla laaa..
sy budak baru belajar.. *saje bold kan 'budak',agagaga*


dinding belog pon dah cat biru,
even i am not a blue maniac,
blue maniac?? erk, sounds porn lah!
ahaha..
takpe lah kan, kite tukar2 kaler, tukar2 mood..
like people said, kaler biru equals to ketenangan..
tenang je,


sy tgk belog ni pon tenangggg je,*hah! bajet!*


MySpace






kepala baru??!!

barang panas!
barang panas!
haha
bajet belog kau panas plak,
belog ni ada kepala baru!

ok tak?
mcm over jek,
takpe2,
under construction lagi..
nak testing dulu..
background pon nak tukar carik yg sesuai ngan kepala!
baru ngam!

see u soooonnn~



CONTEST TEMAN SEJATI BY EMIEYSANDRA

ehem2..
salam~
*wink*

hari ni sy rajin!
sebab pe?
sebab nak join 1 contest yang dianjur by cik emieysandra,
first contest ever tuuhh!
which means, first time join contest,ekeke..
ok, contest ni is all about friendship! teman sejati!
syarat2 contest? just click pd banner contest di kiri entry ini ok? :)
sy 'pertaruhkan' gambar as below,

*klik utk ia membesar dgn sihat & kuat!*

'us R forever!'
yes!
our friendship last forever! insyaAllah..
kami kenal since zaman2 sekolah dulu kala *bajet dah tua sgt lah tu*
it all started when sy dapat tau sy kena 'turun' kelas dari form 3B kpd form 4C, (which the 'B' class is a second class while 'C' is the third!)
i was disappointed, disgraceful plus disfavour!
hohoho..

tapi apa boleh buat..sy terima aje..
masa tu, kelas kami tak ramai melayu, yg ada, kami2 aje, plus 4 5 kerat lagi,
at first, sy admit, sy SANGAT kekok, sy tak boleh 'masuk' ngan diorang,
sebab ape?
sebab when i was in 3B, sy agak nerd a.k.a budak skema, ahahaha!!*gelak besar*upss
tapi bila join diorang, i was, "oh my god!' they are 'insane'!",
lagi lah sy bertambah K.E.K.O.K!

but then, lama2..
sy rasa..
they are SUPER COOL!!
diorang sgt kelakar!
sy realized yg sy sgt selesa ngan diorang,
we shared things together..
we solved problems together..
we had fun together..
and we cried together..
i just feel like,
i L.O.V.E them!
so DAMN MUCH!

dan alhamdulillah..
dah hampir 7 tahun kami berkawan,
7 tahun!
1 jangka masa yg lama kan?
i just hope that we'll stick together forever and ever,
insyaAllah..


i would like to share this quote with u guys..

a friend is someone we turn to 
when our spirits need a lift,
a friend is someone we treasure 
for our friendship is a gift,
a friend is someone who fills our lives 
with beauty, joy and grace,
and makes the whole world we live in 
a better and happier place..

the luckiest people who being tagged are: