Bagaimana Menaikkan dan Meletupkan Jualan di Instagram

Sekarang ni, penggunaan Instagram memang tengah hot! Banyak online shop yang mula menjual di Instagram selain Facebook.

Ramai yang mula buat jualan "meletup-letup" kat sana, salah seorang daripadanya, Tuan Nigel Ong. Siapa Nigel Ong? Tak kenal ke? Ish.. sila google sendiri, rajinkan diri ye adik-adikku.

Dulu, beliau banyak jual barang-barang yang diborong dari china secara online di Facebook. Tapi sekarang, banyak jualannya diperolehi dari instagram pulak.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang tanya, bagaimana beliau meletupkan jualan produk beliau di instagram?

Untuk memudahkan perkongsian ilmu, maka, beliau telah menulis ebook panduan step-by-step bagaimana beliau menggunakan instagram untuk meletupkan jualan produk-produk beliau!

Hampir 2-3 bulan juga beliau ambil masa untuk siapkan ebook ni, and finally siap!

Dalam ebok ni, beliau menunjukkan step-by-step bagaimana untuk menambahkan bilangan follower di instagram menggunakan teknik yang paling mudah serta bagaimana untuk meningkatkan jualan. Ye lah kan, selain testimoni, sekarang ni prospek lebih pandang pada jumlah followers untuk diorang percaya pada satu-satu instagram tu, dah kalau jumlah followers pon 2-3 kerat je, diorang pandang sebelah mata je lah instagram yuolls, hihi.

Kalau kaurang yang buat bisnes online samada part time atau full time, lebih-lebih lagi menggunakan instagram, hakak sarankan kaurang kaut ilmu dalam e-book ni, seberapa banyak ilmu yang kaurang nak dapat, kaut je selagi mampu, jangan kedekut. Sebab ilmu ni berguna juga untuk kaurang sekarang dan in future tau.

By the way, yang paling best e-book ni, turut disertakan 4 ebook bonus yang sangat menarik! Apa dia? Dapatkan e-book ni, then you'll know.

Kalau kaurang nak tahu detail; testimoni yang pernah baca e-book ni, isi kandungan e-book, dan lain-lain lagi, boleh terus klik link dibawah ok? Ingat, kalau nak berjaya, dengan ilmu, jangan kedekut!
https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=13994_57_5_15


Cara-Cara dan Proses Untuk Borang Nikah dan Borang Wali Hakim

Alhamdulillah, selesai kedua-dua majlis, it's been few weeks dah after last reception on my husband's side. Challenging juga lah sepanjang preparation majlis. Dari awal persiapan hingga akhir. Tapi for me, challenge we faced not so tough lah kalau nak dibandingkan dengan few people yang lagi tough, alhamdulillah. 

So here i'm gonna share with you guys my experience on handling borang nikah dan wali hakim. As people who know me, tahu yang my dad passed away around 21years ago (rindu sangat), no brothers as kami adik-beradik semua perempuan, and i'm the eldest, atuk belah abah juga passed away long ago, ditambah pula cousin lelaki belah lelaki juga takda. Jadinya, terpaksalah diambil wali hakim, which few procedures kena follow, which it took some time jugak ok. Agak-agak kalau kaurang nak guna wali hakim tapi dalam masa yang singkat nak kahwin, you better think and prepare betul-betul, karang menangis takut tak sempat, haha

Untuk yang asal dari Selangor, borang nikah 2017 boleh diisi terus di web JAIS:

klik link di [SINI]
Nampak dalam bulatan tu, klik Permohonan Perkahwinan Bagi Lelaki/ Perempuan. Hakak of course lah klik Perempuan kan. Lepas klik, web akan ke next page: 

 Scroll bawah dan akan jumpa link yang dalam bulatan di bawah ni:

Klik link merah tu (dalam bulatan), dan akan ke next page:

 Scroll page ke bawah dan jumpa 'Daftar di sini', dalam bulatan nombor 1 di bawah.
Lepas dah daftar, isikan nombor MYKAD kaurang, dan kata laluan, tick 'Daftar ID saya secara automatik' dan klik 'Daftar Masuk'. Kemudian kaurang akan ke page di bawah ni:

Pastikan borang dari lelaki yang sudah di approved dari pejabat daerah agama dah dapat (lelaki kena isi borang 1A- kalau alamat tak sama, dan isi borang 2A, lepas lengkap isi borang dan lengkap dengan segala dokumen sokongan yang diperlukan, lelaki hantar borang dan dokumen ke pejabat agama daerah. Proses untuk borang lelaki ni ambil masa dalam beberapa hari bekerja saja. Lepas dah siap, lelaki bagi borang yang sudah di approved ni kepada perempuan untuk proses seterusnya) 

Untuk perempuan, isi borang:
- 1A (isi kalau alamat rumah yang tinggal sekarang dengan alamat dalam kad pengenalan berbeza), kalau sama, tak perlu isi.
- Borang 2C; borang kebenaran berkahwin bagi perempuan, lepas lengkap isi borang 2C, isi juga borang 2D. 

Kemudian, borang perempuan yang sudah lengkap diisi, beserta dengan dokumen sokongan, dan juga borang lelaki yang sudah di approved tadi hantar ke pegawai pendaftar nikah kat masjid area kaurang untuk pengesahan, kemudian baru dihantar ke pejabat agama daerah. Untuk yang ada wali nasab, proses kaurang selesai disini. Tetapi untuk hakak yang tiada wali nasab ni, ambik masa beberapa minggu juga. Macam mana? ok follow next steps;

Lepas dah hantar kedua-dua borang dan dokumen-dokumen sokongan ke pejabat agama daerah, pejabat agama akan proses (tak sampai 1 jam) dan akan terus suruh kita ke mahkamah syariah untuk proses wali hakim pula, bawa sekali borang-borang tadi tu.

Di mahkamah syariah, kaurang kena isi borang, kena ada tandatangan saksi dan beberapa maklumat saksi, so hakak tak dapatlah book tarikh bicara pada hari tu juga. Bila dah selesai borang tadi dengan maklumat saksi dan beberapa dokumen, pi mahkamah semula buka file untuk kes wali ni, tengok tarikh yang free untuk bicara, kadang-kadang tarikh dah penuh, ramai sangat ada kes untuk dibicarakan atau jadual hakim penuh. Alhamdulillah hari tu hakak dapat dalam 5-6 hari after, tu kira cepat jugaklah tau. Cuak sebab takut tak sempat, haha. 

Pada hari bicara hakak cuak sebab takut hakim tanya macam-macam, padahal bukan buat salah pon, haha. Hakak terlewat datang so hakak jadi orang terakhir dibicarakan, sebelum hakak, turn pasanga-pasangan yang nak cerai punya kes, seriau dengar kes diorang. Yup, semua kes pada hari tu diperdengarkan dalam 1 bilik depan orang-orang lain yang nak dibicarakan juga. Hihi. 

Lepas siap bicara, hakak ingat dah boleh lah ambil dokumen surat wali hari tu juga, sekali kena tunggu dalam 2 minggu! See, nak dapatkan pengesahan untuk wali hakim ni ambil masa tau, so kaurang yang nak guna wali hakim ni jangan tangguh-tangguh ye. 

Lepas dah dapat surat pengesahan wali hakim, bawak semua borang dan dokumen ke pejabat agama daerah semula, dan hantar. Settle! Yay! Dah boleh kahwin!

So, good luck pada bakal-bakal pengantin sekalian alam. Harap bersabarlah dengan segala kerenah nak isi borang ni, hihi.

By the way, sebelum hantar borang, semak dulu betul-betul cukup tak dokumen-dokumen, sijil, etc, yang kena provide. 

Good Luck!








Makan Sedap: Makanan Korea Halal K-Street Cafe

Hai yuolls.

Hari ni hakak nak cerita pasal tempat makan best lagi, as hakak memang foodie orangnya, so bear with me please? By the way, cafe makanan korea ni ialah kedai makanan korea halal yang PALING favorite sekali pada hakak. Tempat yang selalu hakak datang, tapi baru hari ni lah nak update kat blog ni. 

Sebab rasa makanannya memang hampir perfect rasa korea, kalau nak 100% perfect susah lah sebab diorang letak alkohol. Sebab ada few kedai makanan korea yang hakak pi, diorang gabung dengan malaysian taste, contoh macam ramen, kau pi letak mee maggi pulak apahal? Ingat hakak tak tau lah tu. Ramen korea, lebih tebal dan lebih liat tau (hmm, sedapnya). Ada lagi tu, kimchi jjigae dia, dia letak sardin?? The hell, rasa betul taste tu dari tin sardin tau! Terus banned! 

Tambah lagi, owner cafe ni memang orang korea sendiri, co-owner dengan orang islam malaysia sendiri, dan pernah jugak masuk TV, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, lama dah.. Jadi, makanlah tanpa was-was ye. Yakin! 


Menu dan harga. Bagi hakak, harga dia sangat berpatutan. Tempat pon cozy sangat. Boleh duduk atas kerusi, boleh duduk bersila ala-ala korea. Ada wifi, ada power point, so nak duduk situ sehari suntuk pon gasaklah situ. Kalau duduk kat area yang bersila, kalau malas, lepas makan, boleh baring, ada langsir cover lagi, kahkah. 


Menu atas ni Bibimbap (belah kiri yang dalam big bowl tu), selalunya hakak suka order spicy sotong, sotongnya besar-besar, portion pon banyak weh, tak habis kalau makan sorang. Yang lagi satu tu topokki, dalam bahasa english nya dipanggil rice cake, memang bahan yang diguna pon beras. Teksturnya liat-liat, agak-agak kalau gigi kaurang dah tak kuat, silalah kunyah dengan perlahan. Haha. Topokki tu ada banyak cara masak, ada masak dengan ramen, dengan cheese. Rasanya spicy jugak, korean food ma, of course mostly pedas. Yang dalam bekas kecil-kecil tu, side dishes dia, seaweed sup dan kimchi.


Nampak tak betapa besarnya bowl bibimbap ni. Haa kau, tercungap hakak makan. Tapi share lah, pengsan hakak nak habiskan semua. Cara makan bibmbap ni, kaurang kena gaulkan semua bahan yang ada dalam bowl, then makan, sedap amat weh! Rasa pedas dan rasa sikit masam dan manis.


Since hakak selalu datang sini, so ni gambar hari lain, kami order pajeon (korean pancake aka korean pizza) dengan sos dia, kimchi jjigae dan new menu yang bulat-bulat warna putih tu (depan husband), hakak tak ingat nama menu baru tu, tapi yang bulat tu nasi dikepalkan, then ada ayam ada cheese (cheese tarik okeyyy), menu ni spicy juga dan dah tentu sedap gila! Mana taknya, ada nasi, ayam pedas tambah pulak dengan cheese tarik! Peh! A must try menu! Yang piring n mangkuk kecil-kecil tu side dish dia.


Sorry lah, dah nak habis kimchi jjigae ni, baru nak ambik gambar, asalnya memang penuh dengan bahan-bahan dalam ni. Dah kebulur kan, mana nak fikir ambik gambar. 


Ini pulak chicken korean bbq. Favorite hakak, rasa pedas dan crunchy. Must try!

Alamat K-street Cafe ni di SS15 Subang Jaya, kaurang google map je, atau pon landmark nya di kawasan kedai berdepan dengan INTI College dan Taylor's College. Kalau nak datang sini, macam biasa lah, kalau area Subang ni kan, parking agak susah sikit nak dapat. Berkorban lah jalan kaki jauh sikit dari kedai ni, hihi. Selamat mencuba! Harus cuba!


Go try,
No try,
You cry.



Yours Truly,